Total Pageviews

12 September 2014

Kem Jati Diri PPW -2

When outdoor
Is your best therapy

Hari kedua di kem dengan acara outdoor yang memang saya tunggu. Dah lama tak buat aktiviti senaman macam ni. Berkayak mengelilingi tasik merupakan aktiviti yang sangat ditunggu tunggu. Then berbasikal di kem. Cuaca petang hari tidak begitu baik dengan hujan lebat dan petir dan kilat. Oleh itu acara river crossing tidak dapat dijalankan huhu cikgunya pulak yg frust. Pihak jurulatih kokurikulum menyerahkan kepada urusetia menjalankan aktiviti yang sepatutnya dan of course urusetia terus memandang saya as i am the only counselor di situ dan yg lainnya ialah guru disiplin.

Orait program adhoc aktiviti team building saya ketuai dengan menjalankan aktiviti tarian dengan mengikut rentak lagu Pokok.  Kumpulan 1 memenangi aktiviti ini. Kemudian aktiviti mesin manusia dengan setiap kumpulan perlu melakukan aksi mesin dan ahli kumpulan lain perlu menekanya. Kumpulan 4 memenangi aktiviti ini. Last sekali aktiviti membawa sebuah cawan yang berisi air dengan sekeping surat khabar oleh dua orang ahli pasukan. Pasukan yang tamat dahulu tanpa menumpahkan air dikira pemenang iaitu kumpulan 2. 

Malam terakhir aktiviti night walk dengan pelbagai pelan yang dirancang oleh jurulatih. Tapi saya menghayati malam dengan memandang langit malam yg hitam pekat tanpa bintang dan bulan dan sempat lagi menjalankan sesi kaunseling dengan  guru disiplin di situ dan yang menariknya lepas seorang..seorang..seorang ;)
# well my life as a counselor
senaman sebelum acara kayak diadakan
aktiviti keyakinan di air dan berkayak
aktiviti mesin manusia
aktiviti team building

                        
                        Penghulu memberikan arahan



aktiviti night walk

No comments: