19 December 2014

Hollywood Expert In Film Production Design & Concept Art Seminar: The One Academy


 Rice pendant

The One Academy mengadakan seminar mengenai design and art concept nun jauh di Sunway Pyramid, Petaling Jaya yang redah jem ke sana. Pihak kolej menjemput guru kaunseling untuk menyertai seminar ini dan lokasinya di dalam TGV Sunway Pyramid...wah memang kolej ini memberikan yang terbaik kepada pelajarnya untuk menyuntik motivasi pelajar dan membuka mata kepada orang luar bahawa kursus yang dijalankan di The One Academy merupakan standard antarabangsa. Dengan tagline Master teach Master untuk menghasilkan graduan kelas dunia. 

Taklimat hampir 20 minit mengenai kejayaan kolej ini menghasilkan alumni yang bertaraf dunia dan mendapat jawatan di pelbagai syarikat bertaraf dunia dan juga kejayaan pelajar dalam pertandingan yang dijalankan dalam negara. 

Hari ini personalia khas yang dijemput iaitu Eduardo Pena yang merupakan pereka seni konsep untuk Hobbit 1, 2 dan 3. Peserta dapat melihat sendiri secara langsung bagaimana personalia ini mereka seni konsep menggunakan peralatan komputer untuk menghasilkan ilusi yang mengagumkan. Di samping itu pelajar bersoal jawab mengenai bagaimana minat boleh membawa personalia ini ke tahap sekarang. Satu usaha dari pihak kolej yang sangat dipuji kerana berjaya membawa bukan calang-calang orang untuk didekati oleh para pelajar merasai pengalaman secara langsung dan berinteraksi secara langsung dengan orang yang benar-benar pakar dalam tugasnya.


 

Telegram Channel