Total Pageviews

10 October 2014

Raptai Majlis Penghargaan Pelajar Ting 5

Akhirnya..student UPSR merdeka!

Hari ini merupakan hari raptai majlis penghargaan pelajar ting 5. Saya bertugas selaku AJK Dokumentasi untuk majlis kali ini. Raptai tahun ini dibuat secara penuh dari perarakan di tapak perhimpunan hingga ke dewan. Nama pelajar juga dipanggil seorang demi seorang hingga 220 orang untuk naik ke pentas, memandang jurukamera dan mengambil sijil. Hari ni juga saya sibuk berurusan dengan AJK Tajaan maklumlah guru kaunseling memang akan mendapat tempias jika ada program besar sekolah untuk memohon bantuan mencari tajaan. Terima kasih kepada Kolej Cybernatic yang menaja TShirt untuk semua pelajar Ting 5 dan Kolej YPC IT Web yang menaja beg doorgift dari Kolej YPC. Agak mudah mendapat tajaan jika mempunyai hubungan yg baik dengan pegawai pemasarannya.

No comments: