I need space for myself
Avoid negative &
Avoid negative &
Create positive aura
Hari ni merupakan bengkel teknik menjawab soalan. Tolong ustazah di dewan memandangkan pelajar Moral berada di kelas di bawah pengawasan guru mata pelajaran. Orait dah lama tak buat kerja ini. Tahun 2005 hingga 2012 hampir lapan tahun saya merupakan penyelaras program kecemerlangan akademik. Saya setiausaha yg menyelaraskan jadual, draf surat menyurat untuk semua panitia dan mereka hanya perlu mengisi nama penceramah sahaja. Peruntukan cenderamata dan makanan penceramah pun saya kena jaga hinggalah ke susunatur dewan. Sehinggalah pada tahun 2012 ketika saya berada dalam dewan tiba tiba pengetua Tn Hj Juahir datang dan bertanya tentang program kecemerlangan akademik dan dia terkejut apabila mendapati urusan bengkel kecemerlangan masih diuruskan oleh guru kaunseling selaku penyelaras. Semenjak perekayaan kaunseling,urusan akademik merupakan urusan minoriti guru kaunseling bukan majority part dan bengkel teknik menjawab soalan diserahkan sepenuhnya kpd ketua bidang. Untuk menyerahkan seratus peratus mmg tidak boleh, maka perlahan lahan saya melepaskan sedikit demi sedikit tanggungjawab saya hingga tahun ini saya tidak diberi sebarang tanggungjawab untuk perlaksanaan bengkel kecemerlangan akademik.
Penceramah jemputan ini memang bagus dalam penyampaian hingga saya mampu menghafal melalui kata kunci yg diajar. Program berjalan dua jam dalam keadaan yg lancar.