18 December 2014

Buku Rekod Perkhidmatan Kaunseling 2015

Artikel suratkhabar
Rakyat Malaysia cedera nahas belon panas
17 Dis: Nevsehir, Turki
#takterkata #terasasemalamnaik #prayforthem


Hari ini pesanan dari pengerusi MGKKL mengenai buku rekod perkhidmatan kaunseling yg baru bagi sesi 2015 dengan format yang baru. Pengerusi mengingatkan bahawa pembelian tidak menggunakan PCG Kaunseling sebaliknya akan diuruskan oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan sekolah. Nota minta untuk pembelian di atas nama pembekal buku iaitu Pustaka Berjaya.

Isu buku rekod kaunseling memang kecoh sikit pada awal tahun ini apabila pada bulan Januari buku rekod kaunseling telah habis untuk ditempah ! Saya sendiri pun tidak faham mengapa pengurusan buku rekod kaunseling berbeza dengan buku rekod mengajar guru kerana buku rekod mengajar guru akademik ditempah setiap tahun seperti biasa diuruskan oleh pihak sekolah diselia dibawah Majlis Pengetua tetapi mengapa  buku rekod perkhidmatan kaunseling tidak diseragamkan prosedur membekalkan buku rekod kaunseling seperti buku rekod guru akademik. Pengurusan buku rekod kaunseling dibawah kebajikan MGK negeri. Saya sendiri terpaksa meminjam buku rekod dari sekolah lain sebanyak 3 buah untuk guru kaunseling sekolah memandangkan stok tiada dan mungkin mengambil masa sebulan atau lebih jika masih tiada..erk..sudah tentulah kesulitan berganda kerana buku rekod perlu ditulis setiap hari dan jika buku rekod lambat diperolehi, takkanlah nak menampal setiap catatan yang ditulis dalam buku rekod yang lewat diterima. Kekecohan bertambah apabila bagaimana membuat bayaran kepada pembekal buku lainlah jika kita menggunakan tunai. Menggunakan duit kerajaan dengan pelbagai surat dokumen yang menyokong memanglah berprosedur dan di peringkat MGKKL sendiri kami terpaksa bermesyuarat untuk membincangkan isu ini iaitu peringkat PPW membantu dari aspek pengedaran dan pembayaran buku rekod. Ini kerana pada tahun tahun sebelum ini, pihak sekolah membuat bayaran kepada pembekal di Perak...huhu jauh bukan main.

Diharapkan format penulisan buku rekod kali ini lebih baik dari tahun lepas. Ini kerana laporan analisa data perkhidmatan kaunseling sebelum ini bermula pada hari Ahad, bukan pada hari Isnin yang mana sepatutnya WPKL Isnin adalah hari pertama bukan seperti negeri pantai Timur yang memulakan persekolahan pada hari Ahad.  Well gambar buku rekod ini dikirim oleh boss Unit HEM JPWPKL melalui whatsapp group dan saya tidak membelek lagi untuk mengetahui penambahbaikan di dalam buku rekod tersebut yang berbeza dengan buku rekod terdahulu.



 

Telegram Channel