11 January 2014

Lunch bersama Yayasan Pendidikan Cheras

Pembuka January
Diraikan dengan lunch

9 Januari lalu merupakan jamuan untuk menghargai jalinan kerjasama antara Yayasan Pendidikan Cheras dengan sekolah-sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras yang diadakan di bangunan YPC, Jln Peel, Kuala Lumpur. Yayasan ini sangat popular dalam kalangan warga Zon Pudu. Yayasan ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato; Seri Syed Ali Alhabshee kerana keaktifan yayasan ini mengendalikan projek dan menyalur dana untuk menjalankan aktiviti sekolah. Sejak penubuhan Kolej YPC- ITWeb, yayasan ini dikenali dalam kalangan guru kaunseling Zon Pudu untuk menggunakan kemudahan tempat bagi menjalankan aktiviti peringkat Zon. Sebagai sekolah angkat YPC, kami dijemput seramai 4 orang dari setiap sekolah yang terdiri dari pengetua, guru kanan dan 2 orang guru. Saya mendapat jemputan atas kuota sebagai pengerusi guru kaunseling Zon Pudu yang mana ia satu simbolik menunjukkan yang selepas ini saya akan kerap ke sini. Sebelum jamuan ini diadakan , sebanyak 2 kali perjumpaan bertentang mata antara pengerusi guru bimbingan sekolah rendah dan En Jamaluddin selaku Ketua Biro Latihan, Kolej-YPC diadakan untuk berkenalan dan berbincang mengenai aktiviti kerjasama antara YPC dengan sekolah angkat YPC. Sudah tentu saya akan memberikan komitmen yang terbaik kerana YPC begitu signifikan dalam saya kerana pihak sekolah telah mengiktiraf sumbangan saya terhadap sekolah dan aktif bersama YPC sehingga saya dipilih oleh pihak sekolah untuk  Anugerah Guru Bestari yang dianjurkan oleh YPC yg telah diadakan pada 2 November 2012 di sebuah hotel.
 

Telegram Channel