Banyak betul program bertindan tindan hari Sabtu. Maka saya perlu melatih PRS saya untuk mengendalikan modul Bengkel AJK Kokurikulum.. kerana saya bertugas sepenuhnya di dewan untuk Bengkel Kajian Tindakan guru.
Dipantau oleh guru kaunseling sesi petang Pn Nurazlina yang baru sahaja masuk ke sekolah kami pada pertengahan tahun yang lepas.
Bengkel ini lebih kepada simulasi agar murid murid AJK ini mengetahui bagaimana cara menjalankan ice breaking kepada ahli mereka sewaktu perjumpaan pertama nanti dan tahu cara mengendalikan team building yang sememangnya ada dalam takwim mereka.
1.0 PENGENALAN
Bengkel Pengurusan AJK Kepimpinan Kokurikulum diadakan seawal minggu ketiga
persekolahan sebaik sahaja berakhirnya Mesyuarat Agung Kokurikulum. Bengkel ini
dirancang untuk melatih AJK murid agar dapat meningkatkan kepimpinan mereka dalam
memimpin ahli pasukan persatuan, kelab, badan beruniform dan permainan masing-
masing. Melalui latihan pengurusan, diharapkan AJK murid dapat mengendalikan pasukan
kokurikulum masing – masing ke arah kelancaran program bagi mencapai objektif
perjumpaan mingguan dan mencapai visi dan misi pasukan kokurikulum masing – masing.
Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana enam aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan
kerohanian dan identiti nasional dapat dicapai.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan pemimpim kokurikulum yang berwibawa, komited dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.
3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT
Tarikh : 11 Januari 2020 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Gimnasium SMK. Cheras
4.0 SASARAN
Pengerusi dan Setiausaha setiap Unit kokurikulum
5.0 OBJEKTIF
1) AJK pemimpin murid dalam badan kokurikulum dapat menguruskan aktiviti unit kokurikulum
dengan lebih terancang
2) AJK pemimpin murid dapat dibimbing murid menguruskan aktiviti kokurikulum masing – masing dengan betul dan terancang melalui pengurusan fail, papan kenyataan dan perjumpaan
6.0 KPI (Indikator Output dan outcome)
Output
|
Penglibatan pengerusi dan setiausaha yang baharu menyertai bengkel ini. Mereka mengikuti aktiviti yang dirancang untuk persediaan diri sebagai pemimpin dan membimbing pasukan kokurikulum masing-masing.
|
Outcome
|
Pengerusi dan setiausaha pasukan kokurikulum mengaplikasikan ilmu dan maklumat yang diperolehi semasa perjumpaan kokurikulum kelak demi kelancaran perjumpaan kokurikulum masing -masing tanpa bergantung sepenuhnya dengan guru penasihat
|
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Unit Kokurikulum : Makanan 120 x RM 5 = RM 600
M
M
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : En. Jamil Bin Jamaludin
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Puan Salehah Binti Ali
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Hufaidah Bt Zakaria
(Setiausaha Kokurikulum)
Penyelaras : Puan Rozinani Bt Awang
(Guru Bimbingan dan Kaunseling)
AHLI JAWATANKUASA
Nama
|
BidangTugas
|
Cik Hufaidah Bt Zakaria
|
Pendaftaran
Menyediakan Borang Pendaftaran
Menyediakan Buku Program
Menyediakan skirting meja pendaftaran
|
Puan Rozinani Bt Awang
|
AJK Pengacara Majlis
Selaku juruacara program
|
Puan Rozinani Bt Awang
|
AJK Penilaian , Dokumentasi Dan Post Mortem
Mengedarkan borang penilaian format spsk kepada peserta
Membuat rumusan dari borang penilaian program
Mengedarkan post mortem program kepada AJK
|
Pn. Nurazlina Bt Che Omar
|
AJK Jurufoto
Mengambil gambar sepanjang program dan mencetak gambar untuk diserahkan kepada AJK Dokumentasi
|
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
|
AJK Modul dan Fasilitator
Menyediakan Modul
Bertindak selaku fasilitator pengurusan sukan dan kokurikulum
|
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA /PENCERAMAH
1) Unit Kokurikulum
2) Unit BimbingandanKaunseling
9.2 TENTATIF PROGRAM
11 JANUARI 2020
7.30 pagi : Pendaftaran
8.10 pagi : Taklimat penyelaras program
:Taklimat dari Penolong Kanan Kokurikulum
: Pengurusan buku laporan kokurikulum dan papan kenyataan oleh
Setiausaha Kokurikulum : Cik Hufaidah Bt Zakaria
10.00 pagi : Rehat
10.40 pagi : Bengkel Aktiviti Ice breaking Dan Cara Mengendalikan Ice Breaking
Kepada Badan Kokurikulum masing -masing.
11.45 pagi : Peranan pengerusi dan setiausaha serta cara membuat kertas kerja
12.30 t/h : Cara menjalankan team building untuk kerjasama pasukan
: Aktiviti team building dengan 6 stesen
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko
|
Punca
|
Penyelesaian
|
Tanggungjawab
|
Kecairan maklumat dan maklumat tidak sampai sepenuhnya
|
Ketidakhadiran pengerusi atau setiausaha
|
Naib pengerusi dan naib setiausaha mewakili kelab persatuan, unit beruniform dan kelab permainan
|
Penyelaras
Setiausaha kokurikulum
|
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN
a) PemantauanPelaksanaan Program/Aktiviti
1) Borang Penilaian Peserta
2) Borang Maklum Balas AJK
b) Pemantauan Pencapaian Outcome
1) Rekod Kehadiran Aktiviti Kokurikulum
2) Rekod skor pencapaian murid secara individu dan kumpulan
PENUTUP
Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang disasarkan. Setiap peserta dapat memimpin unit kokurikulum dengan lebih mantap.
Meet KSIB 6L