Total Pageviews

5 December 2013

Trip to Taman Negara Pahang




Hari ni nak update pasal trip ke Taman Negara Pahang last year masa cuti Disember. Kami plan berempat with my bff sengaja escape dari dunia kerja masuk hutan jap. Dari KL kami bercadang menaiki kereta saja dan bergilir gilir drive. Mulanya risau gak dgn hujan di musim tengkujuh ni , tapi dipermudahkan urusan aktiviti berjalan lancar seperti dirancang. Jika plan tu dibuat pada tahun ni tentu ada masalah apabila Kuantan ditimpa bencana banjir dan Taman Negara ditutup kerana laluan ditutup.Kami bergerak awal pagi dan kerja saya mengutip kawan kawan dari rumah ke rumah huhu..maklumla kereta saya yang digunakan.

Not bad tempat ni makanan yg disediakan mmg sedap dan kami ke Taman Negara menaiki pick up. Kami perlu menunggu bot dan menaiki bot ke seberang. Menaiki bot pada waktu malam yg sejuk untuk kami mengikuti aktiviti night walk. Cuaca hujan dah turun renyai renyai tapi kami tetap meneruskan perjalanan. Kami diberikan penerangan dan meneroka keindahan flora dan fauna. Mendapat tour guide yg berpengalaman adalah satu bonus untuk kami. Berjalan dalam gelap dengan hanya berbekalkan lampu suluh oleh tour guide sahaja di depan memang menyeramkan apabila giliran saya berada di belakang sekali. Macam macam yg saya terpikir berada kat blkg tu. Aktiviti tamat sahaja dan kami pulang ke tempat penginapan.

Keesokan harinya seawal pukul 6.00 pagi kami bangun untuk menikmati pemandangan dan keindahan panorama matahari naik. Selesai bersarapan pagi kami menaiki pick up ke Taman Negara. Hari ni aktiviti jungle tracking memang x fit kalau berterusan so banyak jugak berhenti rehat sambil mendengar penerangan dari tour guide dan mujur dapat tour guide yang sporting melayan kami yg suka berposing walau tua tua dah ni..hahaha.

Menyedut udara hutan di pagi hari memang menyegarkan..mata pun rasa segar bila memandang suasana hijau sekeliling alam. Kami hiking hingga sampai ke puncak yang direkemen. Kemudian turun semula untuk ke stesen canopy walk. Pengalaman best berjalan atas kanopi. Pagi ni ramai betul pengunjung so kami perlu menunggu barisan yang panjang untuk menaiki kanopi. Wahhhhh! Cantik dan gayat sangat apabila berada di puncak sana. Terasa macam menggapai awan tapi bila pandang ke bawah terasa berderau darah dan terasa degupan jantung yg tak tetap terus. Oleh kerana pengunjung ramai kami diminta tidak berposing di atas kanopi lama lama. So apa yang kami buat takkan tak tangkap gambar kot? So kami bergilir berjalan atas kanopi dan bertukar giliran antara stesen supaya kamera dapat berpindah tangan dengan cepat dan aksi masing masing dari arah depan dan belakang dapat dirakam. Mmg penat sangat then kami balik ke bilik penginapan untuk makan tengahari dan solat.



Hiking



Lelah jugak naik turun tangga ini
                                           



Pemandangan dari atas
Pengangkutan utama dari tempat menginap ke Taman Negara





Air mengalir deras selepas hujan



Di perkampungan orang asli

Aktiviti menghidupkan api
Bersama masyarakat orang asli di sini

Diperkampungan orang asli bermain sumpit
       
Aktiviti malam
Seriau juga jalan malam especially kalau kena giliran belakang sekali
Aktiviti nightwalk dengan bunyi unggas dan haiwan

Besar dan tinggi betul pokok ni











No comments: