Total Pageviews

4 September 2014

Mesy JK Guru Kaunseling Pudu 8/14 : Kolej Despark

Thank you
Kolej Despark

Layanan dari Kolej ni memang first class. Dari bas yang ditaja dari sekolah saya ke Despark hinggalah ke heavy breakfast iaitu nasi lemak, roti bakar, dua kuih dan air tin nescafe. Sambung lagi meeting dpt lunch pula iaitu nasi goreng, meehon goreng, kima kambing, ayam, sayur campur, aneka buah, cendol ! Cicah menu goreng goreng lagi. Perghh memang memberi layanan betul.

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai persiapan Hari Keluarga Guru Kaunseling yang akan diadakan di Hulu Langat sahaja yang merupakan program sehari. Ini kerana program di Port Dickson kami melalui pelbagai halangan yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan atau laksanakan juga tapi program sehari yang berhampiran.

Isu pemantauan nazir untuk fail psikometrik

Isu program menangani histeria

Feed back mengenai kajian tindakan

Tempahan buku rekod kaunseling yang baru untuk tahun 2015

Pembentangan dari En Akmal penyelia kaunseling PPW mengenai program kaunseling yang perlu ditekankan terutama mengenai data ponteng.

Perkongsian dari Aziati berdasarkan taklimat pemantauan nazir. Menarik mengenai isu ini iaitu sesi kaunseling individu wajib dijalankan 5sesi seminggu dan satu kaunseling kelompok seminggu. Relief pula 8 masa seminggu. dan pembahagian masa bagi PDP Modul kaunseling iaitu 20% = 80 minit seminggu untuk akademik, 20% = 80 minit seminggu untuk psikososial, 20% = 80 minit seminggu untuk kerjaya,
10% = 40minit seminggu untuk pendidikan pencegahan dan 10% = 40 minit seminggu untuk keibubapaan.


No comments: