Total Pageviews

15 December 2013

Memori Hiking di Bukit Broga


http://www.naturemalaysia.com/broga-hill.htm
Belek belek gambar di komputer
Terjumpa gambar trip Broga Hill
Projek pertama mendaki
Hingga nak daki lagi dan lagi

Projek jalan jalan akhir tahun dengan student form 3 dan student form 4 ke Bukit Broga pada akhir 2012. Projek hiking merupakan projek termurah untuk rekreasi memandangkan kami hanya perlu membayar kos pengangkutan manakala makanan hanya dibawa oleh pelajar. Saya meminta jasa baik bekas pelajar untuk membawa rombongan kami mendaki bukit iaitu Sidek yang sangat aktif dengan aktiviti rekreasi dan mempunyai sijil khas untuk aktiviti yang melihatkan outdoor. Memandangkan pukul 6.30 pagi kami ingin mendaki bukit maka student lebih suka jika tidur di sekolah agar memudahkan mereka untuk berada di kawasan sekolah pukul 5.30 pagi.    Well malam tu bilik kaunselingku ialah bilik tidur kami untuk pelajar perempuan makanakala pelajar lelaki di surau sekolah.

Seawal 5.00 pagi pelajar bangun dan berkemas. Kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke kawasan Broga. Kami solat subuh di sebuah masjid di kawasan Broga sebelum meneruskan perjalanan ke kaki bukit Broga di kawasan kebun kelapa sawit. Wah gelapnya kawasan hutan ni, Sidek mula memberikan taklimat kepada pelajar dan beratur mengikut urutan yang disusun oleh Sidek. Kami memulakan pendakian dalam cuaca yang gelap. Misi kononnya untuk melihat matahari naik tetapi dah pukul 6.30 tak ke mana lagi. Ingatkan kami yang awal memang ramai orang naik naik bukit ni maklumlah dekat je dengan kawasan perumahan. Trek ke Bukit Broga memang santai hanya ada tempat tempat tertentu kami perlu mendaki dan mendaki. Kami tidak rushing  just ikut kesesuaian kami sendiri dan Sidek sangat berpengalaman dalam hal ini di mana ada tempat tempat yang kami diminta berhenti untuk menunggu peserta seterusnya. Kami sampai di puncak lebih kurang 2 jam jugalah mana nak tengok matahari terbitnya huhuhu dengan pace kitaorg ni. Kalau org lain maybe sejam kot dah sampai. Di puncak bukit tu memang panas dah....memang tidak ada pokok untuk berteduh. Kebanyakan student dah nak stop kat bukit pertama. Saya dan Rozinani terus ke bukit kedua yang tertulis puncak Broga. Kat sini memang curam tapi yang bestnya jadi cikgu ni bila student dok panggil cikgu cikgu so pengunjung atas tu pun tau kita cikgu then bila kita daki bukit yang curam tu...ada je org willing to help..huhu. Pemandangan sangat indah kawasan perumahan di bawah bukit dan landskap di bawah tu

Tak sangka panas camtu konon konon nak buat aktiviti bbq tapi memang mencabar lagi nak berkipas
so separuh jalan jela bahan bbq ya dibakar. Pukul 12.30 kami turun mmg penat sangat bukan sebab turun naik sahajalah tapi sebab panas sangat cuaca dan kami asyik minum air sampai habis stok air. Tapi pengalaman daki bukit memang best dan kami sangat seronok walaupun penat. Projek Bukit Broga ini merupakan projek pioneer untuk kami mendaki dan mendaki pada tahun ini. Bagi pengalaman pertama bagi mereka yang tidak pernah mendaki, memang sesuai mendaki Bukit Broga ini kerana trek yang agak santai. Bagi yang memang pancit juga, yang tu memang tanda sama ada lepas ini , berminat nak join atau tak lagi projek hiking huhu.. Terkenangkan partner saya Cikgu Padali yang memang tak fit dan terus tak nak join kami bila trip hiking lagi kenalah saya dan Rozi la bab panjat sana sini. .tapi kalau bab trip ke laut memang Padali la champion. Nampaknya student enjoy sebab tula lepas tu kami ke Bukit Tabur dan Bukit Saga tahun ini and of course guru pengiring ialah saya dan Rozinani.
























No comments: