10 March 2014

Pertandingan Bilik Kaunseling Tercantik

Hati tersentuh tengok berita
Basah jer pipi dgn air mata
Flight MH 370 punya cerita
Tabahlah jiwa menahan derita

Semalam program LADAP tapi AJK PRS dah tunggu di bilik kaunseling untuk menjalankan aktiviti bergotong royong upgrade bilik kaunseling dgn bantuan kaunselor praktikum. Sejak mencalonkan diri untuk masuk pertandingan bilik kaunseling tercantik saya cuba buat projek sisih dulu. Habis semua nak buang. Kalo saya mengemas rasa ade jer benda nak disimpan balik tapi bila adanya PRS dan kaunselor praktikum saya cuma ambik benda yg saya rasa penting dan selebihnya saya tutup mata huhuhuh biarla nak buang apa pun yg penting saya tak nampak! Kalo tak ...sayang.
Habis jer projek LADAP pukul 1.30 tengah hari tu terus ke UBK mengemas..10 plastik sampah besar yer..brg brg untuk dibuang atau dikitar semula.
Wah habis semua bunga bunga saya dikerjakan dan dibuang ..untungnya sek yg dapat praktikum kaunseling master ni ialah mereka ni berduit maklumlah dah kerja so bolehla buang buang belikan bunga yang baru.
Nila hasilnya ..impress dengan hasil kerja semua AJK PRS yang membantu. Bilik kaunseling kelompok yg ada kerusi kerusi dialihkan keluar so jadi konsep santai duduk di atas karpet. Terus nampak luas dan teraputik sbb almari buku juga dikeluarkan di ruang tamu. Bilik kaunseling individu juga simple but nice dan dimasukkan elemen kata kata motivasi dan sejambak bunga. Terima kasih semua..

 

Telegram Channel