Total Pageviews

8 September 2014

Projek Permata Ke SM Sains Alam Shah

Ahad yg bekerja
Hari ni projek permata ke SM Sains Alam Shah pula. Hari ni masih lagi bergabung dengan student projek Sejarah dan yg hadir seramai 60 orang. Hari ni sambung modul bab 6 hingga 10. Student saya semakin selesa dgn cara penyampaian tutur dari ASIS ini. Hari ni juga diajar cara membuat esei untuk mendapatkan markah yg baik cemerlang dlm Sejarah. Sewaktu sesi perbincangan diadakan, saya mendapati pelajar dari MTD juga hadir menjalankan kolaborasi untuk pendidikan Islam. Nampaknya student sekolah ini memang menjadi rebutan untuk projek kolaborasi. Bila dah nampak peluang, saya kena susun strategi seawal bulan Februari tahun depan untuk projek kolaborasi bagi projek permata.

No comments: