12 October 2014

Lawatan Ke Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang, Selangor

Ye..hari Ahad
Minggu ni direct hari bekerja ☺

Projek DWEN Dasar Warga Emas Negara kami adakan lawatan ke rumah jagaan warga emas yang terletak di Kajang. Saya tau mengenai rumah ini kerana exstudent saya bekerja disini sebagai kerani. Pusat jagaan ini diasaskan oleh Dr Abdullah Noel. Nama pusat jagaan ini diambil sempena nama isterinya. Pusat ini menempatkan warga emas lelaki sahaja. Kami disambut oleh Mr Meme mat salih dari UIA yg membuat tugas sukarelawan di sini dan menjadi projek manager. 
Melihat kesungguhan orang luar menjalankan tugas sukarelawan disini menarik minat peserta PRS untuk mengikuti ceritanya dengan lebih lanjut. Berbahasa Inggeris sepanjang taklimat memberi pengalaman berkomunikasi antara peserta dengan Mr Meme. Pelbagai cerita dari mula penubuhan hinggalah kepada penghuni di sini
Kemudian kami diberi peluang melayan dan berkomunikasi dengan warga emas ini. Para pelajar mengetahui latar belakang warga emas disini untuk dijadikan ikhtibar. Pelajar juga melakukan kerja amal di tempat ini. 
Sebagai sebuah badan NGO kesungguhan pemilik ini menyediakan suasana yg terbaik untuk penghuni di sini sesuatu yg harus dipuji. Tanggungjawab sebagai sebuah masyarakat untuk bersama sama menjaga kebajikan warga emas hendaklah diambil berat. Dengan mendidik generasi muda mengambil tahu kebajikan warga emas, dapat memupuk sifat prihatin dalam masyarakat.
 

Telegram Channel