11 December 2013

11.12.13 - Anugerah Guru Penyayang 2013

A special date
Che Ta kawin dgn Mr Middleton
And my kids really frust
Mr Middleton tak kawin dgn Cikgu Ayu!
Penangan Oh My Ganu
Yg berkesan di hati anak dan ibu :)


Antara peristiwa tahun 2013 yang penting dalam takwim UBK. Anugerah guru penyayang bagi tahun 2013 masih mengekalkan format yang sama seperti tahun 2012. Cuma kali ini kami memberikan kebebasan kepada semua pelajar untuk memberikan undian masing-masing bukan seperti pada tahun 2012 mengikut majoriti pelajar dalam kelas tersebut mengundi dua nama guru. Hasilnya 12 guru sesi yang menerima undian tertinggi dan 10 guru sesi petang yang menerima undian tertinggi terpilih sebagai pemenang. 

Kali ini anugerah disampaikan oleh pengerusi PRS tahun 2013 dan kami menempah pavlova untuk hadiah kepada semua pemenang anugerah. tahniah diucapkan oleh pihak penganjur iaitu UBK. Terima kasih kepada PIBG yang masih sudi menaja hadiah untuk pemenang.

Anugerah guru penyayang sesi pagi

Puan Noor Aini - Puan Shuhaida - Pn Noor Alamiyah - Puan Salina

Anugerah guru penyayang sesi petang
Puan Ang-En Chen-En Lau-
Puan Zeti - Pn Lee-Pn Haslina- 

Puan Roszita Md Toff - ratu guru penyayang

Mr Ganesan - raja guru penyayang

Puan Sapura- PK HEM juga mendapat anugerah

Antara guru penyayang sesi pagi

Cikgu Alias




 

Telegram Channel