23 February 2021

Podcast : Siri Pendidik Mengenai Kesejahteraan Diri


https://podcasts.google.com/feed/aHR0cHM6Ly9tZWRpYS5yc3MuY29tL2Nlcml0YWJpYXNhL2ZlZWQueG1s 


Link di atas boleh diklik untuk mendengar macam radio tu. Boleh dengar perkongsian saya mengenai mejaga kesejahteraan diri sebagai guru dalam waktu COVID ini, dan penyesuaian murid, guru dan ibu bapa disamping menjaga kesejahteraan diri masing - masing. 


Throwback Disember lepas..

Apabila saya dihubungi melalui messenger page facebook Nurhaiza Che Mat oleh Atiqah pemilik podcast ini, mengenai jemputan untuk bersiaran dalam podcast.. baru saya tau!

podcast ni apa? Saya pula yang tanya bertubi tubi sebab tidak pernah mendengar. 

Jadi saya mula google dan baru tahu bahawa podcast ni salah satu web mcm blog gituw  tapi hanya suara semata mata macam radio tu. Tiada gambar atau penulisan untuk 'grounding time' saya. 

Yelah manusia macam macam keunikannya. Ada yang suka menulis, ada yang suka gambar gambar sahaja macam instagram tu, ada yang suka nyanyi nyanyi mcm tik tok tu dan ada juga suka berkongsi sesuatu yang ilmiah atau suka suka sahaja dengan suara, maka lebih santai berbanding dari bercakap live youtube dan live facebook hhihi. pendapat saya lah :)


podcast ini macam baru di Malaysia dan saya tidak pernah ada kenalan yang minta saya follow podcast maknanya tak ada kot yang mempunyai akaun podcast ini. 

Yang menariknya masa saya berbincang dengan pemilik akaun ini, saya  ok  sebelum betul betul sakit dan operation pada tarikh yang sepatutnya saya merakamkan suara untuk perkongsian podcast ini.

Makanya bulan Feb baru dapat bersiaran. 

Antara pengalaman saya yang pelbagai dalam pandemik ini


Bonding time #spageti bolognis#kedaiwesternfoodbaru#Done BI SPM


 






 

Telegram Channel