12 March 2015

Aktiviti Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur 2015 & Isu Semasa




                                                         
Hari ini mesyuarat jauh nun di sekolah pengerusi MGKKL En Radzaki di SMK Desa Mahkota sebuah sekolah baru yang dibina khas untuk pelajar Ting 6 sahaja secara berpusat. Mesyuarat bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Mesyuarat MGKKL Kali ke 2/20015 membincangkan isu-isu penting pada tahun 2015 dan projek yang akan dikendalikan dalam masa terdekat:

1) Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL
     Tarikh : 22 April 2015
     Tempat : Auditorium JPWPKL
     Bayaran : RM 25 menggunakan Suwa atau PIBG
     Dapat jawatan selaku Ketua Sambutan, Protokol dan Upacara Perasmian
     Kami berbincang mengenai persiapan, bajet dan penceramah yang akan mengisi slot penting seperti
     pengurusan fail, trauma, salah laku remaja masa kini, mesyuarat agong mgkkl dan mesyuarat agong klca.

2) Pameran Pendidikan Sempena Hari Guru Peringkat JPWPKL
    Tarikh : 26 -27 Mei 2015
    Tempat ; Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras
    Dapat tugas selaku AJK Pameran IPTS dan Pameran Sekolah Harian

3) Program Pembangunan Sahsiah Disiplin Murid
    Tarikh : 8 April dan 23 April 2015
    Tempat : Ditentukan oleh zon masing-masing peringkat PPW
    Fokus untuk
    Jati Diri : Murid yang melanggar peraturan (kesalahan berat/ buli/ jenayah/ kesopanan)
    Kembali Ke Sekolah : anti ponteng

Hal - Hal Lain:
1) Pentaksiran psikometrik PT3 BPSH oleh Unit HEM dan bukan Lembaga Peperiksaan yang dipertanggungjawabkan
2) Pentaksiran psikometrik Ting 1dijalankan menggunakan psikometrik 180 soalan dan jangan key in lagi dan tunggu arahan
3) Panduan Perkhidmatan UBK yang baru telah dikeluarkan iaitu buku baru berwarna ungu dan buku tersebut hanya sebagai panduan.
4) Buku rekod yang baru menggunakan format yang baru maka L4 untuk 2015 akan menggunakan format yang baru
5)Seminar akan melibatkan semua guru kaunseling menengah dan rendah dan oleh kerana ada mesyuarat agong maka semua guru kaunseling dalam satu sekolah tersebut boleh keluar
6) Yuran KLCA sebanyak RM25 seorang manakala pendaftaran ahli baru RM 10.
7) Yuran MGKKL sebanyak RM10 seorang
8) Buku rekod diedarkan mengikut tempahan. Pembekal berurusan secara langsung dengan pihak sekolah dan tidak menggunakan tempahan berpusat.
9) Pengarah JPWPKL telah bertukar ke Lembaga Peperiksaan dan pengganti yang baru akan dijemput untuk ucaputama Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL.

The Only Way 
TO DO Great Work
Is To Love
What You Do
-Steve Jobs-



   
 

Telegram Channel