6 January 2015

Misi Bantuan Banjir JPWPKL: Team Sulung

KL - Gua Musang
Pertama kali jejak kaki
Sepanjang 39 tahun ini


Lewat petang semalam Ketua Unit HEM JPWPKL menelefon saya memaklumkan bahawa team KL yg pertama untuk misi bantuan banjir bagi projek pembersihan sekolah telah dilancarkan. Standby dari minggu lepas tapi bila hari Ahad pun senyap saya ingatkn tak jadi. Hinggakan buddy saya guru kaunseling SMAWP yg dah mendaftar bersama pun dah pergi bantu NGO lain di Kelantan. Waaa...orait..proceed je seorang dulu.

So shopping bekalan makanan, peralatan sarung tangan, dettol, ubat dan yg penting ubat gastrik..

Pagi buta pukul 3 baru  packing barang dan bertolak ke JPWPKL. Ingatkan bas bertolak pukul 8.30 pagi sebab saya dah lewat trafic jam tapi tiba je barang banyak yg tak upload lagi dlm bas. Kami kemudian ke bilik mesyuarat untuk mendengar sendiri taklimat dari pengarah JPWPKL. Di sini baru saya sedar 7 perempuan sahaja yg ada. Dari 7 perempuan ni dari 6 buah sekolah berbeza. Ini bermakna masing masing sahaja mendaftarkan diri tanpa perlu mengikut kawan atau teman. 

Setelah selesai taklimat, kami memasukkan barang dan peralatan ke dalam dua buah bas. Habis je tugas tu, kami berkumpul di dewan untuk sesi berkenalan. Team kami 31 orang. Ini bermakna 7 perempuan dan 24 lelaki dari JPWPKL, PPW dan sekolah. Saya difahamkan kami membawa bekalan air bersih dan makanan yg akan dimasak sendiri oleh tukang masak memandangkan sumber air bersih masih lagi diragui ditempat yg kami tuju. Ini kerana pelbagai jenis penyakit bawaan air yg membahayakan kesihatan. Pengarah benar benar berharap team kami dalam keadaan fit fizikal emosi untuk membantu.

Selepas makan tengah hari dan pelancaran misi bantuan banjir bersama pengarah JPWPKL di lobi JPWPKL maklumlah kami first team, maka setelah itu wajib kami bergambar kenangan. Akhirnya pada pukul 1.20 tengah hari juga kami bertolak ke SK Gua Musang. Kami tiba di Medan Gua Musang pada pukul 7.15 malam dan aroma bau lumpur memang menusuk hidung. Selesai solat jamak dan makan malam kami teruskan perjalanan ke Asrama SMK Seri Wangi.  Jalan raya memang gelap dan bas tidak dapat masuk ke dalam kawasan yg asrama yg berbukit. Kami memunggah barang peribadi terlebih dahulu dan meletakkan barang di asrama SMK Seri Wangi. 

Asrama ini tidak terlibat dengan banjir dan kami menginap di sini bersama JPP Jabatan Pendidikan Perlis. Ketua kontinjen menyampaikan taklimat kepada pasukan dan mengagihkan kami kepada 4 kumpulan iaitu AJK Makanan, AJK Peralatan, AJK Kebajikan dan AJK Pengangkutan. Saya dimasukkan ke dalam team AJK Makanan untuk team ini. Manakala sewaktu tiba di lokasi sekolah untuk pembersihan, barulah kami diagihkan kepada kumpulan kumpulan untuk pembersihan.
Akhirnya jam dah pukul 11 mlm..masa untuk berehat di dorm, mengemas diri dan update blog..huhu 12 tgh malam dah..selamat malam..zzzzz
 

Telegram Channel