Penghujung Januari
Menaip dokumentasi
Di tepi padang SJKCSC
Format penulisan dokumentasi format spsk Tarikh tandatangan dikehadapankan sewaktu nak dihantar nanti
          
 
 
 
                                                  
Menaip dokumentasi
Di tepi padang SJKCSC
Format penulisan dokumentasi format spsk Tarikh tandatangan dikehadapankan sewaktu nak dihantar nanti
1.0     PENGENALAN 
Bengkel
Kepimpinan Pengawas ini adalah satu pendekatan yang mana lebih menekankan pada
modul kepimpinan pengawas yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab seorang
pengawas. Pengawas merupakan satu badan di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid
yang membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti
pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan
serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Untuk membantu
individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu
perkara yang mudah kerana ia memerlukan perancangan yang lebih berstruktur dan
startegik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi
yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Oleh itu pihak sekolah
memerlukan modal insan dalam kalangan pengawas sekolah yang  menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain
di sekolah untuk membantu pengurusan sekolah terutama dari aspek sahsiah dan
disiplin murid. 
2.0     LATAR BELAKANG
            Bengkel ini dilaksanakan apabila timbul isu tentang
keyakinan kepimpinan pengawas di sekolah dan kejelasan tentang tugas dan
tanggungjawab seorang pengawas. Oleh itu melalui modul yang dirangka,para
pengawas lebih memahami bidang tugas mereka. Bengkel ini juga bertujuan untuk
menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah,
penampilan diri dalam hal berkaitan dengan tugas seorang pengawas. 
2.1     TARIKH
PERLAKSANAAN
          Tarikh :24 Januari 2015 
          Masa  
: 8.00 pagi hingga 1.10 tengah hari
          Tempat : SMK Cheras
2.2     JAWATANKUASA
PERLAKSANA
          Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
(PK HEM)
          Setiausaha         : Encik Che Mohamad
Padali Bin Che Mat
          AJK Persiapan Tempat : Encik Mohd Noor
Bin Mat Deris
AJK
Makanan    : Puan Khairul Akhmar Bt Omar
AJK
Pendaftaran: Cik Nor syakeela
                              Cik Nora Atiqah
AJK
Dokumentasi: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Fasilitator          
:  Puan Rozinani Awang
                             Puan Raudah Bt
Abdul Rahman
2.3     OBJEKTIF
KURSUS 
1.     Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
sekolah, dan keluarga. 
2.     Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan,
kerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan
mempunyai wawasan yang baik.
2.4     KAEDAH
PERLAKSANAAN
1.     Ceramah kepimpinan dan latihan 
2.     Latihan dalam kumpulan 
2.5     BAHAN /BAHAN ATAU PERALATAN
YANG DIGUNAKAN
| 
Peruntukan  | |||
| 
-        
  PIBG  | 
RM | 
600.00 | |
| 
Perbelanjaan  | |||
| 
-        
  Makan
  Minum Peserta | 
RM 10  X  60
  orang  | 
RM | 
600.00 | 
3.0     AKTIVITI
PROGRAM 
| 
07.30 AM | 
- | 
PENDAFTARAN / SARAPAN PAGI  
Para peserta yang terdiri daripada
  76 orang pengawas sekolah di sesi pagi dan petang membuat pendaftaran yang
  disediakan oleh pihak penganjur.  | 
| 
08.00 AM  | 
- | 
CERAMAH 1 
Ceramah yang pertama dikendalikan
  oleh PK HEM sekolah iaitu  Puan Sapura
  Amat tentang Tanggungjawab dan tugas pengawas sekolah dan harapan sekolah
  terhadap barisan kepinpinan pengawas sesi 2015 ini.  | 
| 
08.45 AM  | 
- | 
CERAMAH 2 
Ceramah kedua dikendalikan oleh Ketua
  Guru Disiplin Sekolah iaitu En. Mohd Noor Mat Deris.  Beliau menjelaskan tentang peraturan dan
  dasar disiplin sekolah tahun 2015 kepada semua pengawas. Ini kerana pengawas
  adalah pembantu guru-guru dalam menguatkuasa peratusan sekolah yang
  digariskan dalam dasar dan buku peraturan sekolah. Selain itu, beliau juga
  mengingatkan kepada semua pengawas berhati-hati dengan tingkahlaku semasa
  bertugas dan peka dengan perlakuan murid yang melanggar peraturan sekolah.  | 
| 
09.30 AM | 
- | 
CERAMAH 3 
Ceramah yang ketiga pula
  disampaikan oleh Guru Penasihat Badan Pengawas Sekolah iaitu, Puan Khairul Akhmar.
  Beliau menerangkan tentang Ketrampilan dan imej pengawas yang ideal. Ini
  kerana pakaian pengawas merupakan imej visual yang membolehkan murid lain nampak
  tentang perbezaan kekemasan pakaian  mereka. Secara tidak langsung
  pengawas akan merupakan model yang sangat rapat dengan murid lain.  | 
| 
10.30 AM  | 
- | 
REHAT / MAKAN PAGI 
Makan dan minum disediakan oleh
  pihak penganjur dengan bantuan dana dari PIBG sekolah. Penyediaan makan dan
  minum murid dan guru disediakan oleh pihak kantin sekolah.  | 
| 
11.00 AM | 
LDK / LATIHAN 1 – KEMAHIRAN KOMUNIKASI  
Slot ini dikendalikan secara LDK
  oleh kaunselor sekolah iaitu, Pn. Nurhaiza bt Che Mat bersama dua
  orang guru kaunseling pelatih. LDK ini dijalankan menggunakan modul kemahiran
  komunikasi yang disediakan oleh AJK Modul. Modul ini menerangkan dan melatih
  pengawas tentang komunikasi yang berkesan apabila berhadapan dengan murid
  lain. Ini kerana komunikasi yang berkesan akan menunjukkan keperibadian
  sesorang yang bercakap. Dalam modul ini, terdapat satu aktiviti yang
  dijalankan secara kumpulan iaitu Ceramah Spontan.  | |
| 
12.00 PM | 
- | 
LATIHAN MODUL PERHIMPUNAN DAN LDK 2 – KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH  
Slot terakhir dikendalikan dalam
  bentuk latihan dalam kelompok besar tentang modul perhimpunan sekolah. Slot
  ini dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu Encik Che Mohamad Padali. Antara yang
  diajar dan dipraktikan tentang modul perhimpunan ialah Kawalan perhimpunan,
  Kaedah membuat sportcheck selepas perhimpunan dan Mengawal pintu pagar untuk
  pelajar lewat.  
Selain itu, beliau juga membuat
  satu pembaharuan tentang perjalanan perhimpunan rasmi sekolah yang masa pengawas
  memainkan peranan sepenuhnya dalam mengendalikan majlis perhimpunan rasmi
  sekolah. Antara perbaharuan iaitu, barisan jawatankuasa tertinggi pengawas
  akan berbaris dihadapan pentas semasa nyanyian lagu negaraku, maju dan
  sejahtera, bacaan ikrar serta laungan slogan sekolah Feeling Great…
  CHERASIAN.  | 
4.0     PENCAPAIAN
PROGRAM
1. Pengawas sudah dapat mengenal pasti kedudukan mereka di tapak perhimpunan
berdasarkan prosedur perhimpunan.
2. AJK Tertinggi pengawas sudah dapat mengenal pasti peranan masing-masing
dalam memastikan tugas semua pengawas berjalan dengan baik.
3.Para pengawas sudah memahami peraturan sekolah dengan lebih jelas.
5.0     KEMAJUAN/
MASALAH PROGRAM
Penilaian dibuat berdasarkan instrumen penilaian
keberkesanan program peringkat sekolah yang sedia ada. Tujuan penilaian dibuat
bagi melihat keberkesanan dan kelemahan program yang dilaksanakan. Bilangan di
bawah berdasarkan peratus peserta yang memberikan respon terhadap 1- sangat
tidak memuaskan: 2-sangat memuaskan:  3 –
memuaskan:  4 – baik:  5- sangat baik : 6 - cemerlang
| 
BIL. | 
ASPEK | 
%  | |||||
| 
1 | 
2 | 
3 | 
4 | 
5 | 
6 | ||
| 
1. | 
Tempat program selesa dan amat
  bersesuaian dengan program. | 
5 | 
42 | 
53 | |||
| 
2. | 
Tempoh masa program bersesuaian
  dengan pengisian program.  | 
44 | 
56 | ||||
| 
3. | 
Penginapan yang selesa dan
  bersesuaian dengan program.  | 
/ | |||||
| 
4. | 
Makanan dan minuman yang
  disediakan menepati kehendak peserta.  | 
5 | 
95 | ||||
| 
5. | 
Jadual program menepati kehendak
  program dan banyak memberi pengetahuan.  | 
3 | 
97 | ||||
| 
6. | 
Pengurusan pihak penganjur amat
  teratur dan sistematik. | 
2 | 
2 | 
96 | |||
| 
7. | 
Program ini sememangnya perlu
  diadakan untuk peningkatan kemahiran saya. | 
2 | 
98 | ||||
| 
8. | 
Program ini berjaya meningkatkan
  pengetahuan dan kemahiran saya. | 
2 | 
98 | ||||
| 
9. | 
Isi kandungan program bersesuaian
  dengan saya dan boleh diaplikasikan 
  dalam kehidupan seharian. | 
2 | 
5 | 
93 | |||
| 
PENCERAMAH | |||||||
| 
10. | 
Penyampaian penceramah amat
  memberangsangkan. | 
2 | 
98 | ||||
| 
11. | 
Penyampaian penceramah mudah
  difahami. | 
7 | 
93 | ||||
| 
12. | 
Maklumbalas/interaksi penceramah
  semasa ceramah adalah tepat dan jelas. | 
8 | 
92 | ||||
| 
13. | 
Penceramah bersifat bersedia,
  yakin dan terbuka. | 
2 | 
3 | 
95 | |||
| 
14. | 
Penampilan penceramah adalah
  sesuai dan profesional. | 
2 | 
98 | ||||
| 
15. | 
Penceramah menepati masa dan
  menggunakan masa secara optimum. | 
2 | 
10 | 
88 | |||
6.0     CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN 
1.     Mengadakan program ini dua kali setahun. 
2.     Mengadakan bengkel untuk pelantikan pengawas baru. 
3.     Memanjangkan tempoh masa program sehingga 1 hari. 
4.     Perbanyakkan pratikal dibuat dalam aktiviti program. 
7.0     PENUTUP
          Diharapkan
bengkel ini berjalan dengan lancar agar AJK dapat menjalankan 
tugas dengan baik dan
berkesan. Melalui program ini diharapkan agar ahli 
jawatankuasa dapat
berkhidmat dengan lebih baik mengikut bidang tugas 
masing-masing
          Disediakan oleh,                                                        Tarikh:
4 Februari 2015          
          (Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru
Kaunseling                                                       
          (Che Mohamad Padali Bin Che Mat)
Guru
Kaunseling               
Disahkan
oleh,                                                          Tarikh
: 4 Februari 2015
(Kamariah
Bt Abu)
Pengetua