20 January 2015

Misi Bantuan Psikologi Ke SK Kok Pasir, Tumpat

La Haula Wala Quwwata Illa Billah

Seawal 7 pagi menikmati sarapan pagi dan kami terus mendengar taklimat dari ketua sektor psikologi kaunseling JPWPKL mengenai program hari ni. Bertolak ke SK Kok Pasir pada pukul 8 pagi diiringi oleh guru pengiring dari Kelantan sendiri. Tiba di sana pelajar tahap 2 iaitu dari darjah 4 , 5 dan 6 hampir 200 orang yang sudah sedia menanti di tapak perhimpunan mereka. Program bermula dengan ucapan guru besar, taklimat dari Cik Rosnah sendiri, sesi ice breaking oleh Azmi, aktiviti energizer dari Cik Nadia dan berhenti rehat. Selepas rehat, pelajar diberikan soal selidik kendiri murid dan kemudian kami menjalankan aktiviti dalam kelompok masing masing mengikut modul dari KPM. Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan menjalankan aktiviti dalam kelompok masing masing.

Saya mendapat kelompok pelajar darjah 5 . Sebelum memulakan aktiviti saya mengajak mereka menjalankan aktiviti radio karat. Kemudian, pelajar menjalankan ice breaking dalam kelompok kecil dan berkongsi mengenai pengalaman masing masing dalam soal selidik kendiri murid. Kemudian pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan kecil lagi dan berbincang mengenai tajuk tajuk berikut; 
Apakah peranan anda jika sekolah terlibat dengan banjir
Apakah yang anda  lakukan jika rumah anda akan menghadapi banjir
Apakah yang dapat anda lakukan terhadap kawan anda yang hilang tempat berlindung atau kerosakan rumah yang teruk


Selesai program, aktiviti binding dijalankan di tapak perhimpunan oleh Pn Katinah. Akhir sekali sesi menyuapkan pelajar dengan biskut. Pada majlis penutup, Penolong Kanan Tadbir Kurikulum menyampaikan ucapan penutup dan menjemput PK Kokurikulum menyampaikan cenderamata kepada semua team SST WPKL.

Dari analisa yg kami jalankan, hampir separuh pelajar bimbang sekiranya rumah dinaiki air lagi, diikuti takut jika hujan turun dengan lebat dan risau jika cuaca mendung.
Senarai semak kendiri murid mempunyai item untuk checklist emosi dan fizikal
Soalan berkaitan emosi:
1) Saya risau sekiranya cuaca mendung
2) Saya takut apabila hujan turun dengan lebat
3) Saya bimbang sekiranya rumah saya dinaiki air lagi
4) Saya hilang semangat selepas banjir
5) Saya mudah sakit hati selepas banjir

Fizikal
1) Saya kehilangan barang barang persekolahan saya
2) Saya tiada buku untuk belajar
3) Saya tidak mempunyai tempat belajar yg sesuai di rumah
4) Saya tidak mempunyai tempat belajar yg sesuai di sekolah
5) Keluarga saya kehilangan semua harta benda
 

Telegram Channel