7 January 2015

Misi Bantuan Banjir Ke SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, Gua Musang

Hujan turun dengan lebatnya
Dorm mate tidur dengan lenanya
Semoga mimpi yg indah ceritanya
Projek esok masih tertanya tanya

Seawal 5.30 pagi kami perlu bangun dan bersiap. Ramai betul orang di luar. Rupanya group dari Perlis dah datang seramai 80 orang. Barulah terasa meriah asrama SMK Seri Wangi ini. Sebagai AJK Makanan, kami membantu untuk persediaan memasak meehon goreng pagi itu.

Taklimat oleh En Rashid, kami perlu ke SK Tengku Muhammad Feckry Petra di Gua Musang, Kelantan. Bergabung dengan team dari Universiti Tun Husssin Onn dari Johor. Kami diberi taklimat oleh PK Kokurikulum mengenai keadaan sekolah yg hampir sebulan terputus bekalan air. Prasekolah tenggelam hingga di paras bumbung dan sekolah itu sendiri ditenggelami air separas lutut untuk tingkat satu. Sekolah itu dijadikan pusat perlindungan sementara mangsa banjir sewaktu banjir besar tempoh hari. Team JPWPKL membantu membersihkan prasekolah dan bilik sukan.

Kami dibahagikan lagi kepada dua team dan saya bertugas team membersihkan bilik sukan. Syukur dengan cuaca yg sangat membantu iaitu panas terik. Pada mulanya memang sukar menjalankan kerja pembersihan tanpa air. Apabila sukarelawan bomba datang barulah kerja pembersihan menjadi mudah. Saya baru tau apa itu sukarelawan bomba dan melihat kereta bomba yg lebih kecil. Beberapa staf universiti itu membantu kami di bilik sukan.

Selepas makan tengah hari, bergabung tenaga dengan staf universiti yg bergelar pensyarah, doktor falsafah, staf malah TNC nya sendiri yg sama sama menjalankan tugas pembersihan tanpa mengira pangkat. Warga staf yg lebih berusia tapi masih mampu menyumbang bakti memberikan suasana kerja yg dinamik. Kerana membersihkan lumpur di tengah tapak perhimpunan sekolah dan koridor utama.


Saya membantu menjemur buku buku dari koperasi. Menurut guru disini buku yg tidak terkena selut banjir akan dikeringkan dan diberikan kepada pelajar. Aktiviti disini tamat pukul 4 petang. Kami sempat meronda kawasan kampung di sini untuk meninjau kawasan sekeliling. Pagar sekitar sekolah runtuh kerana menahan pelbagai sampah sarap yg masuk. Rumah sekitar ada yg musnah 100 peratus dan ada yg 50 peratus. Pemandangan yg sungguh sayu. Kami difahamkan yg ada keluarga yg masih berteduh di bawah kanvas di bawah pokok dan tidak mahu terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Bersebelahan sekolah ini ialah sebuah tadika yg musnah 80 peratus fizikal luarnya apatah lagi di dalam. Balik ke asrama kami mengemas diri sementara menunggu makan malam. Kami ada tetamu hari ini iaitu datin pengarah JPWPKL sendiri yg hadir bersama geng ketua ketua sektor JPWPKL yg turut bersama untuk makan malan bersama kami. Datin menyampaikan taklimat dalam keadaan sebak mengenangkan nasib mereka yg ditimpa malang dan berterima kasih kepada kami. Datin bersama team ketua ketua sektor melayan kami makan dengan menghidangkan sendiri kepada kami makan malam dalam suasana yg santai.

Malam ni hujan turun dengan lebat dan reda ..renyai dan lebat. Terus terang risau di hati jika berterusan begini hingga esok. Mengenangkan mereka yg menginap menggunakan kanvas sahaja hati tidak keruan. Semoga mereka selamat.
Taklimat di hadapan sekolah
Keadaan prasekolah sebelum pembersihan
Bilik sukan dipenuhi selut banjir
Pembersihan
Aktiviti mengeringkan barang  bilik sukan
Mengeringkan khemah
dataran perhimpunan yang dipenuhi selut 
Mengeringkan buku yang basah dari koperasi sekolah
Hasil pembersihan
Ular yang ditemui masa tengah pembersihan
Selepas pembersihan
Pengarah dan barisan ketua sektor menghidangkan makanan
 

Telegram Channel