Total Pageviews

12 October 2018

Lawatan Ke Unit Kaunseling Maktab Sabah





Bengkel Kompetensi Guru Kaunseling Sabah memilih Maktab Sabah sebuah sekolah yg terletak di Kota Kinabalu Sabah. Diketuai oleh guru kaunseling cemerlang iaitu En Musli B Andalan bersama-sama Pn  Noraisah Bt Maribun dan En Japanis Suali yang mana sekolah ini antara sekolah yang disegani di Sabah dgn kecemerlangan di pelbagai peringkat hingga ke peringkat antarabangsa. Dipimpin oleh pengetua cemerlang, sekolah ini mempunyai kekuatannya yg tersendiri.
Gambar gambar yg cantik kredit pada Kak Azita yg menjadi cover pic entri blog ini dan gambar gambar lain oleh fasilitator dan peserta.

Pada banner Unit Bimbingan Kaunseling, terdapat guru lain yg memainkan peranan di UBK iaitu guru akademik yg mengurus badan Pembimbing Rakan Sebaya dan guru lain sebagai penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah. Teringat sewaktu saya melawat SMK Tenghilan Sabah di mana ketika itu juga saya diperkenalkan dengan hampir lebih 10 orang guru akademik yg memainkan peranan dalam pembangunan UBK isitu guru penasihat PRS, Unit PODa dan lain - lain. Satu budaya kerja yg sukar diimplimentasikan di tempat saya di sekolah KL. Kerana guru kaunseling adalah penasihat kepada semua projek dibawah UBK. 

Antara program yg saya tertarik ialah bagaimana sekolah ini menjalankan jalinan dan jaringan dengan pihak luar dalam pembangunan sahsiah dan disiplin murid. Projek yg dinamakan My Future mengumpulkan murid murid berisiko cicir di akhir tahun persekolahan. Murid akan mengikuti ala ala kem dan diwajibkan kpd semua murid berisiko cicir menyertainya. Kem dijalankan di luar sekolah dengan bantuan agensi luar seperti Jabatan Keselamatan, Bomba, Polis dan ada aktiviti follow up pada hari Rabu waktu kokurikulum untuk berkawad atau kecerdasan fizikal. 
Di samping intervensi yg dijalankan oleh guru ksunseling, jaringan masyarakat ini membantu pihak sekolah menangani isu disiplin. 

Semoga peserta bengkel mendapat ilmu yang baru. 


Alhamdulillah 
Psra done!








































































No comments: