Bermula keriangan cuti sekolah,
13 hari bercuti bagi murid sekolah,
6 hari bercuti dalam diariku..kaunselor sekolah
Alhamdulillah...
Hari ni scroll apa yang patut untuk lengkapkan proposal hot plate unit HEM JPWPKL. Satu projek untuk membekalkan makanan yang berkhasiat di sekolah bagi pelajar yang miskin. Hopefully boleh dipanjangkan untuk tindakan seterusnya dan mencapai objektif kami
1.0 PENDAHULUAN
H Program Hot Plate merupakan program pemberian
makanan yang berkhasiat secara percuma di sekolah kepada murid-murid yang
kurang bernasib baik dengan harapan mereka dapat hadir ke sekolah dan
seterusnya memberikan tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas. Program ini
merupakan inisiatif pihak sekolah sendiri bagi membantu murid-murid di sekolah
masing- masing. Ini kerana pihak sekolah mendapati murid-murid ini datang dari
keluarga yang miskin dan tinggal di kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat
Termiskin) dan rumah setinggan. Murid- murid ini perlu dibantu kerana mendapati
punca mereka tidak hadir ke sekolah kerana tiada wang
saku dan ada yang melakukan kerja sambilan. Ini kerana ada juga murid-murid
yang memperolehi bantuan kewangan sama ada KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin) atau Baitulmal tetapi biasanya
digunakan untuk peralatan persekolahan dan keperluan mendesak ahli keluarga
lain dan pelajar akan berkira untuk makanan dan berpuas hati jika hanya sekadar
mengalas perut atau minum air.
Sewaktu murid – murid ini di sekolah rendah, murid-murid ini menerima Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia
merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid sekolah rendah golongan miskin
dan bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrien
seimbang bagi membantu murid-murid memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam
kelas. Walau bagaimanapun apabila murid itu menjejakkan kaki ke sekolah
menengah,bantuan Rancangan Makanan Tambahan tidak diteruskan untuk murid
sekolah menengah. Oleh itu pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan
program seumpamanya di peringkat sekolah menengah. Pihak sekolah memberikan
bantuan makanan percuma dengan dana dari guru – guru sekolah sendiri yang
prihatin dan zakat dari koperasi sekolah. Ini kerana pihak sekolah ingin
memastikan bahawa pelajar miskin memperolehi makanan yang berkhasiat di sekolah
dengan menyediakan makanan percuma dan memastikan pelajar mengambil makanan
dengan pemantauan pihak sekolah bagi membantu murid-murid memberi tumpuan
kepada pembelajaran dalam kelas.
Statistik dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri
sehingga
7 Mac 2014 menunjukkan seramai 310
keluarga yang miskin tegar dan 859 keluarga yang miskin di bandar yang tinggal
di perumahan awam atau PPR DBKL. Oleh kerana itu, pihak
sekolah sendiri mengambil inisiatif mewujudkan projek pemberian makanan percuma
ini. Ini kerana kedudukan sekolah yang mana lebih 50% pelajar dari perumahan awam DBKL maka pemberian makanan ini menerusi inisiatif pihak sekolah
dengan inisiatif dari sumbangan guru-guru dan koperasi sekolah diperlukan.
Oleh
itu projek Hot Plate atau pemberian makanan secara percuma di sekolah menengah perlu
dijalankan berdasarkan kesinambungan projek RMT di sekolah rendah melalui
usahasama dengan pihak swasta dan komuniti. Pihak swasta dan korporat biasanya
mempunyai peruntukan kewangan mereka untuk program pendidikan dan kebajikan
yang boleh membantu pihak sekolah. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin
Institut Penyelidikan Perubatan rancangan makanan tambahan ini sebenarnya tidak
bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi makanan kepada
anak-anak mereka tetapi ia adalah sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada
keperluan kalori harian kanak – kanak tersebut. Ia membantu murid tersebut dari
merasa letih dan dapat memberikan tumpuan dalam kelas.
3.0 MATLAMAT
Memastikan
murid mengambil nutrisi makanan yang mencukupi semasa berada di sekolah
menengah. Aisyah Hamzah (2003) menyatakan keperluan tenaga dan zat zat makanan
remaja meningkat dengan cepat. Remaja lelaki memerlukan sehingga 2600 kalori
sehari manakala remaja perempuan memerlukan 2100 hingga 2350 kalori. Ini kerana
remaja mengalami pertumbuhan berat badan hampir separuh daripada berat badan
orang dewasa dalam tempoh lima hingga tujuh tahun selepas baligh.
Mencari dana bagi membantu sekolah yang ingin memohon bantuan bagi projek
seumpama
4.0 OBJEKTIF
4.1 Membantu
murid yang kurang berkemampuan (miskin)- Urban Poor
4.2 Menggalakkan
murid untuk datang ke sekolah.
4.3 Mewujudkan
perasaaan dihargai dalam diri murid.
4.4 Memastikan
murid sentiasa bertenaga untuk mengikuti proses pembelajaran
di dalam kelas.
5.0 TARIKH
PELAKSANAAN
Hari Persekolahan
Sepanjang Tahun
6.0 SASARAN
Murid yang terpilih
dan memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas persekolahan.
7.0 KEWANGAN
Sumber: Memohon
Sumbangan Agensi Luar, Syarikat Swasta Dan Korporat.
8.0 CARA
PELAKSANAAN
8.1 Pengesanan
8.1.1 Melalui Guru Tingkatan
8.1.2 Melalui pemerhatian warga sekolah
8.1.3 Melalui pemerhatian pengusaha kantin
8.1.4 Melalui sesi kaunseling murid.
8.2 Pelaksanaan
8.2.1 Bilangan murid
dikenalpasti
8.2.2 Profil murid
8.2.3 Murid yang
terpilih diberikan taklimat.
8.2.4
Murid mengambil kupon di bilik kaunseling setiap hari untuk ditukarkan di
kantin.
8.2.5 Sumbangan
disalurkan kepada PIBG sekolah yang
terlibat (Dana Masih Ada Yang Sayang) membuat bayaran kepada kantin berdasarkan
kupon pada setiap hujung bulan.
9.0 PELAN TINDAKAN
BIL.
|
TINDAKAN
|
TANDA
(√)
|
CATATAN
|
1.
|
Bentuk
Jawatankuasa bertindak program
|
Urusetia
Task Force Urban Poor
Edu Amal
Edu Rider
PERASA
|
|
2.
|
Kenal
pasti data murid yang layak untuk mengikuti program
|
APDM
|
|
3.
|
Verifikasi
data murid miskin dengan sekolah
|
17 & 18 Mac Taklimat GPK
HEM Sekolah WPKL
|
|
4.
|
Pembentangan
data dengan Pengarah Pendidikan
|
Task Force Urban Poor
|
|
5.
|
Mencari
sumber dana dengan agensi luar, swasta dan badan korporat
|
Sukarelawan
|
|
6.
|
Mengumpulkan
profil murid-murid yang memerlukan
makanan dan keperluan asas persekolahan
|
Task Force Urban Poor
|
|
7.
|
Mengagihkan
dana yang diperolehi melalui PIBG sekolah untuk diberikan bantuan makan
kepada murid-murid yang memerlukan
|
Urusetia
Task Force Urban Poor
Edu Amal
Edu Rider
Sukarelawan
PERASA
|
10.0 PENUTUP
Melalui
projek pemberian makanan ini, konsep sekolah penyayang diterapkan agar penerimaan
dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan perasaaan diterima dan
dialu-alukan untuk hadir ke sekolah. Dengan adanya program ini diharapkan ia
dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa. Masalah murid lesu kerana tidak
makan juga dapat dikurangkan dan hadirnya murid ke sekolah dengan perasaan
gembira dan dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.
PROFIL
DIRI MURID
Nama
Sekolah :
|
||
LATAR BELAKANG MURID
|
||
Nama
Murid :
|
||
No.Kad
Pengenalan :
|
||
Umur:
|
||
Tingkatan
:
|
Aliran
:
|
|
Alamat:
|
||
No.Telefon:
|
||
Jenis
Kediaman :
|
||
Bilangan
Adik beradik
|
Anak
ke:
|
|
Nama Bapa:
|
Pekerjaan:
|
|
Nama Ibu:
|
Pekerjaan:
|
|
Bilangan
Penghuni Rumah :
|
||
Pencapaian
Akademik Terkini:
|
BAHASA
MELAYU:
BAHASA
INGGERIS:
MATEMATIK:
SAINS:
SEJARAH:
PENDIDIKAN
ISLAM:
KEMAHIRAN
HIDUP:
GEOGRAFI:
|
|
Penglibatan
Ko-Kurikulum:
|
Sukan:
|