28 February 2014

Majlis Makan Malam Amal Jubli Emas SMKC

Majlis Makan Malam Amal Jubli Emas SMKC

It hurts..
It a sign from your body
To tell your mind
Please..please take a rest!!

AJK Publisiti mula mengatur strategi untuk promosi besar besaran projek majlis makan malam amal pibg. Yang menariknya AJK Publisiti meletakkan saya sebagai admin maklumla sebagai guru saya juga adalah alumni sekolah batch 1990 hingga 1993. Oleh sebab tu jugakla saya terpilih sbg Ketua AJK Jualan Kupon Untuk Alumni Sekolah. Hmmm..camne ye dahla tak aktif facebook sejak Dis tahun lepas so camne nak invite dan share! Picture kat bawah ni pun Afiqah yg printscreen dan sent by viber kat saya.
Huhu obsess dgn blog dan VLE Frog sekarang. Jln pintas yg termudah apalagi....pegi ke whatsapp group dan minta mereka like facebook jubli emas smk cheras tu dan minta seseorang jadi admin for our batch 1993..huhu rasanya sepul la yg paling layak byk pengaruh.Batch tahun 2000 hingga kini takda masalah lantik seseorang my exstudent yg still in contact to promote. Then pergi ke insta promote perkara yg sama.

27 February 2014

Karnival Permainan / Minda Sihat

Karnival Permainan / Minda Sihat

Thank you HUKM !

Hari yg pack bergerak ke sana sini. Tukar kasut tinggi ke kasut glamer yg tumit rendah untuk kurangkan sakit..
Pagi sempat buat sesi dgn student kes mencuri..well dear student kalo pernah ada kes rayuan semula..please! please behave.
Then terkejar ke balai polis pudu ..then ke balai polis cheras lak untuk urusan permit makan malam pibg temankan setiausaha pibg.
Balik sekolah mengadap HEM pulak buat laporan. Ok lapar okey dah pukul 10.15 am lari g kantin jap.
Then sesi kaunseling dgn student..again kes mencuri lagi! Habis je sesi rasa cam nak tarik nafas jap ..tapi bukak je bilik kaunseling student prs sesi ptg dah penuh waa dah pukul 12 start meeting prs. Habis je meeting lari g bilik mesyuarat ada roll call dgn boss. Pkl 2.45 habis jer apalagi lari g kantin lunch jap.
Makan tergesa gesa nak lari g padang lak untuk karnival permainan. Sbg guru yg in charge bola jaring untuk rumah Perdana kenala turun tgk student main sorak punya sorak kalah gak. Owh.....takpela student janji dah usaha yer. Karnival permainan start dari hari isnin hingga khamis dari pukul 3 petang biasanya dah start. Mmg dari 4 game hanya satu je game yg kami menang.
Habis jer game dah pkl 3.30 wah kena lari g klinik kesihatan lak ..bukan nak checkup tapi meeting Minda Sihat lak. Oleh sebab aircond di klinik off maka kami pegi ke unit kecemasan untuk meeting.. the only place kat klinik kesihatan ni yg ada aircond berfungsi. Kami meeting psl
 ~bengkel minda sihat pada 11 mac
~ 7 april pelancaran sudut  minda sihat
~ 8 april klinik berhenti rokok
~ 10 april pameran
~ 23 april akuarobik
~ 24 april saringan minda sihat sekali lagi
Orait bajet tiada untuk tahun ni so kami akan cuba korek mana mana sumber untuk realisasikan program minda sihat pada tahun ini.
Akhirnya pukul 5 mari kita balik! Perghh hari yg panas krisis air lak.

26 February 2014

Radatus Sakinah..Cinta , Cita

Radatus Sakinah..Cinta , Cita

Wednesday..run programme
Control body language
So no one will realize the pain

Hari ni program bersama Radatus Sakinah mengenai cinta remaja. Program yg higlight mengenai cinta kita yg maha agung kepada yg sepatutnya. Perjalanan program berjalan baik kerana pelajar memberikan kerjasama yang cukup baik kerana asyik dengan sedutan paparan yg ditunjukkan di dewan dan pengisian ceramah. 

Pelajar diingatkan mengenai bahaya penyakit akibat seks bebas atau seks diluar tabii. Bagaimana zina boleh membawa kepada hamil luar nikah, kes pengguguran yg berleluasa dan pembuangan bayi yg tidak berdosa. Pelajar ditunjukkan dengan visual yg mengerikan proses pengguguran berlaku dan proses pembuangan bayi. Pelbagai jenis penyakit kelamin juga ditunjukkan dgn visual yg berjaya meruntun hati student. Mmg mengerikan.

Modul yg menarik dari radatus sakinah ni tapi bayaran juga menarik sebanyak rm 1500 untuk slot separuh hari dgn jumlah pelajar yang tiada had. Tetapi kami meletakkan 150 pelajar sahaja sebagai peserta program agar dlm kelompok kecil dalam dewan lebih mudah untuk dihayati oleh para pelajar sasaran, semua ahli pembimbing rakan sebaya tingkatan empat, satu dan dua. 
             

25 February 2014

Seminar Peningkatan Guru Kaunseling WPKL

Seminar Peningkatan Guru Kaunseling WPKL

Day 2..agenda
VLE Frog
Mesyuarat Agong KLCA
Kaunseling HIV / AIDS

Slot pagi start dengan penerangan VLE Frog. Orait kalau ler saya takde basic ni mmgle mau tertido gak. Penceramah bagi taklimat mmg sangat cepat dgn wifi dan internet yg bermasalah. Jadi AJK yg duduk betul betul depan penceramah kenala offer hotspot dari mobile data dan guna laptop saya terus sbb mmg tgh buka vle frog masa tu. Apalagi satu auditorium tu tgk vle saya..malu la gak bukan apa..tak berapa nak ada info pun. Then guru kaunseling sekolah SMAKL..sek asrama penuh present vle frog dia perghh mmg sangat inovatif. Penggunaan vle di sekolah tu amat meluas sama ada dari student atau guru itu sendiri. So usaha guru ksunseling sek tu mmg sgt bagus krn dpt berurusan di hujung jari. Well saya cuba projek rintis e kaunseling ni dgn student tak ramai pun cuma 5 org tp 5 org ni pun liat dan susah nak deal dgn vle frog huhu..so cabaran yg sgt besar ni di sek men harian biasa. Habis slot ni..

Then Mesyuarat Agong KLCA. Ahli MGKK juga merupakan ahli KLCA kerana KLCA bertindak selaku pertubuhan yang didaftarkan untuk membawa isu kaunseling. KLCA merupakan satu badan NGO. Well..seronok dengan barisan AJK Yang Baru. My partner Padali dilantik selaku Naib Pengerusi KLCA so senangle zon nak berurusan. Kak Siti Salwa wakil dari Zon Pudu bersama Kak Fazilah Hashim. Pengerusi Azhar , Setiausaha Kak Norlia dan Bendahari Pn Ang memang gandingan yg agak mantap untuk memberi nafas pada KLCA. 

Tajuk slot hari ni iaitu kaunseling HIV dan AIDS. Penceramah dari Hospital Sg Buloh seorang kaunselor yg fokus pd kes HIV dan AIDS. Memberikan panduan tentang kaunseling untuk HIV AIDS membantu saya untuk memahami pesakit ini dgn lebih baik dan menjalankan sesi kaunseling kpd pesakit ...okey not in my school..but on my part time sekali sekala  projek weekend kat rumah perlindungan HIV dan AIDS untuk kategori pelajar. Oh ye mereka mmg macam pelajar lain bila kita melayan dan bermain dgn mereka. Cuma mereka kena excuse tetiba bila time makan ubat. Jadual makan ubat sangat berdisiplin dan mesti diikuti. Saya try bagi ujian DASS iaitu saringan minda sihat untuk mereka dan guide setiap satu soalan. Dari situ saya dapati skor ada yg perlu diberi perhatian kerana pelajar dalam dunia tersendiri dan ada yg jauh dari famili. Di akhir sesi saya sangat tersentuh dgn pengasas rumah ini yg pada saya bukan calang orang yg berhati cekal untuk tubuhkan tempat perlindungan seperti ini. 

Mesyuarat Agong MGKKL

Mesyuarat Agong MGKKL

Slot pertama
Seminar Peningkatan Profesionalisme
Guru Bimbingan Dan Kaunseling WPKL

Hari ni kursus di Auditorium JPWPKL. Selepas perasmian, slot bermula dgn Mesy Agong Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur. AJK  dibubarkan dan perlantikan baru dibuat.
Selaku pengerusi guru kaunseling Zon Pudu, saya automatik menjadi AJK untuk MGKKL. Carta organisasi induk berubah sewaktu pencalonan AJK.  Hasil cadangan saya mencalonkan Kak Katinah our previous pengerusi Zon Pudu selaku Naib Pengerusi MGKKL dan Naib Setiausaha Hashifah Amani mendapat sokongan ramai. Ahli Zon Pudu seperti Nabira dilantik sebagai Setiausaha dan Naib Bendahari Kak Shamsena. Pengerusi masih lagi Tn Hj Radzaki yg mendapat sokongan ramai. Di Kuala Lumpur ni semua guru bimbingan dan kaunseling menjadi ahli kepada MGKKL. Last mesy agong 4 tahun lepas, then sorang sorang berpindah dari Setiausaha hingga ke Bendahari. Mujurla tahun 2012 dan 2013, projek peringkat negeri diagihkan kpd Zon untuk dijalankan secara bergilir gilir mengikut program.
Hopefully dengan barisan AJK Induk  MGKKL yg baru ini dpt melancarkan aktiviti dan membincangkan masalah guru kaunseling diperingkat KLCA untuk dibincangkan dan diberi usul.

Jenayah Cyber: Hati hati Student

Jenayah Cyber: Hati hati Student

Slot ketiga hari ni
Lepas lunch pulak tu
Penangan polis ni
Mujur tak ngantuk

Topik menarik jenayah cyber ni maklumla skrg ni mmg bersiber jer. Apa yg menarik hari ni tentang perbuatan yg disifatkan sebagai jenayah. 
Deal dgn student dari  semenjak 2012 saya dapat melihat bagaimana kes yg melbatkan cyber ini mendapat tempat dalam sesi kaunseling saya. Sebab itu ler cikgu kaunseling kena ada info dan tau camne nak buka facebook, twitter, blog, instagram, whatsapp. Dan skrg ni dgn weechat la dan viber dan telegram.
Dari komunikasi dgn org lain melalui media sosial, boleh cari pasal yg tetiba akan jadi kes di sekolah. Bukan sekali dua kes sesi kaunseling melibatkan siber ni tetapi mmg byk kali. 

Mula mula tulis status di facebook..then friend komen..then tetiba mengutuk seseorang. Friend of friend pun terasa dan semua list friend tau sape then cari pasal melarat di sekolah nak bergaduh. 
Ada yg tulis status di twitter mengadu untung nasib berkawan dgn si polan then kengkawan komen then tetiba friend yg baca status terasa dirinya yg dikutuk dan melaratla..kejap block..kejap unfriend..kejap friend then melarat dingin friend vs friend kat sekolah
Isu gambar yg diupload pun ada..tetiba kena sound sbb tag pic untuk perli ke..nak menunjuk ke..dan mulala perang mulut. Saya pun pernah kena tempias ni bila time rajin berfacebook dulu upload pic student ni..then student pun rajin bershare dan tag dari originsl pic saya..itu pun ada yg tak puas hati dgn saya! Padahal bukan saya yg tag..apalagi terus setting kat facebook kena minta approval dr saya dulu sblm nak tag pic dr saya. Iyela org yg ditag tu bukan tau saya ni cikgu ke tak sbb friend mereka yg tag! Dalam pada setting approval tu pun, ada gak yg mesej saya bgtau knp tag dia, dia tak suka! .aikk terpinga pingala belek pic kontroversi mana padahal pic karnival sukan jer dan pic rumah sukan ..haisyy mcm mcm. Well saya reply ler, cikgu sentiasa pikir ada niat baik bila kwn minta share dan tag..kalo tak puas hati sound la org yg tag kamu bukannya pemilik yg upload pic tu..huhu termalu budak tu of course ler bukan budak cheras bile sy bahasakn cikgu..dia ingatkan saya ni student gak kot :) Kalu tak mau jadi perang mulut antara student vs student.

Teringat kes tahun lepas bila student bergaduh, seorg student lain ambil video dan upload di facebook nya tanpa dia sedar friend of friend dia adalah guru. So apalagi semua yg bergaduh, bersubahat dan lain lain dicam oleh guru. Bila tersedar baru nak delete..tapi bukti dah ditonton oleh orang ramai. Thank you mudahkan kerja cikgu tapi yg tak bestnya bila ramai kena soal siasat...tentula ada yg bengang kpd sipemilik facebook tu. 

Saya rasa isu ni menarik utk saya cerita di tapak perhimpunan mengenai etika ketika bersosial di alam maya kerana isu ini menarik agar pelajar tidak dianggap bersubahat atau menfitnah melalui gurauan mereka atau status mereka di laman sosial hingga boleh mengheret mereka kpd kes masalah disiplin atau jenayah. 



24 February 2014

Sarana Ibu Bapa, Sekolah

Sarana Ibu Bapa, Sekolah

Nila jawatan baruku
Penyelaras
Peringkat sekolah

Sape ada anak kat sekolah KPM mmg kena tau benda ni. Sarana Ibu Bapa..sbb survey dan khidmat bakti pada sek disediakan dlm borang tu. Apa yg menarik iyela..tahun lepas saya tolong kira data untuk soal selidik ni. Tetapi AJK sebenar bukanlah saya! Saya tolong jer sbb Setiausaha PIBG tak tau camne nak  settlekan data yg byk ni dan AJK Ibu Bapa PIBG pun saya tolong ajarkan but then all the data dianalisa oleh saya. Tetiba tahun ni dapat surat dari Unit Perhubungan JPWP mengatakan bahawa guru kaunseling selaku penyelaras pulak utk projek Sarana IBKS ni. Alasan yg mudah iaitu kalo bagi pada guru kaunseling mesti tau punya ...hmmmm..menjadi harapan kpd ramai org memberikan pertambahan kerja yg pelbagai.
Orait pusingan kerja cam tahun lepas, mengedarkan sarana ibu bapa kpd hampir 1400 pelajar melalui guru kelas. Guru kelas analisa data dan saya kumpul menjadi satu data sekolah..and the best part yg saya suka intai lampiran b khidmat bantu sekolah. Collect data nama parent yg sudi bantu sekolah.
And part yg paling saya suka buat iyela mcm projek guru penyayang. Saya akan draf carta organisasi dari atas ke ajk kerja ikut kreativiti sendiri supaya tak bebankan diri sendiri sangat dan dlm masa yg sama projek jalan. Well i think tula kelebihan saya meng sub kan carta organisasi beranting ranting agar objektif tercapai :) Orait mari draft carta organisasi baru dan tak sabar nak bentangkan pada AJK PIBG yg baru..maklumla kalo hanya saya je yg nampak how to implement the project so mmg senang control isu masa meeting nanti :)
Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL

Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL

6.00 am..On the road
Arrive at 7.20 am
Here I am..at JPWP!

Seminar kali ni dpt jawatan selaku AJK Buku Program dan Pencatat Untuk Slot.
2 hari kursus di sini dengan slot yg disusun :
Hari pertama
- Mesyuarat Agong MGKKL
- Taklimat dari Unit Perhubungan mengenai Sarana Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta.
- Jenayah Cyber
- Taklimat Kemasukan Universiti
Hari kedua
- VLE Frog
- Kaunseling HiV dan AIDS
- Mesy Agong Kuala Lumpur Counselor  
   Association..
Pendaftaran mencecah 426 orang untuk hari ni. Doorgift yg disediakan rasanya setakat 380 sahaja krn maklumat awal yg dapat 380..well bila tetiba cecah 426 so ada la yg tak dapat ye. Perasmian yg sepatutnya dijalankan oleh Pengarah JPWPKL ..dirasmikan oleh Ketua Sektor. 

Artikel MMI Guru Kaunseling

Artikel MMI Guru Kaunseling

Sunday
The best time 
To complete my article

Artikel ni ditulis dari Cuti Tahun Baru Cina lagi. Start buat research dan menaip pelan pelan slow and steady dan top up masa lepak library Kajang ker, tunggu anak balik sekolah ker dan bangun awal pagi 4.30 pagi. Dah nak dateline esok kenala jugak siapkan hari ni. Saja mencabar diri buat research ni and credit to myself to fulfill one of my wishlist for 2014.
Orait nak share kat sini.

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL :
AMALAN  OLEH GURU KAUNSELING SEKOLAH

Oleh
Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling
SMK Cheras

Amalan guru kaunseling dalam melindungi masa instruksional lebih dilihat sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui ceramah, taklimat dan sesi kaunseling yang membolehkan murid belajar secara lebih berkesan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang lebih menyeluruh bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi, kemasyarakatan, sosial dan vokasional. Oleh kerana itu peranan guru kaunseling tidak boleh dilihat sebagai guru ganti semata – mata dan guru pilihan pertama untuk menggantikan guru mata pelajaran yang tidak hadir untuk pengajaran akademik. Jumlah masa menggantikan guru mata pelajaran dalam seminggu hendaklah memadai 5 masa seminggu dan tidak keterlaluan sehingga melebihi 10 masa seminggu. Ini kerana guru kaunseling juga mempunyai masa instruksional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang perlu dilindungi dan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling individu mahupun kelompok di bilik kaunseling. Perkhidmatan ini tidak boleh digantikan dengan guru akademik. Guru kaunseling juga terlibat dalam  perlaksanaan modul kaunseling yang tersendiri dengan aktiviti bimbingan kelas apabila menjadi guru ganti. Selain itu, guru kaunseling juga perlu menjalankan program yang bersesuaian untuk  masalah disiplin dan sahsiah pelajar bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Unit bimbingan dan kaunseling mempunyai perancangan tahunan dan masa instruksional yang meliputi akademik, peribadi, psikososial, kerjaya, keibubapaan, pembangunan diri, pencegahan dadah dan HIV  untuk memastikan murid belajar dengan lebih berkesan dalam aspek yang menyeluruh. Dalam melaksanakan perancangan tahunan ini, masa instruksional guru kaunseling juga perlu dilindungi dan dalam masa yang sama membantu pihak sekolah melindungi masa instruksional guru mata pelajaran.






PENDAHULUAN

            Masa instruksional bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk lain bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid bermaksud pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006) menyatakan bahawa rasional penubuhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah kerana tugas hakiki guru mata pelajaran ialah mengajar dan tumpuan utama mereka menyampaikan pengetahuan atau membina perkembangan minda pelajar sahaja dan tidak banyak masa yang digunakan untuk membantu pelajar secara langsung tentang perkara – perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran . Oleh itu guru kaunseling ditugaskan dengan program yang tersusun untuk membantu pelajar dalam aspek fizikal mahupun psikososial. Suradi Salim (1996) menekankan antara sebab mengapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diadakan dan dikukuhkan di sekolah ialah membantu pelajar berkembang dalam semua bidang, menolong pelajar membuat penyesuaian yang paling baik di sekolah dan di luar sekolah, mengenal pasti dan memotivasikan pelajar yang kurang bernasib baik dan mengatasi masalah kemerosotan disiplin. Oleh itu guru kaunseling membantu meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dan melindungi masa instruksional di sekolah.

LATAR BELAKANG DAN KAJIAN LITERATUR
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras merupakan sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur. Sekolah merangka masa instruksional yang ideal, namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkesan kerana faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah atau dalam bilik darjah seperti guru mata pelajaran menghadiri kursus atau mesyuarat di luar atau mengiringi murid dalam akademik. Oleh itu guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberhasilan pembelajaran pelajar dengan meningkatkan masa instruksional di antara guru kaunseling dengan pelajar dan membantu pihak sekolah melindungi masa instruksional guru lain dengan perancangan awal dari unit kaunseling. Namun demikian, guru kaunseling juga mempunyai masa instruksional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang perlu dilindungi dan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling individu mahupun kelompok di bilik kaunseling. Perkhidmatan ini tidak boleh digantikan dengan guru akademik. Oleh kerana itu peranan guru kaunseling tidak boleh dilihat sebagai guru ganti semata – mata dan guru pilihan pertama untuk menggantikan guru mata pelajaran yang tidak hadir untuk pengajaran akademik. Jumlah masa menggantikan guru mata pelajaran dalam seminggu hendaklah memadai 5 masa seminggu dan tidak keterlaluan sehingga melebihi 10 masa seminggu. Dari aspek faktor murid pula, murid tidak bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk menghadapi pembelajaran instruksional pada hari tersebut. Mohamed Fadzil Che Din (2000) menjelaskan dimensi kaunseling merupakan satu proses yang mempunyai peringkat tertentu, teknik dan teori tertentu, ada kaunselor dan klien serta alat kaunseling, mempunyai jangka masa dan ketertiban, setiap peringkat ada perubahan dan dilakukan secara sistematik.  Ia bertujuan untuk meningkatkan masa instruksional pelajar di sekolah agar dapat bersedia menerima pembelajaran.

OBJEKTIF
1)     Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu menyumbang ke arah memperkembangkan minda dan menggilap potensi murid.
2)      Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran.
3)      Masalah disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas diminimakan agar dapat membantu perlaksanaan masa instruksional yang lebih berkesan bagi memperbaiki imej diri yang negatif.
4)      Memberi atau  memberi jalan agar pelajar dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, emosi, kerohanian dan tingkah lakunya dan meningkatkan keberhasilan pembelajarannya.



AMALAN TERBAIK BERDASARKAN OBJEKTIF 
1)        Kelas ganti berdasarkan modul kaunseling yang terancang.
Guru kaunseling sering menerima kelas ganti bagi kes kecemasan seperti menggantikan guru yang mempunyai kes kecemasan dan guru penolong kanan yang mempunyai urusan dengan ibu bapa dan tetamu yang lain di pejabat. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik, kerjaya, pembangunan diri murid, psikososial, pendidikan pencegahan dadah dapat dijalankan dengan terancang melalui perancangan modul kelas bimbingan kepada pelajar  mengikut tingkatan. 

2)Gabungan kelas
Apabila sudah diketahui pada satu tarikh yang ditentukan, ramai guru yang terlibat dengan aktiviti luar hingga mencecah 10 orang dalam satu sesi persekolahan, guru kaunseling akan merancang program di dewan dan menjalankan sesi ceramah kepada beberapa kelas yang digabungkan agar dapat mengelakkan pelajar berada di dalam kelas tanpa guru.

3) Bekerjasama dengan AJK Pengurusan Jadual Waktu Ganti Kelas untuk mengatur kelas ganti  bagi guru kaunseling menjalankan aktiviti untuk sesuatu program tertentu.
Guru kaunseling boleh berbincang dengan jawatankuasa sekolah untuk melibatkan diri dengan aktiviti pelajar dalam kelas bagi kelas yang memerlukan guru ganti terutama untuk minggu tertentu seperti menjalankan saringan minda sihat untuk semua pelajar tingkatan empat dalam minggu tersebut, halatuju selepas SPM kepada semua pelajar tingkatan lima sewaktu minggu kerjaya dan sebagainya. Oleh itu selain melindungi masa instruksional pelajar dalam akademik, guru kaunseling dapat menjalankan masa instruksionalnya.

4) Kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kaunseling mengenai keberkesanan buku rekod kawalan kelas dan tindakan susulan oleh guru kaunseling dari laporan dalam buku rekod kawalan kelas 
Buku rekod kawalan kelas merekodkan kehadiran murid dan guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Ia mencatatkan nama murid yang tidak hadir dan murid yang ponteng sekolah. Ia juga penanda aras yang penting bagi mengesan kehadiran guru dalam bilik darjah. Guru kaunseling akan mengesan nama murid yang tiada di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berlangsung dan menjalankan sesi kaunseling individu bagi pelajar yang ponteng kelas dan bermasalah. Guru disiplin pula akan menghukum pelajar yang mempunyai salah laku. Hasil kajian tindakan yang dijalankan menunjukkan buku kawalan kelas adalah satu dokumen penting yang merekodkan kehadiran guru dan salah laku pelajar. Guru mata pelajaran yang prihatin dengan pengurusan buku rekod kawalan kelas dengan memastikan bilangan pelajar, masalah pelajar lewat masuk kelas dan salah laku pelajar akan membantu dari aspek penurunan bilangan pelajar yang bermasalah dan melindungi masa instruksional guru mata pelajaran mengurus disiplin pelajar. 

5)  Memenuhi masa instruksional Kelab Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya

 Purata kekerapan perjumpaan kelab ialah 12 kali setahun mengikut jadual kokurikulum yang dirancang. Masa yang diperuntukkan telah digunakan oleh sekolah bagi tujuan memenuhi masa instruksional kegiatan kokurikulum. Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, murid-murid perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu di peringkat Kelab Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya di bawah Unit Bimbingan Kaunseling menyediakan pelbagai aktiviti menarik agar dapat menarik minat pelajar dan mencungkil potensi pelajar agar dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri.

6) Memenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolah dengan murid memberikan tumpuan kepada acara yang berlangsung. Banyak nilai murni yang berkaitan dapat diterapkan.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling menjalankan aktiviti mentor mantee  pada hari Isnin mengambil masa perhimpunan agar dapat memupuk budaya penyayang dengan sifat kasih sayang dalam keadaan tidak formal dalam kalangan guru dan pelajar dan menyemai sikap hormati guru. Nilai murni pula disampaikan pada setiap hari Khamis untuk slot kaunseling dan disiplin sewaktu perhimpunan pagi sebelum masuk ke kelas.

 7) Bagi sekolah yang murid tidak cemerlang, pihak sekolah bermasalah dengan kehadiran murid jika bengkel pemantapan disiplin dan sahsiah dibuat di sebelah petang. 
Guru kaunseling menjalankan sesi kaunseling sewaktu masa persekolahan. Ini kerana bagi kes pelajar bermasalah disiplin, masa instruksional yang sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling adalah sewaktu masa persekolahan kerana mereka bersedia untuk menerima kaunseling berbanding selepas waktu persekolahan. Begitu juga untuk aktiviti program dan bengkel berkaitan sahsiah dan disiplin, akan diadakan sewaktu masa persekolahan kerana pihak unit bimbingan dan kaunseling percaya bahawa masa instruktional pelajar di dalam kelas akan lebih baik dan berkesan jika masalah dalam diri pelajar itu dapat dibantu terlebih dahulu untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran mereka.

8     8) Mewujudkan media sosial. 
       Blog ialah laman web yang dikendalikan dengan entri yang kerap dan sentiasa dikemaskini oleh penilik blog. Entri berbentuk penerangan mengenai peristiwa, bahan grafik atau video. Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu murid berhubung cara online dengan guru-guru kaunseling. Facebook unit bimbingan dan kaunseling, page unit bimbingan dan kaunseling dan blog unit bimbingan dan kaunseling ialah medium penting dalam menghubungkan guru kaunseling dengan para pelajar dan bukannya menggunakan media sosial peribadi. Nazir SKPM yang datang melawat UBK pada tahun 2012 telah memberikan band 6 kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerana inovasi menggunakan media sosial ini yang belum lagi meluas penggunaannya dalam kalangan unit kaunseling sekolah lain ketika ini.
  
        9) Bekerjasama dengan ibu bapa bagi urusan menghantar dan mengiring pasukan sekolah  
         sesuai dengan bidang khidmat bantu kepada sekolah melalui Sarana Ibu Bapa dan Komuniti 
        Apabila guru kaunseling terlibat dalam mengira data soal selidik sarana sekolah dan ibu bapa, guru kaunseling dapat mengenal pasti ibubapa yang berminat untuk membantu pihak sekolah berdasarkan Soal Selidik Sarana Ibu Bapa. Oleh itu guru kaunseling menghubungi ibu bapa yang dapat membantu untuk urusan menghantar dan mengambil pelajar. Ini kerana pada masa kini, apabila murid menjadi peserta kursus atau ceramah, guru tidak perlu turut serta hanya perlu mengambil dan menghantar peserta sahaja ke sesuatu kursus. Perjalanan sahaja boleh mengambil masa sehingga 2 jam urusan pergi dan balik ke tempat berkursus. Oleh itu dengan cara ini guru dapat melindungi masa instruksionalnya dan berada di sekolah.

DAPATAN AMALAN
1)   Unit kaunseling dapat melindungi masa instruktionalnya berpandukan rancangan tahunan unit bimbingan dan kaunseling dengan menjalankan silibus dan modul mengenai bidang akademik, kerjaya, psikososial, keibubapaan, pembangunan diri dan pendidikan pencegahan dadah untuk para pelajar.

2) Mengelakkan kelas tiada guru dan menggabungkan kelas – kelas di dewan agar dapat mengadakan aktiviti berbentuk ceramah dan taklimat mengenai halatuju pelajar, kemahiran belajar dan sebagainya untuk sekurang-kurangnya 2 masa pengajaran.

3) Hasil dari kajian tindakan guru kaunseling untuk meningkatkan disiplin pelajar, maka buku rekod kawalan kelas digunakan dengan lebih berkesan. Untuk mengelakkan buku tersebut hilang, diwujudkan buku kawalan kelas berdasarkan bulan dan ruang diwujudkan untuk bahagian tindakan dan hukuman untuk rekod. 

4)  Sekiranya masalah disiplin pelajar dapat diatasi, maka pembelajaran instruksional akan meningkat kerana kurang masa digunakan oleh guru mengurus disiplin pelajar tersebut. 

5)      Melalui media sosial, guru kaunseling akan mendapatkan maklumat awal mengenai   
pelajar dan sekaligus membantu pelajar melindungi masa instruktional pelajar tersebut dalam akademik.

6) Apabila masa instruksional kelab dan persatuan terjaga, maka objektif untuk penubuhan kelab dan persatuan itu sendiri tercapai. Kelab Kerjaya merupakan antara kelab yang diiktiraf sebagai teraktif di sekolah selama 3 tahun berturut dengan pencapaian yang baik di peringkat Zon Pudu. 

7) Ibu bapa memberikan kerjasama seperti yang terkandung dalam Sarana Ibu Bapa apabila diminta oleh guru kaunseling untuk tujuan menghantar dan mengambil pelajar yang terlibat dengan program di luar. Oleh itu ia menjimatkan bilangan guru yang terlibat untuk urusan menghantar dan mengambil pelajar dan seterusnya membantu melindungi masa instruktional guru tersebut dalam pembelajaran di sekolah.

CADANGAN 
1) Bekerjasama dengan Jawatankuasa Jadual Guru Ganti Sekolah untuk memberikan guru kaunseling kelas ganti bagi memenuhi masa instruktional guru kaunseling dalam perlaksanaan modul. Apabila Jawatankuasa tersebut memahami keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling maka kelas ganti yang diberikan adalah dari kelas yang berbeza atau kelas yang diperlukan oleh guru kaunseling dalam minggu tersebut untuk menjalankan modul dan bukannya menggunakan modul guru mata pelajaran semata-mata. Ini untuk mengelakkan guru kaunseling dieksploitasikan untuk dijadikan guru ganti pilihan pertama semata – mata hingga ada sekolah yang mencecah 10-15 masa seminggu walhal sesi kaunseling individu dan kelompok  juga merupakan masa instruksional guru kaunseling di bilik kaunseling.  

2) Melalui penggunaan VLE-Frog, guru kaunseling mempunyai site sendiri untuk Unit Kaunseling dan site untuk setiap guru kaunseling.
Setiap pelajar mempunyai kata laluan untuk menggunakan VLE-Frog sebagai satu medium rasmi dalam sekolah dan ini menggalakkan pelajar untuk menyampaikan masalah mereka kepada guru kaunseling melalui e-mail rasmi dan membantu pelajar melalui interaksi di alam maya . Ini melindungi masa instruktional pelajar tersebut dalam aktiviti mata pelajaran di sekolah. Guru kaunseling akan mengatur pertemuan dengan pelajar jika masalah perlu dirujuk secara bersemuka.

3) Selaku penyelaras Sarana Ibu Bapa dan Sekolah yang dilantik, guru kaunseling boleh menggerakkan jawatankuasa sokongan ibu bapa  untuk membantu pihak sekolah dalam aspek khidmat bantu kepada pihak sekolah. Guru kaunseling dapat mengenal pasti ibu bapa yang sanggup meluangkan masa untuk aktiviti khidmat bantu di sekolah dan menyimpan data ibu bapa tersebut untuk dihubungi terutama dalam aspek mengiringi murid dalam aktiviti luar bilik darjah.

4) Terlibat dengan Operasi Lewat dan dapat mengenalpasti dengan segera pelajar yang sering terlibat dengan masalah lewat ke sekolah sehingga menggangu masa instruktional pelajar itu dan guru mata pelajaran sendiri dan khidmat membantu dapat dijalankan.


KESIMPULAN
Guru kaunseling juga mempunyai masa instruksionalnya yang perlu dilindungi mengikut perancangan tahunannya. Kebanyakan guru atau pentadbir hanya memikirkan mengenai masa instruktional adalah di antara masa pelajar dengan mata pelajaran semata-mata. Oleh kerana itu terdapat sekolah yang tidak membenarkan guru kaunseling menjalankan sesi kaunseling bersama pelajar atau mempersoalkan mengenai keperluan menjalankan program ceramah atau taklimat sewaktu masa pembelajaran akademik. Oleh itu diharapkan melalui penulisan artikel ini, amalan guru kaunseling dalam melindungi masa instruktional lebih dilihat sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui ceramah, taklimat dan sesi kaunseling membolehkan murid belajar secara lebih berkesan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang lebih menyeluruh bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi, kemasyarakatan, sosial dan vokasional.

RUJUKAN
Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006), Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah. Selangor: UKM.
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,(2013). Sarana Ibu bapa.  Putrajaya: KPM
Mohamed Fadzil Che Din,(2012). Pengenalan Kaunseling. Kota Bharu:  Excellent Mind Resources
Suradi Salim.(1996). Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd















23 February 2014

Mesyuarat Agong PIBG 03

Mesyuarat Agong PIBG 03

Hi Saturday
Drive from home to school
Just 20 minutes! ..bahagianya
Compare to weekdays
50 minutes to 1 hour

Hari ni mesyuarat agong PIBG diadakan. Bertugas selaku AJK Dokumentasi dan membantu Setiausaha untuk pelancaran gimik Sambutan Jubli Emas SMK Cheras di Mesy Agong Pibg. Barisan AJK PIBG yg utama seperti YDP, Naib YDP, dikekalkan. Manakala 3 org muka baru AJK yg baru. AJK Guru pula semuanya bertukar baru. 
Antara intipati berikut yg penting;
-Yuran PIBG yg baru
-Aktiviti tambah dana untuk tabung PIBG melalui jualan amal makan malam
- Isu keselamatan pelajar sekolah semenjak pembinaan kondominium betul betul depan pagar sekolah dijalankan.
Orait hopefully dgn barisan AJK PIBG yg baru maka komitmen dan pandangan yg lebih baik dapat diberikan! Kaunselor sebagai pemerhati dan saya selaku wakil yg telah berada selama 14 tahun dlm PIBG ini telah melalui pelbagai ragam barisan AJK PIBG dari dulu hingga kini dan barisan pentadbir beserta AJK Guru yg silih berganti. Hanya kaunselor je yg takde tukar ganti..huhu. 

22 February 2014

Seminar Kerjaya 2014

Seminar Kerjaya 2014

Guru kaunseling berpecah dua,
Dua orang di dewan dgn PIBG,
Seorang ke SK Convent Jln Peel,
Nak buat camne..
Bila program serentak sama!

Hari ni ada program dgn YPC selaku anak angkat YPC ..program hari Sabtu mmg ada. Hari ni berkenaan dgn Seminar Kerjaya iaitu ceramah motivasi, kerjaya berkenaan dgn pegawai polis dan ceramah kemasukan ke Kolej YPC IT Web. Kami ambil peserta dari Kelab Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya sahaja. Seramai 27 orang yg hadir. Oleh sbb Rozi tak terlibat sebagai AJK Mesy Agong  PIBG , maka Rozi la yg kena bawa dgn kroni UBK huhu siapa lagi kalo bukan si Afiqah. 

Persiapan Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL

Persiapan Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL

Salam Jumaat
Rutin pagi bacaan Yaasin
Di surau sekolah
Pegi sekolah dulu settlekan kes pelajar then lari gi JPWP persiapan untuk Seminar Guru Kaunseling WPKL yg asyik ditunda dari tahun lepas so alhamdulillah jadi juga. Dilantik selaku AJK Buku Program tetapi buku program ni 100 % bukan dari saya! Bertugas bersama Nabira dan Nik..tukang setuju jer dgn draf. So hari ni le part saya tukang masukkan buku program ni dalam beg doorgift yg diterima oleh peserta program dan potostat jika tak cukup. Cam senang ek.huhu. Sebab tu ler dpt tugas tambahan jadi pencatat untuk slot pula.
Tapi yg bestnya hari ni bila saya jumpa boss jpwp nak tau detail pasal kaunselor Zon Pudu kena dilantik menjadi AJK kursus prs peringkat negeri, saya dimaklumkan yg projek tu sebenarnya giliran untuk kaunselor zon bangsar pula. Huh..terasa ringan jap kepala otak. Bila satu projek besar dah lepas..tapi dpt sms pulak dapat lepas tu dari Pengerusi Biro Pendidikan YPC tentang projek kepimpinan pelajar one day pada 10 April. Mujurle sehari je..bolehla!

20 February 2014

Mesyuarat Guru Kaunseling Zon Pudu  2/14

Mesyuarat Guru Kaunseling Zon Pudu 2/14

Meeting hari ni
Di Sunway University
Thank you for the sponsor!

Pengisian penting hari ini.
Bila boss PPW kata psl program after this.
Wow!! Serentak projek PPSDM pada 23 April plus kena jadi organiser untuk PRS WPKL pada 23,24 dan 25 april. Plus lagi dengan Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu pada 23 dan 24 april..perghh..mari otakku ligat nak pikir bahagi kerja antara anak buah. Sambil mendengar taklimat, sambil tgn ligat draf kerja. Well the solution..PPSDM digerakkan oleh semua guru kaunseling Subzon D. Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu ditunda dan dijalankan pada 28 dan 29 April di  SMK Convent Jln Peel oleh subzon B.
Kursus PRS Negeri akan dikendalikan oleh AJK Induk dan dibantu oleh AJK Subzon C dan A. So esok ada mesy di JPWP kena mengadap boss besar jabatan untuk discuss detail.

Then pertandingan bilik kaunseling tercantik hanya 7 buah sekolah yg mengambil bahagian.
Aktiviti SST Team dpt pencalonan dari 20 orang guru kaunseling untuk mewakili Zon Pudu. 

Sebelum start meeting kami dibawa melawat Sunway University yg besar dan siap ada canopy walk lagi ke shopping complex berhampiran! Fasiliti yg agak hebat dengan setiap tempat strategik mempunyai CCTV. Kemudahan yang agak selesa.
Thank you Sunway University!

    

Program Remaja Berwawasan

Program Remaja Berwawasan

Tarik nafas panjang
Hembus..tarik..hembus

Pagi ni ada pelancaran Program Pelajar Wawasan satu program kerjasama antara KPM, PDRM dan ATM. Program ini telah dimulakan pada tahun lepas lagi. Program ini diletakkan di bawah pengawasan guru disiplin dan perjumpaan secara berjadual diadakan antara ATM dgn pelajar sasaran yang dikenalpasti untuk dibentuk menjadi pelajar yang berwawasan dan bermotivasi melalui latihan dan modul ATM. 

Apa yg berlaku pada tahun lepas apabila guru kaunseling tidak diletakkan sebagai AJK program ini, jadi guru kaunseling hanya fokus kepada projek PPSDM  projek dibawah KPM yg mana guru kaunseling merupakan penggerak utama. Kami tidak mengetahui peserta yg terlibat pun untuk projek Program Remaja Berwawasan ini. Tetapi pada akhir tahun lepas, guru kaunseling pula diminta menyerahkan laporan dan diberikan penilaian  kepada semua peserta program which is guru kaunseling sendiri tidak pernah memantau program ini...hmmm..mmg agak teraba raba mencari jawapan. 

So pengajaran dari tahun lepas, kenalah dari mula menyimpan rekod dan memantau perkembangan disiplin dan sahsiah pelajar projek ini. Yg penting peserta adalah sama antara projek disiplin ini dgn projek kaunseling PPSDM umpama dijadikan kaunseling berfokus PPSDM (program pemantapan sahsiah dan disiplin murid )peringkat sekolah. Dengan pakej dua dalam satu ini memudahkan pemantauan dan penilaian yg lebih telus apabila diminta laporan di akhir tahun. 

18 February 2014

Mesy Latihan Dalam Perkhidmatan

Mesy Latihan Dalam Perkhidmatan

Hi tuesday!
Baru habis meeting
Dah pukul 4.30 petang
Nak update blog sblm balik

Hari ni operasi lewat diteruskan. Ada 2 org pelajar perempuan yg lewat dah melepasi kali ketiga. So mari buat sesi kaunseling terus. Then sesi bimbingan  kaunseling berderet hingga pukul 11.50 pagi...
Petang ni dari pukul 1.20 tengah hari hingga 3.50 petang meeting.. dari meeting latihan dalam perkhidmatan (LDP tapi skrg nama glamer LADAP) dan meeting pengurusan. Wah dengan rasminya jawatan naib setiausaha LDP telah dilepaskan dan digantikan dgn orang lain. Dan yg penting akhirnya jawatan setiausaha LDP yg disandang oleh partner saya  juga diserahkan kepada guru kanan bahasa iaitu personalia yg sepatutnya memegang jawatan setiausaha iaitu guru kanan. Selama 14 tahun saya di sekolah ini, jawatan setiausaha LDP diserahkan kpd kaunselor hanya yg berbeza samaada kpd ketua kaunselor atau kaunselor kedua. Dan sbb itulah saya pegang jawatan naib setiausaha selama 4 tahun..then setiausaha 6 tahun then bila semakin byk jawatan setiausaha saya pegang di sekolah, partner Padali pula jadi setiausaha, saya kena jadi naib setiausaha semula. 

Well semasa mesyuarat pengurusan di akhir tahun 2013 saya memohon agar diberikan tanggungjawab ini kpd org yg sepatutnya kerana rasanya di Zon Pudu ini hanya beberapa sek yg boleh dibilang dgn jari yg masih memberikan tanggungjawab tersebut kpd kaunselor walaupun surat siaran mengenai jawatan tersebut telah dikeluarkan. Thank you kepada pengetua yg akhirnya melepaskan kami :) 

17 February 2014

Pelancaran Minda Sihat 2014

Pelancaran Minda Sihat 2014

Duty pagar
Operasi lewat
For this week

Hari ni pelancaran Projek Minda Sihat bagi sesi petang. Kami menjemput Dr Nazerah selaku ketua projek minda sihat dan Staf Nurse Najmi dari Klinik Kesihatan Cheras untuk hadir memberikan taklimat perlaksanaan projek minda sihat di sekolah. Kuiz diadakan dan pelajar diberikan cenderamata jika dapat menjawab dengan betul. Dr Nazerah memberikan taklimat perlaksanaan projek Minda Sihat dan Staf Nurse Najmi menunjukkan cara yang betul untuk urutan teknik relaksasi bagi mengurangkan stres. 




16 February 2014

Plan Makan Malam Amal SMK Cheras

Plan Makan Malam Amal SMK Cheras


Ahad yg busy perah otak
Berdenyut kepala otak
Nak stop jap perah otak?
Oh tidak! tidak!

Nak release sikit kepala yg sakit...tgk blog sendiri  dan update cerita yg takda kaitan dgn status di atas huhuhu. Pasal cerita smlm Nak update pasal meeting PIBG, dilantik selaku Ketua Untuk Jualan Kupon Kepada Alumni Sekolah. Wow target nak jual 200 kerusi from my part..perghh. Tapi kelulusan belum dapat so just promote dulu sana sini..especially from my batch. Hajat pihak sekolah asalnya memohon pengerusi YPC iaitu Dato Syed Ali untuk merasmikan majlis ini tetapi ia menjadi majlis yg grand bile YPC mencadangkan agar menjemput Datuk Idris Jusoh selaku Tim Menteri Pendidikan tapi hari ni jemputan kami mendapat jawapan dukacita. So tukar plan pilih Menteri WPKL pula iaitu Tengku Adnan yg juga merupakan pengerusi UMNO WPKL. Pelan asal yg hanya melibatkan RM80k telah naik kepada RM 120k memandangkan kos juga naik. Well my part promosi besar besaran dan target jualan kerusi sebanyak mungkin.
Motivasi PBSMR

Motivasi PBSMR

Sabtu..and again
Here..smk cheras

Hari ni untuk program motivasi bagi tingkatan  3. UBK menjemput penceramah dari Berjaya College untuk memberikan motivasi bagi mencapai result terbaik bagi PBSMR. Kemudian penetapan target dilakukan dan ikrar akujanji yang diketuai oleh Hisham ahli PRS ting 3. 
Hari ni kelam kabut sikit kami kerana kami bercadang mengadakan program bersama ibu bapa pelajar tingkatan 3. Setiausaha PBS bercadang mengadakan taklimat kepada ibu bapa agar ibu bapa aware dengan format peperiksaan yang baru. Program bersama ibu bapa bermula pada pukul 10.30 pagi. Tetapi apabila pengetua memberikan sms kepada setiausaha PBS menyatakan yg beliau menerima arahan supaya tidak menyampaikan taklimat kpd ibu bapa krn perlu menunggu arahan seterusnya dari KPM..maka hari ni program motivasi dan penetapan matlamat sahaja boleh diadakan.
Kami meminta student menghubungi ibu bapa agar tidak hadir ke sekolah. Setiausaha PBSMR pula menunggu di hadapan pagar sekolah untuk memaklumkan sendiri kepada ibu bapa yang tidak sempat menerima maklumat mengenai agenda yang dibatalkan. Sorry atas kesulitan...kpd semua parent. 

 

Telegram Channel