"Thank you for all your help"
A message that makes me..
Smile with satisfaction!
A message that makes me..
Smile with satisfaction!
Sejak 5 hari yg lepas..saya busy handle kes pelajar hilang. Ini kerana pelajar dikenalpasti hilang sewaktu ibu bapa ingin datang menjemput pelajar pulang dari sekolah ke rumah pada pukul 4 petang lebih . Oleh kerana saya pernah handle pelajar ini, maka untuk tidak menjadikan keadaan lebih keruh, saya menghubungi ibu pelajar tersebut untuk memberikan info yang boleh membantunya untuk mendapatkan gambaran.
Deal with teenager bukan sesuatu yang mudah. Di sekolah saya terpaksa berhubung dengan rakan -rakan rapatnya di samping pelbagai spekulasi yang dimainkan oleh para pelajar lain menyebabkan ibu bapa pelajar ini dalam keadaan tertekan. Walaupun laporan polis telah dibuat, memandangkan ia bukan kes culik maka polis meminta ibu bapa bertenang dan memberikan masa kepada anak mereka. Ini kerana pelajar ini masih berurusan dengan baik dengan ahli keluarganya yang tinggal luar dari Kuala Lumpur dan kawan-kawannya. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai privacy. Untuk mengorek cerita dari kawan baik merupakan satu strategi agar kepercayaan yang dibina dapat membuatkan pelajar bercerita. Ini kerana kes lari dari rumah memang biasa berlaku dalam kalangan pelajar. Ada ibu bapa yang sangat mengambil berat melakukan pelbagai ikhtiar dan ada juga yang buat tak kisah kerana dah bosan dengan gelagat anak.
Yang menjadikan kes ini menarik kerana pelajar ini hilang dari sekolah. Menjadi kebiasaan ibu atau bapa menjemput balik ke rumah, maka apabila ibu bapa mencari- cari pelajar tersebut di dalam kawasan sekolah, ia menjadi tajuk yang memang menarik para guru dan pelajar lain untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Sejak lima hari yang lepas, handphone tak lepas dari saya walaupun malam kerana berhubung dengan ibu bapa pada waktu malam dan mencungkil cerita dari kawan-kawan pada waktu persekolahan. Teknik mencungkil dan memanggil pelajar tanpa pengetahuan guru juga perlu ada caranya kerana cerita merupakan hot topik of the week. Part ni pun kena hati-hati sebab rakan student yang lari ni pun dah start stress bila bertubi-tubi di tahan oleh guru-guru lain ingin mengetahui cerita dengan lebih lanjut. Ibu student pula hanya ingin berurusan dengan saya dan dengar segala pendapat saya kerana serabut dengan pelbagai cerita.
Hasil komunikasi dengan kawan dan ibu student tersebut, akhirnya kami dapat menjejak student yang lari itu dan terkejut pada pukul 1.15 pagi ini, student itu sendiri yang menghantar mesej kepada saya memaklumkan yang dia selamat dan akan ke pangkuan keluarga. Well cerita ini tidak habis hingga di sini, pukul 10 pagi seorang lagi ibu menghubungi saya kerana student yang lari ini berada di rumahnya bersama anaknya. Saya berbincang tentang tindakan yang perlu dilakukan jangan sampai menakutkan pelajar yang lari itu kerana bimbang dia berubah fikiran. Akhirnya pukul 9 malam mendapat mesej dari ibu pelajar yang lari itu..ucapan terima kasih kerana anaknya sudah kembali ke pangkuan keluarga.
Alhamdulillah...saya berharap pelajar ini dapat belajar sesuatu sewaktu dia lari rumah hingga sampai ke negeri lain. Nilai keluarga! Jika setiap pelajar yang lari dari rumah dapat menyaksikan bagaimana usaha..bagaimana depress..banyak mana air mata yang tumpah , mereka patut sedar tidak ada ibu bapa normal di dunia ini ingin menganiayai anak sendiri. Segala-galanya dilakukan demi kebaikan untuk anak itu sendiri. dan peringatan juga kepada ibu bapa yang tahap stress manusia ini berbeza-beza mengikut uniknya personaliti masing-masing dan tidak ada satu seni membesarkan anak yang dianggap terbaik. Bagi pelajar pula, melarikan diri bukan satu cara untuk membebaskan anda dari masalah ia akan lebih bermasalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.