Showing posts with label counseling approach. Show all posts
Showing posts with label counseling approach. Show all posts

3 July 2026

Dialog Kemenjadian Murid : Kaunter Psikometrik

Dialog Kemenjadian Murid : Kaunter Psikometrik



Dialog Kemenjadian murid. Team kaunseling buka kaunter untuk pertanyaan lanjut tentang psikometrik murid. Ramai ibu bapa dah faham mengenai pelaksanaan psikometrik di sekolah. Psikometrik bantu ibu bapa memahami anak anak dengan lebih baik sama ada untuk hala tuju kerjaya atau menyokong pembelajaran anak melalui gaya belajar yg sesuai


24 June 2026

Karnival CICF dan STEMpathy

Karnival CICF dan STEMpathy

Karnival STEMpathy dan CICF iaitu career insight career fair  2026 dijalankan dgn penaja utama dari FINCO . Tahun ke 4 karnival ini dijalankan oleh Unit Kaunseling dengan kerjasama Unit Sains dan Math. Tahun ni digabungkan dgn Hari Terbuka TVET iaitu konsep usahawan menjual produk makanan. 
Unit kaunseling fokus pada Showcase kerjaya STEM dgn menjemput UBK sekolah lain untuk Showcase kerjaya STEM juga. 

Selain tu jemputan ceramah matrikulasi , ceramah hala tuju selepas SPM oleh FINCO. Kami jemput juga pensyarah UTHO untuk simulasi dan hala tuju seni kreatif. Malahan AlIkhsan juga dijemput untuk motivasi keusahawanan. 



Tahun ni juga diadakan Ciptafeast oleh unit koko dgn pertandingan inovasi peringkat kelab dan persatuan..
Tahniah team ahli Kelab Kerjaya mendapat anugerah Booth Cemerlang..


14 March 2026

Dialog Kemenjadian Murid Bersama Ibu Bapa Murid Dekan

Dialog Kemenjadian Murid Bersama Ibu Bapa Murid Dekan

Aktiviti Penetapan Target dijalankan pada 14 Mac di kelas masing masing manakala Ting 5 di Dataran Bestari. Pengetua memberikan ucapan dan menayangkan slaid aspirasi sekolah UTK murid murid Ting 5 dan ibu bapa Ting 5. Selepas itu murid dan ibu bapa bertemu guru kelas masing masing UTK akujanji  penetapan target akademik dan sahsiah. 
Serentak itu juga murid murid Dekan bersama ibu bapa masing masing berada di Bilik Mesyuarat untuk sesi bersama pengetua dan guru kaunseling anjuran UBK

Antara aktiviti
Pengisian penetapan target murid 
Aktiviti murid Dekan sepanjang tahun
Ikrar murid

Penetapan target bersama ibu bapa yang draf oleh UBK bersama SU Peperiksaan

 

Telegram Channel