30 September 2020

Mencederakan Diri Sendiri : Mental Health First Aid


Siri ke 2 hari ni kita sambung dgn topik mencederakan diri sendiri tanpa niat bunuh diri, percubaan bunuh diri, gamgguan pemakanan dan psikosis. 

Topik mencederakan diri mmg saya fokys bersungguh memandangkan kajian kes saya melibatkan tentang isu ini. 


mengapa mencederakan diri sendiri?

- Untuk menguruskan perasaan tertekan

- Untuk menghukum diri sendiri

-Untuk menyatakan kepada orang lain bagaimana pelaku sangat tertekan 


Berhentikan mencederakan diri bukan merupakan fokus utama perbualan namun lihat kepada perkara perkara yang boleh dilakukan untuk menguruskan kehidupan dengan lebih baik. atau persekitaran tidak memberikan tekanan. Ambil masa untuk sembuh dan belajar cara hidup yang sihat untuk menanganinya. Fahamkan keadaan yang berlaku dan menerima alasan mereka mencederakan diri tanpa menghukum . 


ELAKKAN ISU DI BAWAH BILA BERCAKAP DENGAN ORANG YANG MENCEDERAKAN DIRI

-Memperlekehkan masalah mereka

-Jangan gunakan ayat yang tidak menggambarkan rasa kesakitan yang dialami itu dengan serius seperti mengatakan kepadanya

"Oh tak terlalu teruk situasi ini"

- Jangan menyelesaikan masalah  untuk mereka

- Jangan sentuh tanpa minta izin

-Jangan guna ayat melabel orang tersebut seperti si pemotong. si pencederakan diri untuk merujuk mengenai orang tersebut

-Jangan tuduh orang tersebut ingin meraih perhatian

-Jangan buat mangsa rasa bersalah  tentang kesan mencederakan diri mereka terhadap orang lain

- Jangan set matlamat seperti  jika kamu berjanji tidak akan mencederakan diri lagi...kamu akan merasa lebih baik kecuali jika pelaku yang meminta perjanjian tersebut

- Jangan cuba memberikan ugutan sePerti jika kamu tidak berhenti mencederakan diri, kamu kena keluar dari rumah ini


Dapatkan bantuan profesional

- Jika pelaku tersebut meminta kamu membantunya

- Luka makin teruk , potongan semakin dalam atau ada tulang yang patah

- Mengganggu kehidupan hariannya

- Melukakan matanya

- Melukakan alat sulitnya

- Meluahkan perasaan dan niat nak mati


Galakan alternatif lain selain dari mencederakan diri 

- Galakkan kongsi perasaan dengan orang lain, kawan baik atau keluarga, rasa stress atau ada keinginan yang amat sangat untuk mencederakan diri

- bantu kurangkan rasa tertekan mereka seperti mandi, mendengar lagu dengan kuat atau melakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada mereka

- Menawarkan maklumat tentang kaedah gaya daya tindak

Thanks MHFA





 

Telegram Channel