11 January 2020

Bengkel Kajian Tindakan Dalam Pengajaran Yang Berinovasi




Hi Sabtu.
Saya diminta oleh pengetua untuk membimbing guru guru sekolah saya dalam penulisan kajian tindakan dan inovasi. Memandangkan tahun ini, saya sudah set up unit kajian tindakann saya di sekolah khusus untuk coaching guru guru yang berminat dalam penulisan kajian tndakan dan inovasi untuk pertandingan.

Hasrat pengetua setiap penitia dapat menghasilkan sekurang kurangnya satu kajian tindakan yang mempunyai inovasi dalam pengajaran. Maka hari ini LDP Guru bertajuk Membudayakan Kajian Tindakan Dalam Inovasi. Saya share kertas kerja yang saya draf untuk merealisasikan program hari ini.
Saya gembira krn pra penilaian menunjukkan 90peratus peserta tidak tahu buat kajian tindakan tetapi di akhir sesi semua peserta menghantar draf kajian tindakan yg mempunyai pengajaran yg berinovasi. Tahniah ye


KERTAS KERJA
 UJANA ILMU
MEMBUDAYAKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM MENINGKATKAN
 IMPAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SMK CHERAS 2020



1. 0     PENDAHULUAN                :

          
Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Faktor guru merupakan salah satu penentu kualiti sistem pendidikan. Usaha yang boleh diambil oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menjalankan kajian tindakan. Kementerian telah menetapkan setiap jabatan menjalankan kajian tindakan namun terdapat cabaran untuk guru –guru menjalankan kajian tindakan secara efektif. PIPP 2006 - 2010 pula telah menekankan mengenai latihan perguruan yang menekankan mengenai penyelidikan dan pembangunan agar menjadikan budaya penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. Dalam PIPP menekankan setiap guru perlu berinovatif dalam memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Oleh itu kaedah yang diwajibkan adalah keperluan kajian tindakan dijalankan.

Namun demikian, di peringkat sekolah kajian tindakan yang sepatutnya dijalankan dalam keadaan sukerela mendapat sambutan dalam anggaran 10% guru sahaja dalam setahun. Manakala projek inovasi hanya melibatkan penyertaan guru antara 1% sahaja dalam setahun. Ini adalah satu budaya yang kurang menggalakkan penghasilan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan murid.

Pada alaf ini, pengajaran dan pembelajaran Abad Ke 21 menerapkan kemahiran oleh guru dalam 6C. 6C merupakan aspek pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pembentukan watak dan kenegaraan. Apsek pemikiran kreatif menggunakan kecekapan minda menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai.  Guru dapat menggarap elemen KBAT dan PAK21 yang berfokus kepada amalan berimpak tinggi untuk pengetahuan murid mengenai aktiviti semasa sekolah, menyediakan aktiviti secara komprehensif dan fleksibel mengikut kesesuaian murid dan lokasi dan murid sendiri boleh mengorganisasikan pengajaran dan pembelajaran (perancangan bahan, aktiviti  mengendalikan pembelajaran selaku fasilitator).

Oleh itu, bengkel kajian tindakan dan inovasi dijalankan untuk membimbing guru-guru dalam kajian tindakan dan inovasi bagi peningkatan profesionalisme guru itu sendiri


2.0       MATLAMAT                           :
Mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian tindakan dan meningkatkan penghasilan penulisan kajian tindakan oleh warga pendidik di sekolah.   

           3.0.      TARIKH/ MASA/ TEMPAT    :           11 Januari 2020

           4.0       SASARAN                              :           Semua warga sekolah

5.0       OBJEKTIF

5.1 Memupuk sikap menjalankan penyelidikan kajian tindakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menilai impak keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Menilai amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran guru yang berinovasi untuk dijadikan amalan guru –guru yang lain sebagai contoh terbaik 

6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)


Output

Penyelidikan kajian tindakan yang dihasilkan setiap tahun membantu peningkatan kemenjadian murid dan peningkatan profesionalisme guru-guru yang menghasilkan penyelidikan sebagai amalan terbaik setiap tahun.

Outcome
Guru lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan atau antarabangsa hasil kajian tindakan yang dijalankan dan seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan inovasi setiap tahun.



           
7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

            SUMBER KEWANGAN
           
BIL
PERKARA
SUMBER
JUMLAH
1
Fasilitator
LPBT
RM 90 x 2 x 2 orang = RM 360
2
Makanan
Tajaan
RM 5 x 100 orang     = RM 500
           



AHLI JAWATANKUASA
UNIT KAJIAN TINDAKAN DAN INOVASI
SMK CHERAS 2020
             
              Pengerusi                  : En Jamil Bin Jamaludin
                                                Pengetua
            Timbalan Pengerusi : 
            Naib Pengerusi        :  Cik Lee Swee Ching
                                                Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum

                                                Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih
                                                Penolong Kanan HEM

                                                Puan Saleha Bt Ali
                                                Penolong Kanan Kokurikulum

                                                Pn Maheran Binti Ahmad
                                                Penolong Kanan Petang

            Setiausaha                  : Cik Noraini Bt Jamaludin

Senarai Bidang Tugas
Bil
Senarai AJK
Tugas
1
Penyelaras
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
1.     Bertindak selaku jurulatih untuk melatih guru –guru dalam penulisan penyelidikan kajian tindakan melalui bengkel penulisan dan membuat kertas kerja bengkel kajian tindakan

 2
AJK Peralatan 
1.      Encik Yahya
 3
 AJK Persiapan Tempat
1.      En Masrizal
2.   En Mohd Nidzam
4
AJK Fotografi
En Rahimi Bin Ab Karimt

1.     Menjalankan aktiviti rakaman dan fotografi
5
AJK Pendaftaran
Puan Zuhaida
1.     Menguruskan pendaftaran bengkel
6
AJK Penilaian/ Dokumentasi
Pn Normilah Bt Mohd Noh
1.     Menguruskan dokumentasi program
2.      
7
AJK Makanan
Puan Salina Bt Mohd Isa
Puan Suhaibah Bt Mat
1.     Menguruskan makanan peserta bengkel
8
AJK Pengacara Majlis
Puan Rodiyah Bt Mohamed
1.     Mengacarakan majlis            

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1      URUSETIA
                     Unit Kajian Tindakan Dan Inovasi
                     Unit LADAP
                                                             
          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN
7.30 – 8.00 pagi
Pendaftaran
8.00 – 8.30 pagi
Taklimat PLC
8.30 – 10.00 pagi
Kajian Tindakan: Cara Menjalankan Kajian Tindakan Terhadap Pengajaran Yang Berinovasi Oleh Pn Nurhaiza Bt Che Mat
10.00 – 11.00 pagi
Rehat
11.00 – 12.30 tgh hari
Perbincangan dalam panitia mengenai kajian tindakan mengikut subjek. Draf projek kajian tindakan untuk dihantar

Bilik 1: Bidang Bahasa Bersama Puan Haslindar dari SMK Seri Mulia di kelas
Bilik 2 : Bidang Sains Dan Math bersama Puan Sharin PK HEM SM Aminuddin   di makmal
Bilik 3: Bidang Teknik Dan Vok bersama Pn Nurhaiza di bilik ICT
Bilik 4 : Bidang Kemanusiaan bersama Puan Nafsah di dewan

12.30 – 1.30 tengah hari
Pembentangan kajian tindakan
1.30 tengah hari
Bersurai


10.0    PENGURUSAN RISIKO
Risiko
Punca
Penyelesaian
Tanggungjawab
Tiada elektirk
Masalah teknikal
Pertukaran blok sewaktu bengkel
Setiausaha LDP


11.0    KAEDAH PEMANTAUAN
           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
            Borang Pemantauan Program
           
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program


12.0    PENUTUP
Semoga bengkel kajian tindakan  ini dapat membantu lebih ramai guru untuk menghasilkan penyelidikan sehingga menjadi budaya kerja untuk peningkatan profesionalisme guru.

            Disediakan oleh,
           
            ( Pn Nurhaiza Binti Che Mat)


            Ulasan:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
Diluluskan/ Tidak diluluskan  oleh,

            ( JAMIL BIN JAMALUDIN AMP)
          Pengetua


 Semoga ALLah berikan  ketenangan dari kekusutan
Buat sahabatku menempuhi dugaan satu persatu..
4D Katil 7




































1 comments

T kasih.. https://youtu.be/7EF15mbEmRU

 

Telegram Channel