Total Pageviews

8 January 2015

Misi Bantuan Banjir Ke SK Limau Kasturi


Teringat
Drama Cikgu Limau Kasturi

Dari malam hingga ke pagi hujan turun dan tiada tanda nak berhenti dengan cuaca yg mendung. Resah di hati..

Sarapan pagi bersama dengan pengarah JPWPKL dan kami bertolak ke SK Limau Kasturi dalam keadaan hujan. Sepanjang jln kemusnahan jelas kelihatan dan lopak lopak hujan jelas kelihatan semakin membesar seperti tanda tanda amaran banjir.

Tiba di sana ada dua konvoi lagi menanti iaitu dari JPN Pulau Pinang SST guru kaunseling kelihatan muka muka yg biasa saya berjumpa di peringkat kebangsaan. JPN Selangor pun turut serta dalam aktiviti. Waah byk nak kena bantu sekolah ni. Sebab sekolah ini tenggelam hingga ke tingkat dua dan kerosakan lagi teruk dari sekolah semalam. Kelihatan selut yg berinci tebalnya dan tingkat satu masih berselut. Team sukarelawan yg membantu di sekolah ini sebelum ini, sempat membersihkan tingkat dua. Dan separuh sahaja bilik di tingkat dua dibersihkan sepenuhnya. Ini menunjukkan betapa banyak kerosakan yg melibatkan sekolah ini. Perabot juga banyak yg rosak.

Team wpkl bergabung dengan guru muda 1Malaysia seramai 10 orang dengan kami untuk menguruskan pembersihan prasekolah yg tenggelam sepenuhnya dan bilik guru yg juga ditenggelami air di tingkat 2 yg menyebabkan byk perabot dan byk buku dibuang. Kawasan tapak perhimpunan perlu dibersihkan dari sisa barangan yg rosak dan koridor utama. Disinilah cabarannya mengalihkan barang barang yg rosak ini dalam keadaan hujan dan selut tebal. Pergh lencun gak. Kami bekerjasama dalam satu team yg besar dan masing masing memberikan kerjasama ibarat datang dari satu team.

Meja dan perabot yg rosak di lorong koridor akan dibuang dan diletakkan sepanjang jln di luar blok sekolah. Tengah hari jentolak dan lori dapat masuk ke dalam kawasan tapak perhimpunan memudahkan kami untuk fokus tugas lain. Pada mulanya kami membuang kayu dan buku rosak dengan mengutip dan memasukkan ke dalam troli untuk dibuang ke luar. Kemudian kami membina barisan panjang hingga ke lori untuk memudahkan kerja pembersihan. Akhir sekali di tempat yg lebih terbuka dan barang buangan yg lebih besar, jentolak digunakan.

Saya bergerak ke tingkat atas dan join team yg membersihkan bilik guru bersama PK Kokurikulumnya. Saya difahamkan quarters guru juga tenggelam hingga ke tingkat dua. Guru kaunselingnya juga tinggal sementara di tingkat tiga sekolah kerana rumah warden juga tenggelam.
Memang banyak benda yg perlu diselesaikan walau sekolah dibuka pada minggu hadapan. 

Maklumlah yg penting major kerosakan dialih dahulu dari yg membahayakan seperti paku dan kaca. Memandangkan sekolah rendah, apa sahajalah kudrat pelajar sekolah rendah membantu dan meninggikan risiko jika pelajar datang dalam keadaan masih tidak berubah. Kerana itu, team pembersihan ditumpukan kepada sekolah rendah yg terjejas. Selesai 3 aktiviti utama ini, kami bersiap untuk meninggalkan sekolah ini dan bergambar kenangan dalam hujan bersama sama. Saya berharap agar kesihatan saya di tahap terbaik sekurang kurangnya esok sebab seharian bermandi hujan..biasanya selsema akan menyusul bersama pakej pening kepala.

Where to start
Suasana sekolah yang masih memerlukan bantuan pembersihan
Barang - barang yang dah rosak dikeluarkan dari bilik
Bilik kaunseling ditingkat dua
Time rehat bersama pengarah JPWPKL
Bertugas tidak mengira usia dan pangkat
Gambar kenangan team JPWPKL
Selepas pembersihan
Bersantai bersarapan dengan pengarah

No comments: