Total Pageviews

7 September 2014

Kolaborasi SM Sains Alam Shah dan SMK Cheras


Projek pertama yang saya cuba lakukan iaitu projek kolaborasi SM Sains Alam Shah dengan SMK Cheras. Idea asal untuk pelajar projek permata terlibat dengan Guru Muda SM Sains Alam Shah. Ini kerana sekolah itu melatih pelajar bertindak selaku Guru Muda untuk peer teaching. Melalui pengalaman yang diperolehi, diharapkan pelajar projek permata mempunyai pengalaman untuk menjalankan inisiatif di sekolah pula. Tetapi PK HEM saya ketika itu sedang menjalani kursus NPQL maka program yang saya rancang dibesarkan skopnya menjadi 100 pelajar dari SMK Cheras untuk dijadikan projek panitia Sejarah kerana topik mata pelajaran Sejarah yang dibincangkan pada hari ini. Program berjalan lancar dengan 50 orang pelajar SM Sains Alam Shah yang telah dilatih oleh guru Sejarah mereka membimbing pelajar SMK Cheras melalui teknik coaching one to one atau ada yang maksimum tiga orang untuk seorang pelajar ASIS. Feed back yang diterima memang sangat positif kerana pelajar sekolah ini mengetahui teknik belajar Sejarah yang betul dan berkesan. Menggunakan modul Sejarah Tingkatan 4 yang digunakan oleh pelajar ASIS maka pelajar sangat komited menjalankan tanggungjawab masing-masing.

No comments: