18 December 2013

Bengkel Minda Sihat 2013


Follow your heart...

Bengkel Minda Sihat 2013 telah dijalankan di Klinik Kesihatan Cheras. Memandangkan tahun ini pada awal tahun pelajar ting 2 dan ting 4 terlibat dengan saringan DASS maka pelajar sesi petang tingkatan 2  juga terlibat dengan pogram ini.

Saya membawa barisan PRS Ting 5 tahun 2013 ini selaku fasilitator untuk ice breaking dan aktiviti kesegaran. Staf Klinik Kesihatan Cheras masih lagi selaku penaja utama untuk program ini. Program dijalankan selama sehari dari pagi hingga pukul 4 petang menggunakan modul minda sihat yang dibekalkan kepada sekolah- sekolah. Ceramah disampaikan sendiri oleh pakar kesihatan keluarga di sini iaitu Dr Norliza dan slot dibahagikan kepada Dr Nazeerah untuk teknik IDEAL dan sewaktu aktiviti kelompok, staf klinik membantu untuk menggunakan teknik IDEAL dalam penyelesaian masalah. Ice breaking dikendalikan oleh Cikgu Padali dan saya mengendalikan satu slot mengenai Asertif Diri manakala teknik relaksasi oleh Staf Nurse Najmi.










 

Telegram Channel