12 June 2019

TOC College: Program Bina Bakat

Assalammualaikum dan selamat pagi











Saya ingin memperkenalkan satu kolej automotif yang agak terkenal di Lembah Klang dan begitu banyak tajaan kepada guru kaunseling peringkat negeri dan kebangsaan dalam menjayakan program. Kolej TOC ini merupakan satu kolej yang mempunyai rangkaian partnership yang luas.

Yang menariknya untuk saya berkenan dengan TOC ini adalah skim yang diperkenalkan untuk murid seawal usia 16 tahun yang berminat dalam automotif kereta dan permotoran. Dibiayai terlebih dahulu oleh pihak TOC untuk peringkat sijil dan murid hanya membayar selepas mendapat pekerjaan yang dibantu oleh pihak TOC untuk mendapatkannya. Gaji yang diperoleh nanti barulah membayar untuk yuran mereka seperti konsep PTPTN. Murid boleh menyambung ke peringkat diploma juga. Oleh itu saya meminta murid saya yang keciciran sekolah untuk mendengar taklimat ini di lokasi kolej ini di Petaling Jaya dan memberikan taklimat kepada murid -murid saya di sekolah kepada yang berminat dalam bidang industri ini.

 Boleh klik link ini untuk melihat persekitaran TOC https://binabakat.my/
TOC mempunyai usahasama dengan universiti luar negeri juga untuk kredit pengajian yang diiktiraf.

Antara anugerahnya

2012
• 5-star training provider of Malaysian Skills Certificates
• Premier status by Accreditation Service of International Colleges (ASIC) 2012

2011
• Appointed as training provider to the Malaysian delegation for World Skills Competition – Automobile Technology category in London, UK, by the Ministry of Human Resources



Kursus yang ditawarkan

  • Diploma in Automotive Technology (DAT)
  • Automotive Customer Service Course (ACS)
  • Master Technician Course (MTC)
  • Superbike Technician Course (SBC)

Rimup Raya
Merendanglah kita..
 

Telegram Channel