25 November 2014

Penawaran mata pelajaran elektif Ting 4

Kem Tahfiz for a week
Take care kids

Pagi tadi ada appointment dengan penyelaras ting 4 cikgu Roszita Md Toff untuk penawaran mata pelajaran elektif. Tetapi tahun ni dengan adanya pentaksiran psikometrik saya terlibat secara langsung dengan pengagihan pelajar untuk mata pelajaran elektif. Jika pencapaian akademik sesuai dan kelas yg dipilih juga bersesuaian dengan pentaksiran psikometrik maka pelajar akan mendapat kelas tersebut sebagai pilihan pertama. Jika pencapaian akademik tidak layak untuk masuk ke aliran yang diminati maka pentaksiran psikometrik akan digunakan untuk melihat aliran yg lebih sesuai dengan minat kerjaya dan kecenderungan pelajar. Seorang demi seorang pelajar di saring hampir 2 jam jugak kami berjaya membuat saringan.
Pada tahun hadapan kelas rekacipta akan dijadikan kelas aliran sains dan berkongsi dengan kelas lukisan kejuruteraan. Satu perkara yg menarik kerana rekacipta memerlukan inovasi dan kreativiti.
Dua kelas akaun sahaja akan dibuka iaitu kelas akaun dengan matematik tambahan dan kelas akaun tanpa matematik tambahan. Ini memudahkan pelajar yg berminat mengambil akaun tetapi lemah matematik untuk memasuki aliran perakaunan.
Kelas perdagangan wajib untuk 4k3 4k4 dan 4k5. Tahun lepas 4k5 hanya mengambil aliran teras sahaja dan kebanyakan pelajar dari sek lain yg bertukar sama ada mempunyai masalah disiplin akan dimasukkan di kelas tersebut. Maka tahun ini strategi meletakkan kelas 4k5 juga setanding dengan kelas 4k3 dan 4k4 dengan pengagihan pencapaian akademik yg seimbang agar kelas 4K5 tidak dilabel sebagai kelas terakhir atau kelas bermasalah.
Selain itu pada tahun ini juga kami cuba menyaring nama pelajar kes rayuan semula dan kes pelajar ponteng surat amaran kedua dan ketiga agar tidak diletakkan di kelas MPV. Ini kerana kelas MPV berprojek dan ketidakhadiran pelajar akan menggangu kelancaran perlaksanaan projek dan pencapaian akademik mata pelajaran teras. Walhal kelas MPV terhad kepada 20 pelajar sahaja bagi Rekaan Jahitan Pakaian dan Seni Reka Tanda. Manakala Katering boleh hingga 25 pelajar. Oleh itu pelajar yg tidak mempunyai masalah ponteng sekolah dan pentaksiran psikometrik juga menunjukkan minat pelajar boleh dialirkan ke kursus MPV maka pelajar tersebut akan dipilih. Dengan strategi ini diharapkan pelajar dari kelas ini mempunyai rekod kehadiran pelajar yg lebih baik dari awal Januari lagi hingga akhir tahun.
Well kita tengok keberkesanan strategi ini pada tahun hadapan.
 

Telegram Channel