Total Pageviews

2 July 2014

Pemantauan nazir GCUBK48

Butterfly in my stomach
Panic attack!

Hari ni nak share pengalaman diinterview oleh nazir guru cemerlang sebagai panduan dan perkongsian pada masa akan datang. 

Bilik kaunseling akan dipantau mengenai maklumat yang terdapat dalam bilik kaunseling. Orait jadual perkhidmatan kita perlu ditampal dalam bilik UBK tapi lebih baik di tiga tempat iaitu di dalam UBK, luar UBK dan di pejabat. Semua fail pengurusan mesti dilengkapkan dokumennya. 

Yang penting ada kajian tindakan berdasarkan keperluan sekolah. Jika sekolah kita paling teruk pontengnya buatlah kajian tindakan menangani ponteng. Dah buat kajian tindakan jangan diperam, buatlah pembentangan kajian tindakan itu dalam mesyuarat pengurusan ke ..mesyuarat disiplin ke dan diminitkan dalam minit mesyuarat tu. Begitu juga dengan artikel, tulislah apa sahaja artikel dan lagi baik jika diterbitkan walaupun di dalam majalah sekolah. Akhir sekali inovasi..apa pembaharuan yg kita buat yg memberikan manfaat kepada yang menggunakan inovasi tersebut. Perkara perkara ni penting seawal memohon pencalonan GC dan saringan dibuat dari perkara perkara ini beserta esei untuk ditemubual dan dipantau pula oleh nazir. Tapi proses GC ini tidak berakhir disini, senarai nama akan diserahkan kepada KPM untuk ditapis mengikut kuota pula untuk pemilihan GC. Well jika ada berita baik dari KPM alhamdulillah...dan jika tiada, life goes on juga kan. 

Okey sambung...khidmat bakti kita ni bukan semata mata untuk UBK tapi akademik, kokurikulum, HEM dan lain lain. Well mujurlah jadi penyelaras mentor mantee permata, guru penyelaras sukan badminton rumah Perdana tahun lepas, guru rumah sukan Perdana, kelab kerjaya dan untuk HEM saya seorang setiausaha 3K dan Naib Setiausaha HEM so adalah merit di situ untuk ditambah. Aktiviti penyertaan dan penglibatan jangan semata mata peringkat sekolah. Nazir ni start tanya soalan dari ada penglibatan peringkat antarabangsa tak? Huhu of course lar tak. So baru nazir ni turunkan ke peringkat kebangsaan - negeri- ppd - sekolah. Then kaunseling berfokus...mmglah dah lama JPWP tak minta data kaunseling berfokus tapi laporan ini disediakan seperti biasa setiap tahun dan difailkan. Yg ni pun nazir nak tau.
Aktiviti yg kita plan kat rancangan tahunan tu mesti melibatkan 5 bidang UBK tu dan ada slot keibubapaan juga. Jika ada beri tips keibubapaan pada orientasi ke ..sarana ke atau program permata pun dikira :).
Jangan lupa ada sesi kaunseling jugak yang nazir akan pantau. So buatlah revision sikit. 

Oh yeah borang jangan dilupa. Semua borang yg ada, bawa keluar je bagi nazir tengok dan nilai. Buku buku rujukan dan modul rujukan yg releven biar dipamer satu tempat. Ada dua nazir yg akan datang. Nazir yg seorang lagi tu akan meronda kawasan sekolah untuk menemubual pentadbir ke, guru ke dan pelajar.
Laporan kewangan kena tip top sbb laporan kewangan kena ada anggaran perbelanjaan dan laporan kewangan setiap program. 

Oh yer skpm juga disentuh dan pengetahuan mengenai dasar, pppm antara yang wajib ditanya. Orait buku buku skrap yg PRS buat pun, pamerkan sahaja dan antara yg ditanya pekerjaan yang berprofil tinggi didedahkan kepada pelajar. Banyak betul perkara yang dinilai . nampak tebal item yg nak dipantau. Ni je antara yg saya ingat . Yg lain mcm biasala tanya rekod sesi, bilangan sesi, buku rekod.  Orait hanya boleh hembus nafas lega pkl 12.15 tengah hari. Pergh tiga jam jugak ye.

No comments: