21 October 2014

38 / 2014: Pulau Tioman

Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that you dare to dream
Really do come true

Somewhere I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me


Genap 38 tahun hari ini. Meraikan di Pulau Tioman sempena cuti Deepavali.....buka je tingkap nampak pelangi betul betul depan mata. Terus mood menyanyi lagu somewhere over the rainbow hahaha :) berkali kali sepanjang hari. Anak pun layan sambung menyambung menyanyi.

Last saya ke Pulau Tioman sekitar tahun 2000 dengan geng rumah sewa waktu degree. So hampir 14 tahun tak datang ke sini. Perjalanan dari KL ke jeti Mersing melalui Kuantan memakan masa yang lebih lama jika melalui KL - Johor - Jeti Mersing. Bayaran feri agak mahal cecah RM70 untuk perjalanan dua hala dari jeti ke Kampung Tekek dan memakan masa hampir 2 jam perjalanan. Memang ada niat untuk membawa trip student ke sini tahun depan so dalam bercuti saya mencuba survey harga untuk rombongan budak sekolah. Tetapi bayaran feri sahaja RM 70...hmmm let see bajet macam mana.

Saya memilih tempat penginapan di Kampung Tekek iaitu perhentian kedua terakhir di Pulau Tioman. Owhh Kampung Tekek ini juga ada Pusat Kokurikulum orite menarik ni intai peluang untuk bawa trip student.  Pulau Tioman cantik seperti  Pulau Perhentian dan Redang, dengan air kristal yang sangat jernih. Hanya gambar yang boleh menjelaskan betapa cantiknya pulau ini. Mengambil pakej snorkelling di Marine Park, Coral Island, Monkey Bay dan snorkelling di Pulau Renggis. Memang puas. Dari KL memang tak tempah dengan mana - mana pakej pun memang stail kami redah. Turun je dari feri berpuluh agen bagi flyers untuk pakej mereka. Dari situ barulah saya belek mana yang terbaik dan berbaloi. Maksimumkan pakej 3 hari 2 malam di sini dengan snorkelling merata tempat dan hanya satu trip masuk hutan je iaitu di Kampung Juara- waterfall. dan satu lagi pusat pemuliharaan penyu. 

Memandangkan anak anak mempunyai water confident yang baik, pemandu bot mencadangkan kami berpaut pada pelampung sambil kami menikmati terumbu karang tanpa perlu berenang. Kami hanya perlu berpaut dan di bawa ke tempat yang lebih jauh dan di tengah laut untuk menikmati terumbu karang yang cantik. Pertama kali saya mendengar idea begini sebab saya tidak pernah di offer untuk berbuat demikian sebelum ini sama ada percutian keluarga, percutian pakej sekolah atau dengan percutian bersama kawan kawan. Maklumlah snorkelling setakat jarak 20 langkah dari bot je yang paling jauh saya pergi jika snorkelling di tengah laut. Selebihnya lelah la nak berenang balik ke bot huhuhuhu sampai kena tarik nanti. Pengalaman baru dan terumbu karang yang superb!! Tapi malangnya saya tidak mempunyai kamera canggih untuk masuk dalam air bagi merakam gambar maka tersimpan dalam memori otak jela ;)

Menariknya Marine Park di sini berbanding Marine Park yang pernah saya pergi, ialah banyak ikan bersaiz  besar..hampir sebesar lengan dan banyak yang bersaiz dua tapak tangan. Saya pulak yang agak gerun nak berenang dengan ikan ikan itu berbeza betul dengan anak anak. Mereka sangat enjoy pengalaman berharga ini.

Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan menikmati peluang ini.



 

Telegram Channel