Total Pageviews

18 July 2014

Sumbangan tabung Gaza

#prayforGaza 

Pagi ini tabung untuk kutipan mangsa Gaza dilancarkan. Tabung digerakkan pada pelajar Islam sewaktu bacaan Yaasin di dewan dan di tapak perhimpunan untuk slot sahsiah diri Moral bagi pelajar bukan Islam. Para pelajar dari berbilang kaum menghulurkan sumbangan satu semangat yang membuatkan saya rasa sungguh tersentuh hati. Tabung dari aktiviti sahsiah diri mengandungi note sekeping RM100 dan sekeping RM 50..satu nilai yang melambangkan agama dan kaum yang berbeza juga akan sehati sejiwa apabila bercakap soal kemanusiaan yang dicerobohi..peperangan yang tidak diingini oleh sesiapa juga. Dan tidak berkira untuk menghulur sumbangan mengikut kemampuan mereka. Sebagai guru in charge untuk mengira duit hasil kutipan ini..alhamdulillah sebanyak RM 831.60 berjaya dikutip setakat pagi ini untuk warga sesi pagi sahaja.

No comments: