7 December 2022

Kertas Kerja Apresiasi SPM



PENGENALAN

 

Murid –murid tingkatan lima adalah kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan pada awal tahun hadapan. Dalam tempoh pandemik COVID 19 dan murid menjalani PdPR dalam norma baharu dalam masa dua tahun sebelum ini, menyebabkan cara belajar dan rutin mengulangkaji pelajaran adalah berbeza dari aspek pembelajaran bersemuka. Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk meningkatkan lagi minat mengikuti pembelajaran. Program pembugaran emosi kerap dijalankan melalui aktiviti penyebaran poster dalam kumpulan telegram kelas masing-masing. Aktiviti intervensi saringan minda sihat juga dijalankan untuk membantu murid tingkatan lima yang memperolehi skor tinggi dalam stres dan kerisauan agar sejahtera. Oleh itu program yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu murid untuk meningkatkan motivasi dalam menghadapi peperiksaan yang berbaki tiga bulan sahaja lagi.

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan motivasi murid untuk meningkatkan minat mengulangkaji pembelajaran dan mengikuti pembelajaran di sekolah melalui emosi yang sejahtera.

.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh  : 8 Disember 2022 – 7 Februari 2023

 

4.0        SASARAN

Semua murid tingkatan 5 SMK Seri Bintang Selatan

        

5.0      OBJEKTIF

1)         Menyemak penetapan target murid -murid untuk mengenal pasti sasaran murid bagi mengikuti kursus selepas SPM boleh dicapai.

2)        Memotivasikan murid melalui hala tuju selepas SPM dan sesi menulis resume dan menghadiri temuduga

3)       Penjagaan emosi yang sejahtera sehingga tamat peperiksaan SPM

 

 

 

 

 

 

 

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Murid mengetahui mengenai potensi masing – masing dalam  peningkatan akademik untuk SPM.

Outcome

Murid mengetahui sasaran SPM yang perlu dicapai untuk mengikuti kursus selepas SPM dengan emosi yang sejahtera

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

           PCG Kaunseling                     

         

          Perbelanjaan

          Ceramah Matrikulasi           RM 150.00 x 1 slot            = RM 150.00         

          Ceramah Ke Ting 6            RM 150.00  x 1 slot           = RM 150.00

          Ceramah Motivasi              RM 150.00  x 1 slot            = RM 150.00

Jumlah                                                                       = RM 450.00

 

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

 

          Pengerusi                : Puan Norlela Binti A.Wahid

           Timbalan Pengerusi : Pn Salina Binti Abdul Manaf

                                              Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

Setiausaha               : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Penyelaras Ting 5    : Puan Noor Faridah Binti Ismail

 

SENARAI TUGAS AJK KERJA

 

AJK Dokumentasi

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan dokumentasi program

AJK Jemputan

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan surat jemputan kepada para penceramah

AJK Penetapan Target

 

 

Puan Loh Chin Ying

 

 

 

 

Menguruskan borang penetapan target murid untuk disemak dan menulis penetapan target SPM berdasarkan peperiksaan percubaan dan minat kursus selepas SPM

 

AJK Peralatan

Puan Loh Chin Ying

Menyediakan peralatan PA Sistem dan pembesar suara berfungs dengan baik

AJK Penilaian Program

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan maklum balas murid setiap kali program dijalankan

AJK Sijil Dan Cenderamata

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan sijil dan cenderamata sekolah kepada penceramah

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                            

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

 

PELAN INTERVENSI PROGRAM ASPIRASI

 MURID SPM 2022

1

Analisa Saringan Minda Sihat Murid Untuk Kes Sesi Kaunseling Individu Murid Yang Mendapat Skor Tinggi Untuk Phq9 Dan Gad

(Skor Stres Dan Skor Anxiety Yang Tinggi)

29 Nov 2022-  2 Dis 2022

2

Ceramah Menulis Resume Dan Menghadiri Temuduga

 

8 Dis 2022

3

 

Motivasi Penetapan Target Berdasarkan Hala Tuju Murid Menggunakan Borang Penetapan Target Sesi Bengkel Kelas

9 Jan-15 Jan 2023

4

Ceramah Matrikulasi

5 Jan 2023

5

Ceramah Kemasukan Ke Ting 6

16 Jan 2023

6

Persiapan Psikologi Dalam Menghadapi Peperiksaan Dan Teknik Relaksasi

7 Feb 2023

 

PELAN INTERVENSI MENINGKATKAN PERATUS LULUS MURID SPM 2022

Etr : Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM Untuk BM Dan Sejarah 2022

1

Analisa Saringan Minda Sihat Murid Untuk Kes Sesi Kaunseling Individu

1 – 4 Dis 2022

2

Mendapatkan Senarai Nama Murid Gagal BM Atau Sejarah

 

9 Jan 2023

3

 

Bimbingan Kelompok Murid Gagal Sejarah/ BM

10- 13 Jan 2023

4

Ceramah Penetapan Target Berdasarkan Hala Tuju Murid Menggunakan Borang Penetapan Target

10 -13 Jan 2023

5

Ceramah Dari Program Kursus Kemahiran Selepas SPM Untuk Sesi Motivasi Kerjaya

27 Jan 2023

6

Persiapan Psikologi Dalam Menghadapi Peperiksaan Dan Teknik Relaksasi

7 Februari 2023

 

 

 

10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kelewatan

 

Disiplin murid

Memanjangkan slot sebagai masa untuk pergerakan murid

Puan Nurhaiza

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

            PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik

 

 


 

Telegram Channel