19 October 2021

Komunikasi Positif Guru Dan Ibu Bapa Memudahcara Pembelajaran Semasa PKP

https://www.facebook.com/PerkamaInternational/videos/194220392849195/ link webinar kami

Menerima jemputan dari perkama untuk slot perkongsian keibubapaan dengan tajuk . Intipati perkongsian saya mengenai kehidupan di bandar., Cikgu Zurina persekitaran kampung manakala Cikgu Dhamirah tentang pendalaman Sabah/Sarwak . Dan setiap isu yang dikupas kami akan dirumuskan oleh pakar akademik iaitu Prof Ainol. 

Program win win untuk saya juga mengenali intervensi yang dijalankan oleh rakan rakan lain. Program ini dirakam dalam aplikasi Zoom dan link facebook live ke PERKAMA . Semoga memberi satu contoh yang beri idea kepada orang lain.




1)   Apa yang kerap menjadi punca murid tidak dapat menyertai PdPR?

Apakah cabaran di pihak murid dan ibu bapa yang menghalang PdPR boleh dijalankan dengan berkesan?

 

Saya akan bercakap mengenai situasi masalah di bandar, sekolah menengah harian biasa dan persekitaran miskin bandar yang mana purata 70% adalah keluarga B40.

 

Murid tidak dapat menyertai PdPR kerana bekerja.

1)   Bekerja part time sama ada masalah kewangan atau ingin keluar dari rumah. Dikelilingi dengan pasaran kerja seperti shopping complex. Dalam jarak 10 km je sama ada utraa, barat, selatan macam macam shopping complex yang terkenal mcm Tesco/ AEON Jusco/IKEA/ .15 minit Times square/Low Yat/ .

Stesen MRT dan LRT di kawasan perumahan rakyat yang mudah diakses untuk sampai ke pusat bandar. Ada yang bekerja part time dengan syarikat penghantaran yg mana sesi shift dijalankan sama ada siang atau malam. Mungkin bila bersemuka, ambil part time malam atau hujung minggu. Namun bila PdPR dengan tiadanya surat amaran dikeluarkan apatah lagi tiada arahan murid yang keciciran PdPR akan dibuang sekolah, tiada arahan tersebut menyebabkan murid memberikan komitmen kepada pekerjaan masing -masing. Ada yang membantu ibu bapa berniaga. Mudah mendapat wang saku extra bagi murid -murid di Kuala Lumpur ni terutama sekali bagi ibu bapa yang sudah terjejas pendapatan. Atau murid -murid yang rasa terkongkong duduk di rumah waktu PKP dan memilih bekerja atas alas an dapat keluar dari rumah.Mudah sangat untuk mencari kerja part time malahan Grab dan Food Panda juga sentiasa ada kerana semua tempat di KL boleh diakes oleh Grab dan Food Panda.

 

2)   Bangun lambat kerana masalah kebergantungan dengan internet. Maklumlah di bandar, tiada masalah line internet cuma pakej internet yang dipilih. Oleh itu selalu online PdPR, media sosial atau melayan hobi online gaming dan sebagainya hingga menjadi lesu dan rutin hidup berubah

 

 

Cabaran di pihak murid

1)   Belajar dalam persekitaran di rumah sama ada banyak gangguan, tidak selesa dan tidak faham. Jadi bila masuk dalam kelas PdPR rasa macam baik tak payah masuk sebab blur.

2)   Komunikasi sebab jika bersemuka boleh tgk memek muka , sebutan dan tak faham terus tanya kawan sebelah. Jadi masalah bila PdPR rasa tidak belajar apa -apa sebab tak faham.

 

Cabaran bagi ibu bapa

Mengatakan tidak kepada anak -anak yang memilih untuk bekerja maklumlah untuk menghalang mereka bekerja dan dari mereka bersosial tanpa apa -apa faedah, lebih baik membiarkan anak memilih untuk bekerja . Bermaksud murid bekerja dengan pengetahuan ibu bapa cuma ibu bapa tidak pasti sejauh mana pekerjaan ini menjejaskan kualiti pembelajaran anak.

 

Mengawal anak -anak yang ketagihan gajet, jika ada atau tiada PdPR pun masih dengan gajet masing masing dan hanya bila spot check tiba tiba terjah baru tau.

 

 

 

 

2)   Ibubapa khasnya yg bekerja merasa terbeban apabila terpaksa menjadi guru dirumah memastikan anak anak mengikuti tugasan PDPR. 

 

Kedua dua ibu bapa keluar bekerja, jadi yg besar jaga yang kecil.

 

Majoriti ibu bapa di bandar bekerja sama ada keluar rumah bekerja atau pun bekerja di rumah sama ada pengasuh, penjaja, buat aktiviti kecil -kecilan.

 

Bekerja di rumah anak anak kena bantu juga menguruskan . Yang sekolah menengah menyambil buat kerja sambal diarah ibu untuk menguruskan adik adik. So terganggu bila guru tegur ibu bapa. Brikan t/j kpd yg besar,

 

Silibus yang baru KSSM even abang dan kakak yang silibus SPM ada kesukaran untuk bantu beri bimbingan (umur ibu bapa antara 40an dan 50an)

  

 

Apakah cara terbaik utk guru & ibubapa dpat sama membantu dlm proses pembeljaran anak anak ?Apa pandang cikgu ? 

 

Ibu bapa update offline dan online tugasan anak anak bagi peranti yang berkongsi

 

Murid yang bekerja membuat tugas offline

 

Ibu bapa Bersama sama dalam group whatsapp subjek jika meragui kehadiran anak

 

Ibu bapa Bersama -sama dalam group subjek kelas

Guru -guru update kehadiran dalam group kelas untuk ibu bapa menyedari kedatangan anak masing -masing

 

 

Salam Maulidur Rasul

Permulaan journey baru..semoga dipermudahkan 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

Telegram Channel