Total Pageviews

22 December 2013

Welcome To Sri Lanka

Wow
What a beautiful landscape
When i look down from the flight
Sri Lanka ! I'm coming..

Welcome to Sri Lanka..
First time naik flight seorang diri ke tempat yang memang tak pernah pergi dan tak mengenali sesiapa pun di sini. Trip 4 orang tetapi oleh kerana macam macam masalah masa nak book tiket akhirnya 4 orang dengan 3 flight yang berlainan. Aku dengan Air Asia X pukul 9.20 pagi. Wati naik MAS pukul 11.00 pagi manakala Ida dan Liza pulak menaiki flight MAS pukul 11.00 malam nanti. Flight Air Asia X delay dari pukul 9.20 ke pukul 10 jugakla baru boleh terbang. Mujur duduk di sebelah warga emas yang suka travel dan pernah ke Sri Lanka pula apa lagi macam macam tips yang diberikan olehnya. Sewaktu flight nak mendarat pemandangan diluar wow! kehijauan yang memukau. Pemandangan sangat cantik...dengan gunung ganang. dan laut yang terbentang luas. Tiba di Airport Colombo, kami perlu melalui pemeriksaan seawal keluar dari pintu lapangan terbang penumpang turun naik kapal terbang lagi . Sepanjang saya travel ke sana ke mari tidak pernah pegawai imigresen meminta untuk melihat tiket kapal terbang jadi apabila diminta untuk melihat tiket waaaa...mana pegi tiket ni. Saya ditahan ditepi pintu masuk itu dan terpaksa memunggah sana sini untuk menunjukkan tiket saya adalah ke Colombo. Tak pasti kenapa diminta untuk melihat tiket cuma rasional yang boleh saya buat kesimpulan ialah flight Air Asia akan ke Malee dan penumpang yang ke Malee tidak turun di Colombo mereka hanya transit sahaja di sini. Maybe pegawai itu nak maka sure hanya yang betul turun Colombo sahaja yang masuk ke dalam kawasan airport mereka. Kemudian beratur di kaunter ketibaan yang mana panjangnya manusia beratur walau banyak kaunter dibuka. Selepas melalui pemeriksaan tanpa masalah saya ke tempat mengambil bagasi dan menunggu Wati disitu memandangkan tak sempat sejam dia akan sampai. 

Wati tiba je kami mencari simcard Sri Lanka brand mobitel memandangkan simcard ni lebih kurang sama dengan Maxis. Sewaktu berbual dengan agen telefon Mobitel, kami diperkenalkan dengan agen pelancongan dari Airwing Tours bagi memudahkan urusan kami di sini. Setelah berbincang hampir sejam kami mengambil agen ini dengan bayaran RM 750 seorang sepanjang 6 hari berada di sini. Bayaran tersebut meliputi guesthouse untuk bilik berdua dengan breakfast, bayaran tour guide merangkumi driver yang akan mengikuti kami 24 jam sepanjang kami berada di sini. Setelah itu, kami diperkenalkan dengan driver yang akan sentiasa berada bersama kami iaitu Asantha yang terus membawa kami ke hostel tempat kami menginap berdasarkan hostel yang kami booking online kat KL. Perjalanan sepanjang ke Colombo Sea View Hostel yang terletak di Initium Road, Dehiwala, Colombo Wellawatte Beach dari Airport Bandaranaike International Airport, kami dapat melihat ragam manusia dan budaya Sri Lanka . Kami tiba di sana setelah driver tu sendiri confuse dengan alamat yang diberikan. Setelah melalui rumah pengawal kami ke tingkat 3 dan diperkenalkan dengan ahli rumah yang lain. Setelah mendaftarkan diri, kami berjalan jalan di sekitar hostel ni. Mencari makanan yang halal tidak sukar kerana begitu mudah untuk mencari makanan halal. Huhu antara makanan yang menjadi menu makan malam kami ialah nasi goreng, kari daging, kari perut babat dan kari perut tembusu. kemudian kami menuju ke beach untuk menikmati pemandangan matahari terbenam...apa lagi bergambar sakanlah kita orang di sini. 

Yang menariknya kat sini, kami perlu melalui landasan keretapi dengan keretapi yang lalu lalang di sini ibarat keretapi mel Malaysia tahun 80an dulu. Keretapi lalu jer berlari lari kami melintas landasan keretapi sambil tergelak gelak dan risau huhuhu. Warga Sri Lanka yang berada di situ tersenyum senyum memerhatikan gelagat kami yang berposing di landasan pula. Pukul 7 waktu tempatan kami balik ke hostel, dan bilik kami betul betul mengadap laut dan of course bunyi keretapi lalu lalang memang kerap menunjukkan keretapi merupakan antara pengangkutan utama di sini mengingatkan kampung saya di Bagan Serai Perak yang mana tidur saya di dodoikan oleh bunyi keretapi hahahaa. 



No comments: