10 March 2015

Dibuang sekolah: Peluang Kedua?




                                                       

Pagi ini mengatur janji dengan seorang ibu untuk membantu menguruskan dua orang anaknya yang telah dibuang sekolah kerana masalah keluarga pada tahun lepas hingga menyebabkan anak-anaknya tidak dapat hadir ke sekolah. Dari amaran 1, 2 dan 3 dan seterusnya dibuang sekolah. Saya pernah melawat rumah keluarga ini pada akhir tahun lepas untuk mendekati kesusahan keluarga ini agar pihak sekolah dapat melakukan sesuatu bagi meringankan beban keluarga ini. Walaubagaimanapun tekanan demi tekanan hidup dan pengaruh sekeliling menyebabkan di usia yang muda, pelajar kalah dengan tekanan. Oleh kerana ketua keluarga ini tidak dapat menjalankan tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga kerana masalah kesihatan fizikal maka saya cuba membantu si ibu agar kuat dan tabah mengharung beban. Pada pagi ini saya menjemput keluarga ini di rumah dan membawa mereka sekeluarga tanpa bapa mereka ke PPW untuk menguruskan permohonan bersekolah semula dengan berjumpa sendiri dengan pegawai PPW di situ. 

Perlu diingatkan kepada mana-mana kes pelajar yang dibuang sekolah sama ada kes disiplin sekalipun, peluang bersekolah semula sentiasa terbuka.



PROSES RAYUAN KE SEKOLAH KERAJAAN BAGI MURID YANG TELAH BERHENTI / DIBERHENTIKAN DARI SEKOLAH
(RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA)
LANGKAH
PROSES
TINDAKAN
1
Diberhentikan/Dibuang Sekolah
Pengetua/Guru Besar

2
Surat Buang Sekolah Dikeluarkan
Pengetua/Guru Besar
(salinan ke PPK/Penyelia Disiplin / B&K JPN beserta laporan Guru Bimbingan / Guru Disiplin)

3
Melengkapkan Borang:-

3.1   U/D 03-061/1     (2 salinan)
3.2   U/D 03-061/1A  (2 salinan)
3.3   U/D 03-061/1B   (2 salinan)


3.1   Ibu bapa/Penjaga
3.2   Pelajar
3.3   Pengetua/Guru Besar

4
Temujanji (melalui telefon)
·        Sekolah-sekolah di Zon Bangsar dan Pudu, sila hubungi PPK di Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu

Pelajar/ Ibubapa /PPK dan Penyelia B&K JPN

5
Sesi Kaunseling
(Hari Selasa & Khamis sahaja)
·        Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian seragam sekolah Rambut mesti kemas dan bersih
·        Penampilan dan kekemasan diri mesti dititikberatkan
     (Rujuk Buku Peraturan Disiplin)
·        Ibu bapa/penjaga mesti hadir bersama

Pelajar/ Ibubapa dan PPK/Penyelia B&K JPN
6
Surat kelulusan penempatan dikeluarkan
(10 hari bekerja)

Pengarah/KSPPK
7
Melapor Diri Di sekolah
Pelajar/ Ibu bapa/ Pengetua/Guru Besar

8
Pemantauan (6 bulan perhatian)
·        Laporan dihantar ke Unit Hem, JPN/PPW Bangsar/Pudu setiap bulan
·        Pemantauan ke sekolah akan dibuat dari semasa ke semasa
Guru Kaunseling/Pengetua/
Guru Besar


PPK/Penyelia B&K JPN










































1) Ibu bapa penjaga perlu mendapatkan borang permohonan bersekolah semula berwarna merah jika diambil dari PPW atau sekolah atau klik di sini : borang permohanan rayuan bersekolah semula

Pelajar boleh bersekolah semula jika syarat syarat di atas dipatuhi. Walaubagaimanapun ia bukan jaminan pelajar akan ditempatkan semula di sekolah asal kerana ia bergantung kepada jenis kesalahan dan laporan kaunseling sekolah dan ulasan pengetua.


Senario di sekolah ini, jika pelajar dibuang kerana masalah keluarga biasanya dibuang sekali sahaja dan mempunyai kehadiran yang baik selepas itu berbeza dengan pelajar yang dibuang kerana masalah disiplin dan pengaruh sosial. Walaubagaimanapun bagi pelajar dibuang sekolah kerana kes ponteng sekolah biasanya akan ditempatkan semula di sekolah asal. Pelajar yang dibuang kerana masalah sosial akan cenderung mengulang perbuatan mereka dan memerlukan perhatian dan tindakan segera jika mengulang walau sekali perbuatan mereka yang melanggar peraturan sekolah. Bagi pelajar kes dibuang sekolah lain kerana masalah disiplin seperti bergaduh, pelajar ini akan cenderung mengulang perbuatan tersebut di sekolah baru kerana mudah marah. 

Oleh kerana itu, pelajar kes rayuan semula yang masuk ke sekolah ini dari apa sahaja latar belakang kes buang sekolah akan masuk mendaftar ke sekolah dengan berjumpa dahulu dengan PK Hal Ehwal Murid. Pelajar akan dirujuk ke guru kaunseling kerana pemantauan selama 6 bulan beserta laporan perlu dihantar setiap bulan ke PPW mengenai sahsiah pelajar, disiplin pelajar, aktiviti kokurikulum pelajar. Borang tersebut boleh klik di sini  borang laporan kes penempatan semula

Sekurang -kurangnya pelajar sedar gerak geri mereka akan dipantau oleh ramai guru yang memberikan laporan mengenai diri mereka. Dengan ini kesedaran akan timbul untuk menghadkan aktiviti yang boleh menyebabkan penilaian tidak memuaskan terhadap laporan bulanan pemantauan tersebut. Ini kerana laporan akan dihantar ke PPW, dan yang paling digeruni mereka salinan kepada ibu bapa. Dalam masa yang sama guru kaunseling akan mendekati pelajar dan menjalankan sesi kaunseling sekali sebulan untuk pemantauan berterusan. Pelajar akan membuat satu akujanji dengan pihak sekolah agar tidak mengulang lagi perbuatan mereka yang menyebabkan mereka dibuang sekolah. 


Liga Remaja Kreatif
Datang lagi


390 comments

«Oldest   ‹Older   201 – 390 of 390   Newer›   Newest»

Salam
Mengenai soalan yg puan kemukakan
a) tiada murid yg mengulang pt3 krn kelulusan pt3 lulus atau tidak masih boleh menyambung ke ting 4 berbeza dgn mengulang SPM yg memberi kesan terhadap masa depan terhadap peluang pekerjaan
b) kolej vok mengambil murid dari sekolah kerajaan shj
c) sudah tentu dia berpeluang mendapatkn keputusan yg baik dlm spm dgn memilih aliran yg betul di ting 4. Di sek men harian biasa juga menawarkan kelas vokasional seperti MPV iaitu mata pelajaran vokasional atau PVMA iaitu pengajian vokasional menengah atas yg menawarkan kursus penyajian mkn, perabot, landskap, seni reka tanda, dan mcm mcm lagi. Kenal pasti sekolah yg menawarkn kursus ini mrlalui pejabat pendidikan daerah yg berhampiran dgn kawasan perumahan puan
d) tiada masalah dari segi peluang melanjutkan pelajaran walaupun dia berumur 18 tahun mengambil spm
Semoga puan jelas dgn maklumat ini

Salam .. saya ialah penjaga kepada 2 adik beradik kawan saya. Saya ingin hantar 2 beradik ni masuk sekolah balik . Punca dorang behenti sekolah disebabkan masalah family.boleh saya dapatkan pendapat puan macam mana procedure kemasukan budak2 ni.. seorang nak masuk tingkatan 2 dan darjah 5


Salam ..
Anda perlu mendapatkan borang rayuan bersekolah semula di pejabat pendidikan daerah tempat sekolah yg ingin anda menyekolahkan mereka. Antara dokumen wajib dihantar bersama borang permohonan rayuan itu ialah surat berhenti sekolah kedua beradik ini dari sekolah lama untuk diproses dan pengenalan diri anda sebagai penjaga. Dalam hal ini anda boleh menggunakan bantuan kakaknya untuk menggunakan dokumen pengenalan sbg kakak kandung berbanding anda yg mana perlukan surat kuasa sbg penjaga sama afa dari mahkamah atau pesuruhjaya sumpah. Anda boleh bertanya lebih lanjut hal ini dgn pegawai PPD nanti.
Dokumen pengenalan murid ini iaitu sijil beranak juga diperlukan.
Semoga urusan anda dipermudahkan

Salam cikgu...
Adek sy bongsu sy tak pernah sekolah dari kecil dn sekarang umur dia dah 14thn...adakah peluangnya untuk bersekolah lagi cikgu?...dia tk sekolah dr dlu sbb kewangan dan ibubapa saya bercerai...skg tinggal kami adik beradik hidup sendiri...

Salam cikgu. Anak saudara saya baru diberhentikan sekolah kerana ponteng secara berkala,setelah amaran ke3. Dia seakan teragak2 nak bersekolah semula kerana kurang sokongan dan sering dimarahi kerana masalah keluarga.
Soalan saya:
1)dia tidak menerima apa2 surat berkenaan berhenti@dibuang sekolah (ibubapanya tidak endah/tidak mahu bekerjasama)jadi x pasti sama ada surat tu mereka dah terima atau tidak memandangkan pelajar tidak tinggal bersama ibubapa kerana ketika itu dia ponteng hingga cuti sekolah.
2)boleh ke saya sebagai makcik mengambil alih tugas sebagai penjaga memandangkan ibubapa pelajar tu dah xmahu ambil tahu. Perlu apa2 surat atau bukti saya sebagai penjaga?.
3)kalau benar dibuang sekolah, bolekah dia diterima semula ke sekolah lama selepas tempoh rayuan amaran ke3 dah lama berakhir.
Terima kasih.

Salam Pn Hasliza

Tahniah krn Puan sanggup mengambil berat anak ini. Mengenai persoalan puan..

1) Puan boleh menghubungi sekolah tersebut untuk mengesahkan status anak ini krn puan maklumkan yg anak ini tidak menerima apa2 surat berkenaan dibuang sekolah atau permohonan ibu bapa untuk memberhentikannya.

2)puan sebagai makcik boleh mengambil alih tugas sebagai penjaga. Jika puan dapat buktikan puan makcik kandung lagi baik krn urusan dokumen selepas ini akan menggunakan kad pengenalan dan dokumen puan sbg penjaga.

3)jika benar dibuang sekolah, dia boleh diterima semula ke sekolah lama dengan meletakkan pilihan sekolah tersebut pada borang permohonan rayuan bersekolah semula pada bila bila walaupun kes telah lama.
Semoga berjaya

Salam ..
Bagi kes Adik bongsu anda yg tidak pernah bersekolah sejak dari kecil dn sekarang umur dia dah 14thn...dia masih ada peluang untuk bersekolah lagi. Di sekolah ada unit kebajikan yg akan membantu dari segi bantuan kewangan. Jika di KL dgn baitulmal KL atau inisiatif dari pihak sekolah.
Anda perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengambil borang.

Assalamualaikum Puan Nurhaiza,
terima kasih atas forum yg disediakan ini. Ia sangat membantu dan harap puan dpt membantu sy juga buat kali ini.
Adik saya berumur 20 thn (2017).. sebelum ini, dia pernah berhenti skolah sbyk 3 kali. Sekolah asalnya, kemudian ke sekolah baru dan seterusnya sekolah asalnya semula. Buat kali ketiga dia berhenti, dia hanya berhenti tanpa ada apa2 surat berhenti dr skolah asalnya (kali ktiga)..Dia cuma berhenti ke sekolah dan selepas tiada apa2 khabar berita...hal ini demikian disebabkan oleh tahap motivasinya yg kurang utk bersekolah pd waktu itu..Sekarang, dia sudah menyesal dan ingin mengambil Spm dan ingin masuk ke universiti sprti saya. Jadi, bagaimana dia blh mndftr spm persendirian? berapakah kos dan tempoh bg mnjalani kelas khas spm persindirian? Dia hanya blh mngambil 6 subjek teras shj? Adakah dia blh mmhon UpU dgn spm persndirian? Adakah kami perlu mngmbil surat hentian sekolah dr skolah asalnya?

Salam
Tahniah adik sudah terbuka hati untuk mendapatkan kelayakan akademik berkat dari sokongan anda juga yg memberikan dorongan.
dia blh mndftr spm persendirian dengan mendaftar di JAbatan Pendiduikan Negeri yg biasanya dibuka seawal Mac . Pegawai pendidikan disitu akan membimbing adik anda mengisi borang tersebut, memilih pusat peperiksaan dan mendaftar subjek yg ingin diambilnya untuk SPM.

kos peperiksaan bergantung kpd bilangan subjek yg akan diambil dgn byaran yg berbeza mengikut subjek. Maksimum 12 subjek

Tempoh bg mnjalani kelas khas spm persindirian bergantung kepada adik anda dan pusat bimbingan tersebut. Biasanya hingga oktober.

Dia wajib mngambil 6 subjek teras dan boleh juga mendaftar untuk subjek elektif dan ikut jadual yg diberikan agar tidak clash antara subjek elektif yg didaftarkan.

Ya...dia blh mmhon IPT dgn spm persndirian dan tidak perlu mngmbil surat berhenti sekolah dr skolah asalnya.
Semoga dipermudahkan urusan anda

Assalammulaikum cikgu . Saya nak tanya saya dibuang sekolah pada tahun lps 2016 , dalm bulan 6 begitu .saya mengambil aliran akaun . saya berumur 17 thun skrg . (2017) sbb masalah tekanan kwn kwn di sekolah . Dn skrg saya nak bersekolah semula kerana menyesal dgn keputusan saya yang tk berfikir pnjng dn sya telah ketinggalan banyak dlm pelajaran . saya ingin memohon sekolah semula . Brapa lamakah proses yang akn diambil?Sempatkah saya untuk menduduki peperiksaan spm?dan bolehkah saya mengambil semula aliran yang sya ketinggalan semasa di form 4 semula? Namun saya hairan kerana saya tidak mendapat surat dibuang sekolah . Saya hanya mendapa surat amaran ketiga . perlukah saya ke sekolah terlebih dahulu sebelum memohon di pejabat pelajaran daerah ?Tolong jawab saya perlukan jawapan segera . Saya buntu dn risau akan masa hadapan saya cikgu .

Salam. Berikut merupakan respon terhadap soalan anda
Brapa lamakah proses yang akn diambil?
Dalam masa seminggu hingga dua minggu shj

Sempatkah saya untuk menduduki peperiksaan spm?
Sempat krn pendaftaran spm dibuka pada bulan Mac

dan bolehkah saya mengambil semula aliran yang sya ketinggalan semasa di form 4 semula?
Boleh..tetapi kebiasaanya subjek akaun bersama pakej subjek yg agak tough. Biasanya murid akan ditawarkan subjek elektif yg rendah tahap kesukarannya memandangkan byk silibus yg perlu dikejar terutama subjek yg mempunyai projek dari ting 4.

Namun saya hairan kerana saya tidak mendapat surat dibuang sekolah . Saya hanya mendapa surat amaran ketiga . perlukah saya ke sekolah terlebih dahulu sebelum memohon di pejabat pelajaran daerah ?
Ya..anda perlu ke sekolah dahulu untuk mengetahui status anda. Salinan surat buang sekolah diperlukan untuk memohon rayuan bersekolah semula.

Salam cikgu..Anak Saya tahun ni darjah 5 tapi tahun Lalu Anak Saya tidak hadir lebih dari 4 bulan berturut2...Apabila buka Sekolah Saya telah menghantar Anak Saya Ke sekolahnya tetapi telah dimaklumkan perlu berjumpa Guru Besar disebabkan Anak Saya lama tidak hadir Ke Sekolah..Saya telah berjumpa dngn guru Besar Dan Saya dimaklumkan Bahawa kes Anak Saya ni dah boleh dibuang dri Sekolahnya..Cikgu displin sekolahnya meminta KPD Saya utk membawa pulang Anak Saya yang Masa tu sedang belajar Di kelasnya. msalah Saya mmg adakah peraturan budak Sekolah rendah yang dibuang Sekolah hanya disebabkan lama tidak hadir Ke Sekolah akan terus dibuang Sekolah bukan atas keputusan dari Guru Besar tapi dari cikgu displin yang mengataan Bahawa nama Anak Saya telah tiada dari senarai sekolahnya..Mohon cikgu beri penjelasan..Email Saya ita675@gmail.com.tk

Salam puan
Apabila anak puan tidak hadir lebih dari 4 bulan berturut2 tahun lepas, maka dia boleh dibuang sekolah walaupun murid sekolah rendah terutama jika ibu bapa langsung tidak memaklumkan kpd pihak sekolah samaada anak sakit kritikal atau kemalangan dgn memberikan surat doktor atau mengikut ibu bapa yg bertugas di luar negeri contohnya. Maksud yg jelas disini ialah murid sek rendah juga boleh dibuang sekiranya tidak hadir ke sekolah apatah lagi 4 bulan berturut tanpa surat makluman atau permohonan tidak hadir krn sesuatu masalah.

Setiap murid didaftarkan dalam satu sistem berpusat dan apabila murid itu dibuang, nama anak puan akan dikeluarkan dari sistem yg menunjukkan bahawa murid itu bukan lagi murid sekolah tersebut atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika anak puan bertukar ke sekolah lain, sistem dapat trace bahawa anak puan berada di sekolah lain. Namun bila list dah dibuang, nama anak puan sudah tiada dalam sistem pendaftaran murid KPM. Saya percaya itu yg dimaksudkan oleh guru disiplin sekolah itu. Biasanya mmg guru besar akan merujuk kepada guru disiplin kerana guru disiplin menyimpan rekod disiplin dan kesalahan disiplin. Guru disiplin tidak membuat keputusan yg membelakangkan guru besar. Mereka hanya menjalankan prosedur kesalahan disiplin dan guru besar akan mengikut prosedur untuk membuang murid. Namun demikian apa yg perlu puan lakukan ialah membuat rayuan bersekolah semula. Oleh krn dasar kerajaan semua murid umur 12 thn wajib bersekolah, maka prosedur untuk permohonan bersekolah semula akan memudahkan untuk anak puan bersekolah semula dalam masa terdekat jika puan mengisi borang permohonan bersekolah semula dalam masa terdekat..dan anak puan akan didaftarkan semula sistem pendaftaran murid KPM.
Harap maklum.

Saya nak tanya, jika murid itu lari rumah selama 20 hari berturut-turut, adakah dia akan di buang sekolah?

Salam Fahmi
Jika murid itu tidak pernah menerima surat amaran sblm kws lari dari rumah, maka 20 hari berturut itu membolehkannya menwrima surat amaran ke3 tetapi belum dibuang sekolah. Murid ini boleh bersekolah spt biasa

salam..saya nak tanya..kalau dibuang sekolah and then saya nak masuk sekolah di tempat lain boleh ke?masih diterima ke?

salam..saya nak tanya..surat amaran pertama akan keluar kalau saya x hadir ke sekolah berapa hari?

Salam
Jika anda telah dibuang sekolah anda boleh memohon rayuan bersekolah semula di sekolah yg lain.

salam..
surat amaran pertama akan keluar kalau tidak hadir 3 hari berturut tanpa sebab dan 7 hari berkala tanpa sebab jika x hadir ke sekolah.

Assalamualaikum Cikgu,
Anak kami, Muaz, Form 4 2017 sekarang. Belajar di Tahfiz yang ada akademik. Soalan: Muaz bercadang mahu masuk sekolah biasa apabila Muaz habis khatam Quran → Syahadah. Bolehkah Muaz masuk ke aliran Sains pada awal tahun Form 5, 2018 nanti? Muaz tidak mengambil PT3 kerana fasiliti tahfiz yang tidak menepati spec/kpi moe untuk pt3.
Terima kasih cikgu.

Waalaikummussalam
Jika anak puan Belajar di Tahfiz yang ada akademik di ting 4 bermakna jika Muaz bercadang mahu masuk sekolah aliran perdana apabila Muaz habis khatam Quran → Syahadah adalah boleh. Namun untuk memasuki ke aliran Sains pada awal tahun Form 5, 2018 nanti bergantung kpd keputusan pihak sekolah. Biasanya murid yg mengambil aliran sains tahfiz boleh memasuki aliran sains juga di aliran perdana ting 5. Namun jika aliran sastera tahfiz, pihak sekolah tidak membenarkan pertukaran aliran ke sains di ting 5 krn beban akademik dan asas aliran sains ting 4 belum dikuasai oleh murid dan perlu pula mengambil subjek aliran sains ting 5. Walaupun murid ini tidak mengambil PT3 kerana fasiliti tahfiz yang tidak menepati spec/kpi moe untuk pt3 namun dia boleh lagi untuk menduduki spm di aliran perdana.

Terima kasih Cikgu atas balasan segera. Syukur dan gembira. SOALAN seterusnya.
Bolehkah Muaz masuk sekolah biasa, Sek Men Taman Melawati, ting 4 aliran Sains, pada tahun 2018. Iaitu umurnya pada pelajar ting. 5.
Sekarang di Tahfiz belajar aliran Sains. Ada dalam 10 orang pelajar aliran Sains yang akan berdaftar SPM pada Feb/Mac 2017 ini. Badge pertama Tahfiz.
Tahfiz di Negeri Pahang.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?
:)

Jika anak puan dah berada di aliran sains sekarang, dia hanya perlu sambung aliran sains di ting 5 di sekolah aliran perdana cthnya Sek Men Taman Melawati, dia tidak perlu repeat ting 4 aliran Sains pada tahun 2018.

Jika di sek tahfiz sekarang, mempunyai peperiksaan SPM..dia tidak perlu ke sek aliran perdana krn peperiksaan SPM dan pengajian tahfiznya itu diiktiraf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.

Namun jika puan berhajat juga ingin menyekolahkannya pada ting 4 aliran sains pada umurnya pada murid ting. 5, puan boleh membuat permohonan di JPN. dokumen sokongan yang diperlukan ialah peperiksaan akhir tahun ting 4 di aliran sains yg didudukinya sekarang.

Assalamualaikum cikgu saya syahrul tdak hadir sekolah dari pertengahan tahun form 3 dan sekarang saya berumur 17tahun tidak hadir kerana ada kes polis..dan ingin bersekolah kembali pada tahun ini adakah permohonan saya di ppd boleh lulus?trima kasih..

Salam
Wqlaupun tdak hadir sekolah dari pertengahan tahun form 3 hingga ting 5 skrg krn kes polis..anda masih boleh bersekolah kembali pada tahun ini.

Salam kak saya nak tnya skrg saya tgkatan 5 .. Saya dari start sekolah smpai skrg tk pegi skolah sbab pindah .. Tapii sya tak tahu sama ada saya sdh dibuang skolah atau blom .. Klau saya nak smbung skolah kat tmpat baru saya macam mna caranya?

Salam
Anda berada di ting 5 dan tidak pernah pergi ke sekolah krn berpindah. Anda hendaklah ke sek lama untuk mengetahui status anda samaada nama anda telah dibuang dari sistem data sekolah krn tidak pernah memaklumkan apa apa dan dibuang sek. Anda harus ke PPD untuk membuat permohonan yg baru. Bertindak segera krn pendaftaran spm sedang dojalankan di sekolah.

Assalam cikgu...boleh tak pelajar 14 tahun... masuk giat mara

Maaf ye. Sepanjang pengetahuan cikgu..murid yg berumur 16 thn iaitu murid yg sepatutnya ting 4 tetapi meneruskan persekolhan untuk kemahiran

saya pelajar kolej vokasional sudah tahun dua maknanya saya form 5 tahun ni..boleh ke saya nak pindah ke sekolah harian semula

Assalamualaikum. Adik saya pernah digantung sekolah tapi sekarang dia buat lagi masalah yang sama dan berisiko dibuag sekolah. Adik saya bersekolah di sek sains berasrama penuh. Saya nak tanya, ada peluang lagi ke utk dia mintak sek sains tu balik or sek sains yang laim? Kalau tak boleh, adakah dia layak utk apply sekolah berintegrasi tinggi atau setaraf? Dia salah seorang top student tp ada masalah disiplin. Tolong saya, terima kasih.

Saya umur15 nak masuk sekolah .Sekarang in dah tengah tahun macammna tutu

Kamu masih boleh memohon rayuan bersekolah semula dan pastikan segera krn ujian lisan pt3 akan bermula pada bulan april

Jika murid telah dibuang sekolah..dan berisiko untuk dibuang dari sekolah itu sekali lagi krn masalah disiplin maka lebih baik ditukarkan ke sekolah lain daripada anda merayu untuk adik anda ke sekolah yg sama. Krn untuk masalah disiplin tidak boleh ditempatkan di sekolah yg sama apabila dibuang kali kedua. Walaubagaimanapun anda boleh membuat rayuan untuk berada di sekolah yg sama..cuma cikgu menganggap apabila mengulang menghantar ke sekolah yg sama adalah perkara yg tidak begitu kondusif untuk murid ini. Carikan sekolah yg memberikan persekitaran yg baru yg boleh potensi yg positif untuknya. Dia boleh merayu di sek kluster atau sek berprestasi tinggi.

Saya berumur 15 skrg ,Sudah lama saya berhenti SK tapi nak belajar blk mcm MNA nasihat


Saya berumur 15 skrg ,Sudah lama saya berhenti SK tapi nak belajar blk mcm MNA nasihat

Adakah saya masuk tahun in atau mcm mna

Walaupun telah lama berhenti sekolah bertahun tahun dari sekolah rendah..anda boleh memohon bersekolah semula. Sila ke pejabat pendidikan daerah yg berhampiran dgn tempat tinggal anda untuk memohon sekolah yg berhsmpiran dgn anda. Memandangkn anda akan berada di ting 3, lebih baik anda mendaftar segera kerana ujian lisan PT3 akan diadakan tidak lama lagi dlm bulan April

salam cikgu . saya di tingkatan enam sekarang . saya tidak hadir ke sekolah selama sebulan disebabkan ayah dan ibu saya sakit . saya telah mendapat surat amaran pertama dan pk hem sekolah saya kata kalau saya dibuang, nama saya akan di blacklist di mana mana sekolah . betul ke cikgu ?

Salam. Saya ingin tanya borang permohonan rayuan bersekolah semula boleh diambil dekat sekolah ke? Dan apa salinan yg saya perlu bawa untuk ke PPD itu ye?

Salam. saya ingin bertanya adakah borang permohonan rayuan bersekolah semula disediakan di sekolah? Dan boleh ke ibu tiri saya yg pergi ke PPD dan adakah ibu tiri saya memerlukan salinan lain untuk dibawa? Terima kasih

Salam Sarah
Jika anda tidak hadir sebulan tanpa apa apa sebab iaitu tanpa surat mahupun penjaga atau saudara yg dewasa pengganti ibu bapa memaklumkan perkara ini, sudah tentu hal ini tidak berlaku. Jika anda tiada bukti sudah tentu guru kelas mengambil tindakan apatah lagi sebulan tidak hadir ke sekolah. Memandangkan anda berada di ting 6 di mana hanya sekolah tertentu shj yg mempunyai ting 6 dgn pakej stpm yg adakalanya berbeza dari sekolah anda skrg, akan menyulitkan urusan kamu di kemudian hari. Memandangkan tawaran ke ting 6 adalah ditawarkan krn pencapaian akademik dan mempunyai kuota tertentu dikenali pra u, urusan rayuan tidak seperti sekolah menengah untuk tahap yg lain krn wajib bersekolah maka boleh masuk ke sekolah semula walau di mana pun.

Salam
Borang rayuan bersekolah semula ada di sekolah. Namun lebih ibu bapa mengambil di ppd iaitu pejabat pendidikan daerah krn mereka akan menghantar semula borang yg sudah lengkap ke ppd dan anak tersebut perlu menjalani sesi kaunseling di PPD. Antaradokumen yg diperlukan adalah surat surat amaran 1 hingga surat dibuang sekolah, dan dokumen peribadi anda dan ibu bapa penjaga. Ini bermakna dokumen peribadi ibu bapa pun boleh dogunakan

Maksud cikgu ibu bapa tiri boleh digunakan.

Assalamualaikum, saya dibuang sekolah pada tingkatan 5 2017 kerana masalah kehadiran. Boleh ke saya nak masuk sekolah balik ?

Salam
Ya anda masih boleh bersekolah semula dan segerakan permohonan memandangkan skrg sudah penghujung April dan pendaftaran SPM telah dijlnkan. Segera mendaftar sekolah untuk mengetahui status anda

ASSALAMMUALAIKUM,CIKGU ANAK SYA TAHUN NI PT3 UMUR ANAK 15 THUN, ANAK SAYA BARU SAHAJA DIBUANG SEKOLAH KRNA..BANYAK KALI PONTENG SEKOLAH,,DLU ANAK SYA PERNAH MENYURUH UNTUK TUKARKAN DIA KE SEKOLAH LAIN..SYA CUBA TETAPI GAGAL KRNA ADA MASALAH TENTANG KEMAHIRAN DIA..SEKOLAH LAMA ANAK SYA SMK SERI AMPANG,, KEMAHIRANN ELEKTRIK ,,ANAK SYA BERMINAT SEKOLAH SMK PADANG TEMBAK TETAPI ORANG D PPD KRMAT TIDAK MEMBENAR KAN KERANA SMK PADANG TEMBAK,,KEMAHIRAN PERDAGANGAN SO LPAS DARI PADA TU ANAK SYA TRUS TIDAK BERMINAT UNTUK SEKOLAH,ANAK SAYA BARU SAHAJA DI BUANG SEBULAN LEBIH KERANA MASALAH PONTENG,, SO ANAK SAYA SUDA KENA BUANG DARI SEKOLAH LAMA,,BOLEH KAN ANAK SAYA PERGI MEMOHON SEKOLAH MENENGAH PADANG TEMBAK? HARAP CIKGU MEMBERI JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN SAYA

ASSALAMMUALAIKUM,CIKGU ANAK SYA TAHUN NI PT3 UMUR ANAK 15 THUN, ANAK SAYA BARU SAHAJA DIBUANG SEKOLAH KRNA..BANYAK KALI PONTENG SEKOLAH,,DLU ANAK SYA PERNAH MENYURUH UNTUK TUKARKAN DIA KE SEKOLAH LAIN..SYA CUBA TETAPI GAGAL KRNA ADA MASALAH TENTANG KEMAHIRAN DIA..SEKOLAH LAMA ANAK SYA SMK SERI AMPANG,, KEMAHIRANN ELEKTRIK ,,ANAK SYA BERMINAT SEKOLAH SMK PADANG TEMBAK TETAPI ORANG D PPD KRMAT TIDAK MEMBENAR KAN KERANA SMK PADANG TEMBAK,,KEMAHIRAN PERDAGANGAN SO LPAS DARI PADA TU ANAK SYA TRUS TIDAK BERMINAT UNTUK SEKOLAH,ANAK SAYA BARU SAHAJA DI BUANG SEBULAN LEBIH KERANA MASALAH PONTENG,, SO ANAK SAYA SUDA KENA BUANG DARI SEKOLAH LAMA,,BOLEH KAN ANAK SAYA PERGI MEMOHON SEKOLAH MENENGAH PADANG TEMBAK? HARAP CIKGU MEMBERI JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN SAYA

salam sejahtera saya ingin bertanya sekarang ni umr sya 16 thun dan saya ingin berhenti
sekolah atas sebab msalah kewangan dan ingin memohon msuk kembali di tngkatan5
utk mgmbil spm wajarkah tindakan saya? tarikh akhir persekolahan 15 april 2017
course account dan perniagaan

Salam tuan
Bagi murid ting 3, proses permohonan rayuan semula atau bertukar aliran ada halangan teknikal sedikit. Tidak seperti ting 1 dan ting 2. Ini kerana markah PBS PT3 berdasarkan kerja projek di mana murid akan dinilai. Untuk pengetahuan tuan, mereka sudah pin memulakan dan dlm proses menyiapkan projek. Ini bermaksud sepatutnya kerja kursus elektrik sudah bermula dan jika dia bertukar kursus perdagangan adalah berbeza sama sekali kerja kursusnya. Jika murid ini bettukar sekolah sekali pun, dan mendapat aliran yg sama iaitu elektrik maka markah dan eviden kerja kursus perlu di bawa bersama ke sekolah baru. Inikan pula bertukar aliran sama sekali di ting 3. Oleh kerana itulah ppd tidak meluluskan permohonan tuan. Kecuali jika dia memohon sekolah yg sama yg mempunyai aliran tersebut tetapi harus diingatkan kerja projek elektriknya perlu eviden dlm proses disiapkan bukannya tidak buat langsung.
Jika murid ini terus mengambil sikap mendiamkan diri dan enggan ke sekolah, murid ini akan dibuang. Samaada dia merayu ke sekolah semula dgn segera krn kerja projek sejarah dan geografi sudah bermula dan perlu disiapkan sbg markah PT3. Atau memohon ke sekolah kembali pada ting 4 nanti walaupun tiadasijil PT3 dia boleh bersekolah semula dan masuk di ting 4 di sekolah yg tuan pohon dlm list pilihan sekolah yg berdekatan dgn rumah.

Salam
Jika anda ingin berhenti sekarang krn masalah kewangan, cuba berbincang dgn guru kaunseling anda untuk mengenalpasti masalah anda. Sekolah mempunyai unit kebajikan yg boleh membantu anda sekurang kurangnya untuk perbelanjaan di sekolah spt mkn minum dan alat tulis serta buku buku keperluan anda. Jika anda berdiam, unit kaunseling tidak mengetahuinya.
Anda boleh masuk semula ke ting 5 tetapi ia bukan jaminan anda akan mendapat semula elektif tersebut iaitu akaun dan perniagaan. Ini krn jika murid masuk semula di ting 5..sekolah akan memberikan aliran elektif yg agak rendah tahap kesukarannya memandangkan beban subjek teras yg anda perlu catch up untuk silibus ting 4 yg ditinggalkan

Assalamulaikum Cikgu yang dimuliakan, mohon tulis email cikgu, puas hamba cari tidak jumpa.
he..he :)_

Assaamualaikum Cikgu NurHaiza yang dimuliakan,
Bagus cikgu buat blog ini.
Ramai yang ada masalah.
Boleh rujuk kaunselor bertauliah.
Daripada mendengar cakap orang tiada tauliah dan pengalaman.

Hamba ada email kepada cikgu sebaik sahaja terima posting ini.
Mohon jasabaik cikgu untuk Reply ya.
Kes anak tidak mahu sekolah, atas tekanan sosial diejek kawan-kawan. Form 1.
Jazakallah dan Terima Kasih cikgu.
-------------
Kaunselor Nurhaiza Che Mat has left a new comment on the post "Dibuang sekolah: Peluang Kedua?":

nurhaiza.gksmkcheras[@]gmail.com

Post a comment.

Unsubscribe to comments on this post.

Posted by Kaunselor Nurhaiza Che Mat to KAUNSELOR NURHAIZA CHE MAT at May 08, 2017

Terima kasih puan. Saya dah buka email dan menjawab permasalahan puan. Semoga ia menjawab kesulitan puan.

salam Tuan....masih sah ke Tawaran ini
Saya menjaga 2 org anak saudara saya..si abang pelajar bermasalah...
Pada pertengahan form1 saya behentikan beliau untuk belajar tahfiz..malangnya perangai masih sama..baru2ni terlibat dgn rokok..
He's good in mathematics but weak in reading and BM..
Adakah dia kayak untuk rayan ke sekolah Tuan.

Ya..dia masih layak membuat rayuan bersekolah semula. Jika tuan memaklumkan walau di sekolah tahfiz pun dia masih tidak berubah, ini menujukkan yg dia sedang memberontak dan ada isu unfinish business dlm dirinya dan bukan faktor sekolah. Berbincang dari hati ke hati..

Tahun ni saya tingkatan satu dan sdh tdk sekolah selama dua bulan dan baru menerima surat amaran yang kedua.Sebab saya tdk ke sklh adalah saya selalu kena ejek di sekolah dan susah mau dapat kawan sebab saya agak pendiam..Saya sdh cuba utk ke sklh sekali tapi tdk berjaya sebab saya akan menangis sebelum dihantar ke sklh seperti selalu..Skrg saya agak fobia dgn sklh..Tapi saya masih mau sekolah jadi apa yang patut saya lakukan?

Tahun ni saya tingkatan satu dan sdh tdk sekolah selama dua bulan dan baru menerima surat amaran yang kedua.Sebab saya tdk ke sklh adalah saya selalu kena ejek di sekolah dan susah mau dapat kawan sebab saya agak pendiam..Saya sdh cuba utk ke sklh sekali tapi tdk berjaya sebab saya akan menangis sebelum dihantar ke sklh seperti selalu..Skrg saya agak fobia dgn sklh..Tapi saya masih mau sekolah jadi apa yang patut saya lakukan?

hello anak saya telah meminta surat berhenti sekolah keranak mahu bersekolah di sekolah voka swasta ,selepas 5 bulan anak saya kata dia mahu kembali bersekolah di sekolah lama dia.tetapi telah mempunyai sijil berhenti sekolah .bolehkah anak saya kembali bersekolah di sekolah menengah lamanya untuk mengambil SPM......... *mempunyai sijil berhenti sekolah *sudah 5 bilan tidak bersekolah

Jika kamu sudah mendapat amaran kedua pada bulan Jun ini bermakna jika masih lagi kamu tidak ke sekolah kamu akan mendapat amaran ketiga dan seterusnya dibuang.
Kamu perlu mendapatkan khidmat nasihat dari sesi kaunseling atau psikologist untuk terapi dan sesi bagi memulihkan fobia kamu terlebih dahulu.

Dan jika kamu dapat mengatasi perasaan itu dan bersedia barulah kamu ke sekolah semula dgn membuat rayian semula tetapi bukan di sekolah asal tetapi di sekolah lain untuk perselitaran yg lebih positif dan kondusif. Atau jika kamu bermasalah untuk ke sekolah di sekolah skrg , kamu boleh memohon pertukaran ke sekolah lain dan semoga ia dapat mengurangkan rasa fobia kamu ke sekolah.

Bagi kes ke sekolah vok swasta selama 5 bulan dan ingin kembali semula ke sekolah, saya andaikan anda berumur 16 thn skrg dan mengikuti kursus kemahiran. Anak boleh memohon bersekolah semula di sek men kerajaan di ting 4. Cuma skrg ni subjek elektif yg bersesuaoan dgn prestasi akademik zpT3 akan dirujuk. Agak sukar untuk menempatkan myrid ini kembalik ke kursus kemahiran spt MPV atau PVMA krn telah byk kerja projek yg dijalankan. Dan projek serta silibus agak berbeza dgn kolej swasta vok yg menyebabkan murid ini sukar menempatkan diri dlm kelas vok di ting 4 pada penggal kedua persekolahan ting 4 walaupun dari kursus vok swasta dgn kursus yg sama. Oleh itu tawaran subjek seni elektif yg biasanya dioffer untuk murid yg masuk ting 4 penggal kedua.

Hi,nama saya ialah Hiew Ka Kin dan saya ingin bertanya:Kawan saya yang bernama Jessica Khoo telah disuruh
oleh pengetua kami Pn Lee Li Leng pindah sekolah kerana tidak membawa pensil warna semasa pertandingan melukis.Dia tidak mempunyai sebarang masalah displin.Adakah kesalahan ini dikira sebagai kes berat atau ringan?
Dan siapakah sebenarnya yang bersalah?

Hi hiew ka kin
Dari cerita anda, itu bukan kesalahan disiplin yg boleh menyebabkan murid dibuang sekolah atau diberhentikan dari sekolah asalnya. Kawan anda tidak perlu menarik diri iaitu berpindah ke sekolah lain jika kesalahannya semata mata tidak membawa pensil colour ketika pwrtandingan. Ia hanyalah kecuaian kawan awak sahaja.

Salam, saya murid tahun 6 dah dekat 3 bulan saya diberhentikan sekolah kerana selalu tidak hadir ke kelas.
Boleh tk klu saya nak ambil upsr tahun ini tetapi tarikh daftar untuk upsr telah tutup. Saya pernah terfikir untuk re-take darjah 6.Jadi adakah lebih baik kalau saya ambil upsr sahaja atau re-take darjah 6 .By the way saya tak suka belajar disekolah yg saya diberhentikan

Memandangkan upsr hanya 3 bulan lagi, anda perlu confirmkan dgn guru anda samaada anda calon sekolah atau tidak. Ini kerana anda dibuang pada April. Tetapi jika anda straight tidak dtg dari Feb atau Mac mmg tidak mendaftar sbg calon upsr. Anda perlu berhubung dgn guru peperiksaan anda jika ingin menjadi calon sekolah tetapi anda perlu bersekolah di mana mana sekolah dan biasanya pendaftaran calon daftar lewat dibenarkan krn skrg bulan July. Tetapi anda perlu bertindak segera.
Namun jika anda tidak bersedia, lebih baik tidak repeat upsr dan meneruskan ke sekolah menengah kerana tidak menduduki upsr tidak menjejaskan peluang utk ke ting 1 di sek men harian biasa. Cuma peluang ke sek berasarama penuh, sek men aliran agama dan sekolah kawalan yg lain tidak boleh dipohon tanpa result upsr.

Assalamualaikum cikgu saya nak bertanya,saya dibuang sekolah sejak saya darjah 5,sekarang saya sudah 14 tahun,saya dibuang sekolah kerana masalah kehadiran sekolah, saya tak ada pon UPSR boleh ke saya bersekolah semula?lagi satu saya tak dapat pon surat dibuang sekolah,saya nak tanya lagi ni,ada pembayaran ke bila saya nak memohon bersekolah semula?tolong beritahukan langkah2 untuk saya memohon bersekolah semula,terima kasih tolong response ye

Salam Ayu
Jika tiada kelulusan upsr, anda boleh bersekolah semula. Memandangkan dibuang sekolah sewaktu darjah 5, anda tidak memerlukan surat buang sekolah tersebut lagi untuk rayuan memandangkan anda kini di sekolah menengah. Anda perlu mendapatkan borang permohonan masuk sekolah tanpa bayaran pun dan sila pastikan dokumen yang diperlukan dalam borang permohonan bersekolah tersebut dipenuhi. Pegawai Pejabat pendidikan daerah akan guide anda bagaimana mengisi borang tersebut.

Saya umur 17 thn. Saya henti sekolah masa tingkatan 4 thn 2016 sebab masalah kesihatan.Apa yg saya harus buat jika saya nak masuk sekolah semula.adakah ppd akan luluskan?apakah aliran yg sesuai bg sy jika saya dpt msk belajar semula.

Saya diberhentikan sekolah semasa tingkatan4 thn 2016 sebab masalah kesihatan.Sekarang sy berumur 17.Saya nak maduk tingkatan 5 tahun ni tapi tidak boleh kerana terlepas tarikh daftar spm.Jpn mengesyorkan saya ulang tingkatan 4 thn ni.Saya dah hantar dokumen kepada jpn kedah.Tapi lebih dari 3 minggu jpn x call sy.Apa yg saya harus buat jika saya nak percepatkan proses ni sebab hampir nak habis tahun dah. SAYA takut tidak sempat ambil peperiksaan akhir tahun.Tolonglaa saya please

Salam
Ini bermakna jika tahun ini anda sepatutnya di ting 5. Jika anda berjaya menyediakan dokumen yg diperlukan, ppd boleh menerima anda. Aliran yg sesuai adalah aliran yg tiada kerja kursus memandangkn skrg sudah pun bulan Sept. Jika anda merayu untuk ke ting 4 barulah aliran yg sesuai spt seni.

Salam
Cikgu tidak pasti bagaimana proses rayuan semula di JPN Kedah. Ini krn di sekolah cikgu sendiri baru shj seorg murid yg layak dgn umur 17 berada di ting 5 walau tidak bersekolah hampir setahun setengah. Murid ini di daftarkan oleh setiausaha peperiksaan SPM dgm istilah calon lewat mendaftar dan mendaftar subjek teras shj untuk SPM.

Dalam kes anda, anda patut berkunjung semula ke JPN dan menyemak status anda. Jangan mengharapkan JPN untuk menghubungi anda semata mata. Masa berjalan dan tidak menunggu anda.

Sekarang saya berumur 17 thn.Saya nak daftar masuk tingkatan 5 pun x sempat dah sebab dah terlepas tarikh daftar.Saya diberhentikan sebab masalah kesihatan.Apa yang saya harus buat jika saya hendak masuk sekolah semula.Adakah saya perlu ke ppd?

Anak saya sekarang berumur 17 thn.Dia nak masuk semula ke sekolah.Apa yang saya patut buat?Saya harus pergi ke mana untuk buat rayuan masuk sekolah semula untuk anak saya?

Anak saya sekarang berumur 17 thn.Dia nak masuk semula ke sekolah.Apa yang saya patut buat?Saya harus pergi ke mana untuk buat rayuan masuk sekolah semula untuk anak saya?

Assalamualaikum saya mahu tanya. Bolehkah seorang pelajar masuk balik kesekolah dlm masa tempoh 2 bulan shaja. Pelajar ini amik spm pada tahun ini. Macam macam masalah yg dia hadapi. Sekarang pelajar nih amik spm persendirian tapi cara belajarnya tak dapat masuk sebab cikgu nya nak tanak ajarnya. Boleh ke masuk sekolah balik walaupun masa singkat macam ini?

Assalamualaikum cikgu...saya ingin membantu seorang rakan anak saya yg telah dibuang sekolah 2 bulan yg lepas. ibubapa pelajar tersebut pernah menerima surat penggantungan drpd pihak sekolah tetapi tidak pernah menerima surat buang sekolah. jika ibubapa membuat rayuan bersekolah semula, sempatkah dia menduduki peperiksaan PT3 yg tinggal sebulan lagi? terima kasih cikgu.

Salam Wik Mon dan seorang lagi tu yg tidak bernama yg menyatakan masalah yg hampir sama. Sila refer maklumbalas sy kpd pertanyaan sebelum ni ttg permasalahan sama yg dikemukakan. Semoga dpt membantu

Salam Hazlida

Murid ini jika membuat rayuan semula masih sempat mengambil ujian PT3. Namun perlu sy ingatkan ujian bertulis PT3 hanya untuk subjek tertentu manakala Sej dan Geog adalah berbentuk kerja kursus dlm masa yg ditetapkan. Ini bermakna ada subjek yg murid ini akan dapat result sbg tidak hadir jika dlm tempoh 2 bulan itu dia tidak pernah membuat kerja kursus.

Salam kuchai
Jika spm persendirian bermakna guru itu adalah guru persendirian. Saya tidak berapa jelas mengapa cikgu itu tidak mahu mengajarnya. Dia boleh bertukar guru dgn kelas tuisyen yg lain. Jika dia memohon ke sekolah menengah kebangsaan harian semula, guru tidak dapat memberikan tumpuan one to one seperti guru persendirian memandangkan murid yg ramai dalam satu kelas dan sekarang adalah masa untuk latih tubi dan ulangkaji. Bukannya masa untuk belajar bab bab baru.

Jika belum bersedia, lebih baik mengambil SPM pada tahun hadapan dari memaksa diri mengambil SPM pada tahun ini tetapi tiada persediaan. Pengalaman sy dgn murid murid yg masuk sek kembali dlm masa kurang 5 bulan dari SPM mendapati murid murid ini gagal dalam SPM kerana 8 subjek yg perlu dikuasai dlm masa 5 bulan bukanlah mudah. Kehadiran mereka ke sekolah juga tiada komitmen krn dalam musim ulangkaji dan latih tubi mereka semakin tertinggal.

Slmt ptng miss.tahun depan sy akan mmski tngktn 5 adakah sy msh blh berpindah ke sklh lain?

Saya En Rosli Mustafa dari Mastura International College. Kami mencari pelajar yang dibuang sekolah atau sudah tidak minat untuk bersekolah agar mengikuti kursus kemahiran kami

Berumur 15 tahun ke atas. Kursus yang kami tawarkan

1) Rangkaian Komputer Tahap 3 & 4 (Diploma Kemahiran Malaysia)
2) Juruelektrik Tahap 2 & 3 (Sijil Kemahiran Malaysia)

Kursus selama 2 tahun

Pembiayaan Pelajaran dari tabung PTPK

Elaun sara hidup sebanyak RM400 sebulan akan diberikan

Hostel disediakan.

Tempat adalah terhad. Cuma 30 pelajar sahaja setiap pengambilan.

Pengabilan berikutnya adalah pada Oktober 2017

Hubungi saya 019-3284926 (Rosli)

Assalamualaikum cikgu :) saya nak tanya . Bila boleh kembali ke sekolah selepas membuat rayuan ? Terima kasih 😊

Salam. Saya nak bertanyer. Mcm mana kalau kita nak
memohin duduk luar asrama dr kolej Vokasional. Ansk sya x tahan duduk diasrama.
Alasan musah terpengaruh bileh tlg advise

Salam , Saya Sekarang (2017) Umur 18 . Saya Berhenti Sekolah Pada Tingkatan 4 (2015) . Tahun Depan (2018) saya ingat nak re-take Tingkatan 5 . masih ada peluang ke cikgu ? Semasa Di Tingkatan 4 Saya Telah Di beri Aliran Sains Sosial Tanpa Seni . Saya Ambil PT3 Dan Masuk ke tingkatan 4 Selama 3 Bulan Sahaja . Tak pernah dapat surat amaran atau apa apa kerana saya berhenti Sebb Ingin Daftar Ke Kolej Kemahiran yg memerlukan surat berhenti sekolah bersama borang permohonan . walau bagaimana pun , kolej tersebut tercicir borang saya . dan saya tidak sekolah semula . saya nak re-take semula . tapi pada 2018 saya sudah 19 tahun . boleh ke ? dan bagaimana prosedur nya . terima kasih .

Salam
Selepas membuat rayuan dan menjalankan sesi kaunseling di pejabat pendidikan daerah, lebih kurang dalam tempoh 2 minggu untuk mendapatkan kelulusan.

Mengenai permohonan untuk duduk luar asrama dari kolej vokasional, puan boleh membuat rayuan dan menghubungi PK HEM untuk bertanya prosedur yg lebih jelas kerana kolej vokasional mempunyai prosedur yg berbeza

Memandangkan umur anda akan ke 19 anda cuba berbincang dgn pihak PPD. Ini kerana kohort umur ting 5 untuk umur 18 thn utk kes mengulang PT3 atau dari kelas peralihan atau pra. Dan umur anda melebihi kohort kelayakan ting 5.

Anda masih berpeluang mendaftar SPM sbg calon persendirian dan belajar di pusat tuisyen swasta. Sekiranya rayuan anda untuk ke ting 5 sek men harian biasa tidak dapat dipertimbangkan.
Semoga dipermudahkan urusan anda

Assalamualaikum puan,
Saya dri tingkatan 2 ingin bertanya.. kehadiran saya agak kurang memberangsangkan... kehadiran sy semasa tingkatan 2 melebihi 30 /ketidakhadiran... jadi saya ingin bertanya..Adakah saya akan dibuang sekolah?

Assalamualaikum puan,sy dri tingkatan 2 ingin bertanya soal kehadiran saya .. kehadiran sy jumlah pada tahun ini melebihi 30..adakah saya akan dibuang skolah?

Assalamualaikum min, saya pelajar lepasan Spm dan saya telah dibuang sekolah sebulan sebelum Spm kerana masalah kehadiran. Soalan saya dapatkah saya atau layakkah saya memohon/mendapat tawaran oe tingkatan 6? Saya menghadapi masalah dengan pelajar lain (masalah kesefahaman/masalah menghormati satu samalain) dan di sebabkan masalah itu saya enggan ke sekolah. Saya harap min dapat menjawab masalah yg bermarmain difikiran sya ini, sekian terimakasih.

Salam
Bagi ketidakhadiran ke sekolah melebihi 30 hari secara berkala belum dibuang sekolah lagi namun jika berterusan boleh dibuang sekolah.

Salam
Anda boleh memohon ke ting 6 walauoun pernah mempunyai rekod dibuang sekolah. Keputusan spm anda akan dilihat untuk menentukan anda layak atau tidak menyambung pengajian ke ting 6.

Salam cikgu,

Anak saya dibuang sekolah setelah diberi surat amaran. Dia dikategorikan pelajar bermasalah. Setalah membuat rayuan di PPD, anak saya ditempatkan kembali ke sekolah yg sama. Tetapi, pada hari petama persekolahan, Pengetua tidak menerima kehadiran dia di sekolah itu. Apa yg perlu saya buat?? Saya berharap anak saya akan berubah setelah diberi peluang ini. Tetapi tindakan pengetua, membuatkan saya dan anak berasa putus asa.

Assalamualaikum puan kaunselor,
Adakah ketidakhadiran murid berkeperkuan khas (MBK aliran PPKI) mempengaruhi / kesan buruk peratusan kehadiran keseluruhan sekolah?
Bolehkah MBK juga turut dikenakan peraturan dibuang sekolah sebab ketidakhadiran yg sama seperti murid aliran perdana yg lain?

Salam kny
Maaf baru dapat respon soalan anda krn saya tidak perasan mengenai pertanyaan ini.

Jika pengetua tidak menerima kemasukan anak ke sekolah asal kembali, puan boleh merayu untuk sekolah lain yg berhampiran. Walaupun anak puan masih ingin bersekolah di sekolah asal dan berjanji akan berubah, pengetua mempunyai sebabnya tersendiri untuk tidak menerima kemasukan semula anak tersebut. Dalam hal ini, puan sudah buat yg terbaik untuk menyekolahkan semula anak. Tetapi dari menunggu ketidakpastian dan hati anak pun sudah tawar, lebih baik berubah persekitaran. Semoga dipermudahkan

Salam As- Salam
Ketidakhadiran murid PPKI akan menjejaskan peratus kehadiran murid di sekolah tersebut. Oleh krn itu strategi peningkatan peratus disasarkan kpd murid normal agar dapat membantu penurunan peratus kehadiran murid yg tidak ketara. Namun jika penurunan peratus kehadiran murid disumbangkan semata mata oleh murid PPKI , maka konsultasi dgn ibu bapa PPKI boleh dijalankan. Murid murid PPKI ini jika tidak hadir ke sekolah walau berapa lama sekalipun tetapi mempunyai surat dari doktor, surat dari ibu bapa maka mereka tidak hadir bersebab dan bukannya ponteng untuk dibuang sekolah. Begitu juga di sekolah harian biasa, murid pemegang kad OKU atau masalah pembelajaran atau masalah kesihatan mental jika ketidakhadiran ke sekolah terlalu kerap, tetapi tiada tindakan buang sekolah krn ketidakhadiran yg bersebab.

Saya nak Tanya adakah alasan Mula Mula nak berhenti sekolah Dan kembali, stress terhadap tugasan yang diberi Dan takut dimarah oleh guru di kira ponteng walaupun seseorang berahsia daripada rakan Dan guru guru

Salam
Apa sahaja perkara yg menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yg munasabah, malah ibu bapa sendiri tidak dapar memberikan alasan yg boleh diterima seperti sakit, kecemasan, urusan keluarga boleh dianggap ponteng. Jika ibu bapa sendiri tidak tahu kenapa anak tidak hadir ke sekolah dlm jangka masa yg boleh dikeluarkan surat amaran juga dianngap ponteng. Jika murid tidak hadir krn tidak menyiapkn tugasan yg diberi oleh guru dan bimbang dimarahi guru juga adalah satu perbuatan ponteng. Ini kerana kerja rumah merupakan aktiviti yg perlu dipatuhi oleh murid dan mengelakkan diri dari menerima risiko akibat tidak menyiapkan kerja adalah perbuatan ponteng.

salam cikgu ..olehkah saya ambil sijil berhenti sekolah...saya dah umur 19 dah dua kali dibuang sekolah dan dibuang di dua sekolah yang berbeza ....dimanakah sekolah yang boleh saya ambil sijil berhenti sekolah...saya dibuang kerana ponteng sekolah..surat dibuang sekolah masih ada lagi...saya ingin mengambil sijil berhenti sekolah sahaja untuk pekerjaan..bolehkah murid yang dibuang sekolah mengambil sijil sahaja..

Aslm puan , bagaimana jika seorang pelajar itu dibuang sekolah akibat masalah kehadiran ? adakah pelajar tersebut boleh mengambil sijil berhenti sekolah dan masuk ke sekolah kemahiran ?

Salam Mohd Firdaus
Sijil berhenti sekolah krn dibuang sekolah tidak dikeluarkan. Dalam sijil berhenti ada 3 komponen penting yg bakal majikan ingin tahu
1) peringkat ting berapakah anda bersekolah. Adakah peringkat sek rendah atau menengah.
2) Testimonial sewaktu anda bersekolah adakah rajin hdir dgn melihat jumlah kedatangan anda ke sekolah, adakah kelakuan anda baik dgn melihat ulasan kelakuan anda pada sijil tersebut
3) mengapa berhenti sekolah?
Tamat ting 5
Tamat ting 3 dan ingin memasuki kolej kemahiran
Belajar sendiri di rumah

Maka ulasan sijil berhenti sekolah anda jika ditulis adalah seperti berikut
1) peringkat ting 4
2) jumlah kehadiran 20/ 90 hari. Menunjukkan 70 hari tak hadir hingga dibuang sekolah. Dan menunjukkan juga yg bhgn kelakuan cikgu terpaksa letak C atau D. Sbb A terbaik. B ialah baik. Maka yg wajar ialah C atau D. iaitu sederhana
3) berhenti sekolah krn dibuang sekolah
Jelaslah sijil tamat sekolah tidak diberikan kpd murid yg dibuang sekolah kerana testimoni yg sedemikian tidak membantu murid pun sbg dokumen sokongan.

Oleh itu lebih baik memohon berhenti sekolah untuk mengikuti kursus kemahiran krn testimoni guru lebih baik ulasannya iaitu sijil berhenti sekolah meletakkan sbb berhenti krn menyambung pelajaran peringkat kolej kemahiran. Kehadiran pun masih tidak byk terjejas seperti 70/ 90 krn berhenti bulan April cthnya. Kelakuan diletakkan antara B.

Murid dibuang sekolah hanya menunjukkan borang atau surat dibuang sekolah yg menjadi dokumen murid ini tidak bersekolah yg menyebabkan dia boleh memohon ke pusat kemahiran luar dalam umur 15 ke atas. Jika tidak dibuang, barulah murid memohon sijil berhenti sekolah

assalammualaikum saya nak tanya, kalau anak saudara saya dpt surat amaran terakhir untuk dibuang sekolah, apa yang patut ibunya lakukan ya? boleh bagi pencerahan. terima kasih

Jika mendapat surat amaran terakhir, ia menunjukkan bahawa selepas ini murid ini akan dibuang jika masih tidak hadir ke sekolah. Tetapi ada jumlah kiraan yang berbeza untuk bilangan hari berterusan ponteng dan ponteng berkala selepas amaran kedua dikeluarkan. Namun jika ibu bapa yakin yang sukar untuk memujuk anak kembali ke sekolah, lebih baik murid ini diberhentikan secara sukarela dan mendapat surat berhenti sekolah dengan alasan belajar di luar, mengikuti kelas kemahiran dan sebagainya. Namun andaikata murid ini terbuka hati bersekolah semula, dia boleh datang bersama ibu atau bapa memohon masuk kembali ke sekolah di PPD.

Saya nk tanya... Anak sy telah dibuang sekolah disebabkan kehadiran... Dia sering sakit,tetapi disebabkan terlalu lama tidak hadir menyebabkan dia dibuang sekolah... Anak sy merupakan antara yang cerdik disekolah, walaupun sering tidak hadir dia selalu mendapat yang baik dalam peperiksaan... Dia selalu berada dalam kalangan top 10 dalam tingkatan.... Jadi dia ingin mengambil spm yang telah didaftarkan pada bulan Mac lalu... Bolehkah Anak saya mengambil peperiksaan tersebut walaupun tidak kembali ke sekolah... Kerana rakan2nya seeing mengejek mengatakan Anak sy malas bersekolah sedangkan Anak saya sakit...

Salam puan,
Dari maklumat yg puan berikan dia dibuang sekolah selepas bulan Mac dan telah mendaftarkan untuk SPM. Perkara penting yg puan perlu follow up adalah adakah dia telah menduduki lisan BM dan oral BI yg merupakan syarat wajib lulus.

Walaupun dia telah dibuang, tetapi dia telah mendaftar SPM maka dia layak untuk menduduki SPM Nov nanti. Sblm peperiksaan SPM, minta anak ke sekolah tersebut untuk mengambil slip peperiksaan dan menentukan kedudukan tempat duduknya. Boleh berurusan dgn setuausaha peperiksaan SPM sekolah itu.
Namun perlu diingatkan jika murid mengambil subjek elektif yg mempunyai kerja kursus dan anak puan tidak menyiapkan kerja kursus subjek elektif tersebut automatik keputusan juga akan terjejas untuk SPM nanti kerana kerja projek merupakan penyumbang kpd mata dlm peperiksaan SPM.
Oleh itu, walaupun tidak menyambung pelajaran pupuk minat anak untuk belajar juga di runah atau menghadiri tuisyen. Dan jika ada projek bagi subjek elektif, boleh hubungi guru subjek untuk berbincang kedudukan anak puan. Semoga penerangan saya ini memberi pencerahan kpd puan.

Trima kasih at as penerangan Anak sy ambil aliran saints tulen... Jika dia tidal bersekolah tetapi result spm dia ok beri kesan tak untuk Anak sy sambung belajar?

Salam puan

Murid yang tidak bersekolah tetapi mengambil SPM dan mendapat keputusan yang baik boleh melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian swasta kerana jika memohon institusi pengajian awam merit diambil untuk markah PAJSK atau kokurikulum sebanyak 10% yang menjejaskan kemasukan murid ini ke institusi pengajian awam.

Walaupun murid dibuang sekolah, puan perlu mendapatkan sijil berhenti sekolah untuk kegunaan di kemudian hari iaitu bukti dia bersekolah sehingga peringkat tingkatan berapa. Ini kerana sewaktu memohon pekerjaan nanti, ada majikan yang inginkan sijil berhenti sekolah untuk melihat pada tahap manakah murid ini dan testimonial dari guru.

Assalamualikum ...
Saya nak tanya adik saya sudah berhnti sekolah sejak awal tahun lagi . Dam kami tidak maklumkan apa apa pada cikgu di sekolah nya . Sekarang ada say susadah ad di tahfiz swasta . Perlukah adik
Saya pegi ambil surat berhenti sekolah di sek lamanya?

Assalamualikum ...
Saya nak tanya adik saya sudah berhnti sekolah sejak awal tahun lagi . Dam kami tidak maklumkan apa apa pada cikgu di sekolah nya . Sekarang ada say susadah ad di tahfiz swasta . Perlukah adik
Saya pegi ambil surat berhenti sekolah di sek lamanya?

Salam
Sepatutnya anda memaklumkan kpd pihak sekolah krn nama murid tersebut masih dalam sistem. Jika murid yg tidak hadir tanpa sebab akan diberikan surat amaran hingga surat dibuang sekolah jika guru masih tidak dapat menghubungi ibu bapa. Namun jika guru mendapat surat pengesahan atau lisan dari ibu bapa yg anaknya berpindah, barulah tiada surat amaran dan nama dikeluarkan dari sistem.

Ya adik anda masih perlu mengambil surat berhenti sekolah. Ini krn ada juga murid dari sek tahfiz yg tidak menghabiskan pelajaran hingga tamat dan memohon semula ke sekolah kerajaan. Begitu juga murid yg ingin ke kolej swasta atau pun giat mara tapi masih dlm umur persekolahan perlu memdapat sijil berhenti sekolah dahulu. Ini kerana sijil berhenti sekolah kerajaan mempunyai nilai antara dokumen yg diperlukan sewaktu berurusan di kemudian hari.

salam puan , anak saya baru bersekolah di kolej vokasional pada tahun 2018 (16 tahun) dan ingin berhenti pada semesta 1.

soalan saya:
1.bolehkan dia bersekolah di sekolah harian asalnya setelah berhenti?

2.bolehkan dia berhenti dan bersekolah semula di sekolah hariannya pada tahun 2019?

Salam puan,
1. dia boleh mmebuat permohonan bersekolah semula di sekolah hariannya melalui permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah setelah berhenti di kolej vokasional.

2. perlu membuat permohonan kepada pihak kolej vokasional untuk dipertimbangkan dan berjumpa dengan guru kaunseling di kolej vokasional untuk sesi kaunseling. jika sudah mendapat hitam putih berhenti dari kolej vokasional baru boleh memohon bersekolah semula. Sekolah menengah kerajaan mengikut kohort umur ini bermakna jika dia memasuki sekolah pada tahun 2019, dia akan diletakkan di ting 5.

Assalam, saya nak tanya. Saya ni pelajar yang dibuang akibat kes bergaduh dan masalah disiplin lain seperti ponteng kelas dan datang lewat ke sekolah. Adakah saya masih lagi boleh buat rayuan untuk bersekolah semula di sekolah yang sama?

Assalam, saya nak tanya. Saya ni pelajar yang dibuang akibat kes bergaduh dan masalah disiplin lain seperti ponteng kelas dan datang lewat ke sekolah. Adakah saya masih lagi boleh buat rayuan untuk bersekolah semula di sekolah yang sama?

sekiranya dh dibuang sekolah pada tgkn 4 dan telah membuat rayuan sekolah smula pda tgkatan 5 kemudian pda tgkn 5 dibuang sekali lagi..boleh ke ambil spm ?...

assla sy nk tnya sekiranya pelajar itu dh dibuang sekolah pada bulan august 2017 ( tgktan 4) ..kemudian membuat rayuan sekolah smula pda tgktn 5(2018)..kemudian dibuang sekali lagi dan tak sempat buat kerja khusus...bole ke dia ambil spm pda thun (2018) dan terjejas atau tidak result spm dia???....sekiranya bole ambil spm dan result nya bgus ..layak ke untuk Smbung bljar???.

Assalamualaikum cikgu.

Anak saya berumur 14 tahun sekarang. tetapi telah tidak bersekolah sejak darjah 6 lagi. Saya ada bagi dia buat Dass test. resultnya anxiety (teruk). untuk stress dan depression (normal). Saya ada jumpa pakar di hkl dan doktor bagitau dia kemurungan. Rawatan yang diberikan cuma memberi ubat anti depress. Saya tidak teruskan rawatan tersebut kerana tidak mahu dia terus menerus bergantung pada ubat.

Apa yang saya harus lakukan sekarang kerana bila saya bercadang untuk daftarkan dia sekolah, dia terus bagitau saya dia memang tidak minat untuk bersekolah. Puas saya memujuknya dan jawapannya tetap sama tak nak sekolah.
Saya buntu memikirkan untuk masa hadapan dia. Saya berharap cikgu dapat memberi pandangan dan nasihat untuk saya jadikan panduan dalam menangani situasi anak saya.

Salam
Kes ponteng dan lewat masih lagi boleh memohon bersekolah di sekolah yg sama.

Salam
Bagi kes bergaduh adalah kes kesalahan disiplin yg serius dan tahap untuk diterima dan disokong oleh pengetua untuk ditempatkan di sekolah yg sama adalah bergantung pada kes. Semakin serius kes hingga melibatkan kecederaan fizikal semakin tipis untuk ditempatkan semula ke sekolah lama

Salam
Kementerian Pendidikan tidak pernah menghalang calon SPM dari mengambil peperiksaan SPM. Samaada anda masih calon sekolah atau memohon sbg calon persendirian walaupun dibuang sekolah.

Salam
Jika anda merayu semula di ting 5 dan dibuang sekolah kembali di ting 5 dan tidak sempat membuat kerja kursus ia akan menjejaskan keputusan anda. Ibarat walau ujian teori anda cemerlang tetapi tidak membuat kerja kursus maka tetap gagal. Ada subjek elektif yg memerlukan jumlah jam tertentu untuk pentaksiran amali dan jika tidak mencapai jumlah jam tersebut dikira gagal.

Istilah gagal untuk subjek kerja kursus itu sahaja dan bukan gagal spm. Masoh lagi anda berpeluang menyambung pengajian di kolej atau institusi kemahiran malahan IPTA dan IPTS jika result keseluruhan SPM mencapai tahap kemasukan kursus tertentu untuk menyambung pelajaran.

Salam puan Nor
Berdasarkan kpd kes anak puan, murid anxiety tinggi mmg ada kes yg berkaitan dgn sekolah dan 3 tahun tidak bersekolah dan tidak berada dalam sosialisasi komunikasi kawan kawan yg formal menyebabkan anxiety makin tinggi apabila dipaksa ke sekolah semula.
Jika dia tidak bersedia untuk ke sekolah puan boleh menghantar guru untuk mengajarnya atau dipanggil home schooling dan mendaftarkannya sbg calon SPM persendirian.
Puan boleh sentiasa berkomunikasi dgnnya dan dalam masa yg sama meminta sesiapa ahli keluarga sebelah ibu atau ayahnya untuk berkomunikasi dgnnya untuk mengajaknya keluar sekali sekala.
Atau jika ada kawan yg masih baik dgnnya untuk selalu bertandang ke rumah memberikan semangat untuk bersama sama ke sekolah. Mungkin tidak dlm masa terdekat tetapi lama kelamaan dia akan terdorong untuk ke sekolah. Namun jika dia masih mengasing diri dan tidak mahu ke sekolah, jalan terbaik memanggul guru ke rumah. Banyak tutor persendirian yg boleh dihubungi.

Salam,saya baru-baru ini dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah sudah lama tanpa alasan.bolehkah saya sekolah kembali sebab tahun hadapan saya menduduki spm saya ingin kesekolah kembali.

Salam adik sedara saya tahun ini ambil spm .. Tidak pernah tak hadir ke sekolah tetapi lewat 2 kali sahaja dan dikenakan surat amaran 1 oleh pihak sekolah. Dia risau kerana dia budak kelas sains .. Adakah kerana surat amaran 1 dan kes kecilnya iaitu lewat datang ke sekolah ni akan membuatkan Dia sukar untuk Diterima sambung belajar ke mana² upu atau matrik atau kolej ?? Ada beri kesan ke walaupun keputusannya okay memuaskan ??

Salam adik sedara saya tahun ini ambil spm .. Tidak pernah tak hadir ke sekolah tetapi lewat 2 kali sahaja dan dikenakan surat amaran 1 oleh pihak sekolah. Dia risau kerana dia budak kelas sains .. Adakah kerana surat amaran 1 dan kes kecilnya iaitu lewat datang ke sekolah ni akan membuatkan Dia sukar untuk Diterima sambung belajar ke mana² upu atau matrik atau kolej ?? Ada beri kesan ke walaupun keputusannya okay memuaskan ??

Salam Hayzas
Anda boleh memohon masuk sekolah semula tahun hadapan

tahun ini buln 9 sye dlm proceed buang sekolah ...kalau sye tidak mengambil spm boleyh kah sye sambung belajar atau berkerja

Saya nak tanya puan dapatkah pelajar yang diberhentikan sekolah semasa spm hendak dekat seperti 2 bulan lagi..pelajar tersebut sudah menghantar borang pencalonan spm dan sudah didaftarkan sebagai calon spm.

Saya nak tanya puan dapatkah pelajar yang diberhentikan sekolah semasa spm hendak dekat seperti 2 bulan lagi..pelajar tersebut sudah menghantar borang pencalonan spm dan sudah didaftarkan sebagai calon spm.

Salam
Jika anda tidak meneruskan SPM, anda boleh sambung belajar kursus kemahiran kerana kelayakan belajar tamat ting 3 atau tamat darjah 6. Namun untuk ke kursus kemahiran hingga tahap 4 setaraf diploma majoriti pusat kemahiran memerlukan kelayakan SPM. Anda juga boleh bekerja tetapi pekerjaan tanpa SPM adalah terhad.

Salam
Walaupun SPM lagi dua bulan, tetapi kehadiran ke sekolah dan menduduki SPM adalah dua perkara berbeza. Ketidakhadiran akan menyebabkan dibuang ke sekolah dan menjejaskan sijil berhenti sekolah kerana anda tamat ting 5 tanpa sijil berhenti sebaliknya surat buang sekolah. Namun ia bukanlah halangan untuk menduduki SPM mengikut jadual waktu yg telah ditetapkan

Assalamualaikum puan,saya baru saja dibuang sekolah disebabkan selalu tidak hadir ke sekolah dan saya ada maksalah keluarga.Apakah tindakan yg saya perlu buat selepas ini ,saya perlu pergi kemana selepas ni untuk memohon sekolah semula dan cara untuk memohon balik ke sekolah sebab saya tidak mahu terlepas dalam ujian akhir tahun nt puan,kalau boleh saya mahu kembali ke sekolah semula pada tahu ni .

Tolong beri perjelasan puan ,Terima kasih


SELAMAT SEJATHERA

Apabila saya kita menghabiskan sekolah boleh tak menulis SPM pada subjek yang saya ambil.Dengan hormatnya saya minta nombor telefon kamu.Harap balas pada saya dengan segere.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Salam Farhan
Kamu perlu mengambil suratrayuan sekolah semula. Lengkapkan borang tersebut dan menghadapi saksi bagi pihak keluarga kamu seperti imam masjid/ketua kampung atau majikan ibubapa kamu. Setelah dilengkapkan , anda boleh ke sekolah untuk meminta sokongan pengetua. Kemudian ke PPD berhampiran bersama ibu bapa untuk proses rayuan bersekolah semula.Anda perlu memakai baju sekolah yang lengkap.

Salam Lina Sp
Cikgu kurang faham mengenai pertanyaan anda. Anda boleh email kepada cikgu nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

Adakah kalau tidak ada sijil berhenti sekolah boleh belajar ke collage

Jika anda ingin mengikuti sesuatu kursus kemahiran pada usia 16 thn ada kolej kemahiran memerlukan sijil berhenti sekolah sbg bukti anda tamat belajar formal pada usia tertentu.
Tetapi jika anda ada sijil SPM persendirian tiada madalah untuk ke kolej selepas SPM cuma ada sektir pejerjaan nanti yg memerlukan sijil berhenti sekolah dan testimoni anda di sekolah menengah. Disinilah masalahnya kerana anda tiada sijil berhenti dan testimoni yg menjejaskan urusan permohonan sesuatu kerja.

assalam cikgu.. Saya berumur 19(2019)..boleh ke daya memohon semula untuk bersekolah di tingkatan untuk ambik spm? saya berhenti belajar ditingkatan 4 kerana masuk aliran kemahiran swasta..dan dah ade Diploma kemahiran...tapi disebabkan syarat wajib ke universiti awam dan swasta memerlukan Spm atau O level.. Bolehkah sye memohon untuk masuk ke sekolah kerajaan untuk belajar semula mengikuti aliran teras sahaja untuk ambil spm? memandangkan yuran homeschool atau tuisyen mungkin tak membantu sebab tiada markah kokurikulm...Sangat2 memerlukan jawapan sebab niat hati nak kejar smula cita2

Salam
KPM mengikut kohort umur untuk masuk ke sekolah semula. Tetapi ada sahaja kes yg masuk ketika berumur 19 thn di ting 5. Tetapi suka untuk cikgu ingatkan bahawa peraturan masih tertakluk kepada sekolah. Anda perlu mengikuti kokutikulum, mengikuti semua subjej elektif dlm kelas tersebut tanpa lonteng kelas kerana tiada sekolah yg mengajar untuk teras sahaja. Semua kelas mempunyai aliran elektif yg perlu dipelajari oleh murid. Cuma sewaktu pendaftaran SPM anda boleh memohon utk mendafyar subjek teras sahaja. Apa yg berlaku kpd murid rayuan semula ialah mereka suka suka mengikuti apa yg mereka suka sahaja dan tidak hadir sibjek yg mereka tidak mahu ambil. Jadi ponteng sekolah hingga mengakibatkan dibuang sekolah. Berbeza dgn pusat tuisyen anda belajar apa yg anda ingin belajar sahaja dan tidak perlu datang belajar subjek yg anda tidak daftar. Oleh itu jika anda nekad ke sek kerajaan pastikan ia seiribg dgn disiplin anda.

jadi boleh lah umur 19 masuk semula sekolah tingkatan 5..cume eprlu mengikuti koko dan segala yang peraturan sklh mcn biase...boleh cikgu terangkan tak macam mane proses tu?

Kamu perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah. Kenalpasti sekolah yg ingin kamu daftar tu berada dalam daerah mana. Isi borang permohonan bersekolah semula dan dengar taklimat dari pegawai PPD mengenai borang borang yg perlu dilengkapkan semasa permohonan tersebut. Datang bersama ibu bapa atau penjaga.

Salam cikgu, anda adalah seorang yang berhati mulia kerana tidak melabel, sebaliknya membantu anak anak yang pernah bermasalah kerana kelalaian sendiri atau desakan hidup. Anak2 sekarang hidup dalam persekitaran yang sangat mencabar dan tidak ramai orang berhati mulia seperti cikgu yang membantu memberi nasihat dan bimbingan. Semoga Allah membalas setiap jasa dan tunjuk ajar cikgu, dan semoga lebih ramai guru2 yang membantu tanpa melabel.

Salam Rosmiza

Benar anak -anak zaman sekarang sangat mencabar kehidupannya. Semoga mereka survive persekolahan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Salam cikgu..saya pelajar tingkatan 5 nak tanya kalau saya nak sijil berhenti sekolah kena buat macam mana nya??? Sebab saya ni bukan warganegara tapi sekolah kerajaan sekarang ni saya mahu berhenti sekolah sebab nak balik negara asal tapi ibubapa saya suruh saya ambik surat berhenti sekolah sendiri ..boleh ke saya berhenti sekolah sendiri ...macam mana cara nak buat?? Nak kena sediakan apa?? Untuk dapat kan sijil berhenti sekolah???

Salam puan, boleh tak ank2 dari sekolah KV yg gagal utk masuk semula ke sekolah harian untuk ulang tingkatan 5.?

Salam
Bagi murid bukan warganegara, yang ingin berhenti sekolah di bawah KPM kerana ingin kembali ke negara asal, anda perlu menulis surat kepada pengetua dan memberikan alasan yang munasabah kenapa anda perlu berhenti sekolah. Pengetua akan meneliti permohonan anda dan mengarahkan guru kelas mengeluarkan sijil berhenti sekolah. Ada sekolah pihak pejabat sekolah yang menyediakan sijil berhenti sekolah tersebut. Sijil ini akan mengesahkan di tahap mana anda belajar sekarang untuk rujukan kepada sekolah di negara anda nanti. Maaf lewat menjawab kerana baru perasan soalan ini ditanya dari April lagi rupanya.

Salam
KPM meluluskan permohonan mengikut kohort umur. Ini bermakna jika murid itu keluar dari KV dalam umur masih 17 tahun maka dia boleh dipertimbangkan untuk masuk ke sekolah harian biasa dalam tingkatan 5 jika dokumen dokumen yang diperlukan dipatuhi. Ini kerana sewaktu murid ini menerima kemasukan ke KV, murid ini telah menerima sijil berhenti sekolah di sekolah menengah harian biasa. Namun jika murid ini gagal masuk semula ke sekolah harian, dia boleh mengambil SPM dan belajar persendrian di pusat tuisyen. Peperiksaan SPM dengan status calon persendirian. Sila peka dengan iklan permohonan SPM setiap kali 1 Mac tahun semasa kerana ketika ini pendaftaran ulangan atau persendirian sedang dibuka untuk menduduki SPM tahun semasa.

Assalamualaikum ckg...saya nak tanya bolehkah saya yg mengambil semula spm semasa usia 20 tahun kemudian masuk universiti tanpa sijil berhenti sekolah kerana pada usia saya 17 tahun saya tidak mengambil spm atas sebab tertentu

Asalam sye tahun ni FORM 5 saya dibuang pada bulan 10 kerana kes kehadiran tetapi sye telah mendaftar spm dan telah mendaftar borang sijil berhenti sekolah.Adakah sye boleh dtg sekolah atau hanya boleh dtg pada hari spm ?

Asalam sye pelajar FORM 5 telah dibuang sekolah pada 3 minggu sebelum spm kerana kes ketidakhadiran tetapi sye telah mendaftar spm dan telah mengisi borang sijil berhenti sekolah. Di sebabkan lagi 3 minggu nk spm bolehkah dtg sekolah mcm biasa atau perlu hadir pada hari spm sahaja? Adakah saya dapat sijil berhenti sekolah?

Salam
Jika anda telah dibuang sekolah, anda tidak layak mendapat sijil berhenti sekolah. Anda tidak perlu datang ke sekolah kerana kehadiran murid sudah tidak diambilkira dan dbuang datanya sebagai murid dalam APDM sekolah. Namun anda layak menduduki SPM kerana anda telah mendaftar SPM dan hadir sewaktu paper yang anda daftarkan dalam slip SPM tersebut

Bagi soalan ini

'Assalamualaikum ckg...saya nak tanya bolehkah saya yg mengambil semula spm semasa usia 20 tahun kemudian masuk universiti tanpa sijil berhenti sekolah kerana pada usia saya 17 tahun saya tidak mengambil spm atas sebab tertentu' maaf cikgu tidak perasan dan lewat menjawab.

Anda boleh menduduki SPM dan layak masuk universiti menggunakan sijil SPM tersebut . Namun anda harus meneliti syarat kelayakan sesuatu kursus yang jelas akan memberikan syarat had umur. Contohnya pengambilan UPU untuk tahun semasa mempunyai had umur kemasukan. Oleh itu anda boleh gunakan saluran lain seperti kursus part time, PJJ atau kursus penuh tetapi rujuk cara masuk dengan IPTA tersebut. Bagi swasta tiada masalah anda boleh memohon

Assalamualaikum, cikgu.
Saya ingin bertany jika dibuang sekolah dua kali pada dua tahun berbeza, yang kedua pada tahun SPM. Boleh lagi ke manduduki SPM setelah didaftar tetapi dibuang selepas itu?

Anda boleh menduduki SPM kerana anda telah mendaftar dan memperolehi nombor giliran. Anda cuma dibuang sekolah kerana masalah disiplin yang menyebabkan anda tidak dapat menerima sijil berhenti sekolah tamat tingkatan 5. Anda boleh menduduki SPM dan hadir mengikut kertas peperiksaan yang anda daftarkan

Assalamualaikum.Saya inginkan sedikit pencerahan,saya berusia 16 tahun dan seharusnya mengambil spm pada tahun hadapan.Namun saya sudah lama berhenti sekolah (ting 2).Saya bukanlah pelajar yg lemah kerana dulu saya menempati kelas KRK dan selalu berada di top 10(kedudukan dalam ting).Tapi satu kelemahan saya yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk diberhentikan sekolah ( ponteng berturut2),adalah kerana masalah komunikasi.Saya SANGAT susah untuk bercakap dgn pelajar lain.Saya rasa cemas bila cikgu panggil nama saya dalam kelas ( biasanya utk baca teks atau jwb soalan),saya takut dipandang oleh pelajar lain.Dan saya selalu berfikir yang mereka tak sukakan saya (delusi).Jika ada sahaja projek berkumpulan,saya akan ponteng.Kerana hanya saya seorang saja tidak diajak masuk ke mana2 kumpulan.Mereka rasa janggal dgn saya dan juga sebaliknya.Selepas berhenti sekolah,sya mula belajar di rumah dgn hanya berbekalkan buku2 dari kedai buku.Saya memasang niat untuk sambung sekolah semula di ting 5 (utk mengambil SPM).Persoalannya; saya sgt minat dgn subject sains dan math (kedua2 subject itu saya kuasai dari sekolah rendah lagi).Apakah ada kesempatan untuk sya memasuki kelas aliran sains jikalau permohonan untuk bersekolah semula sya diluluskan?. Sy belajar subject sains sama seperti yg dipelajari ting 4 (addmath,fizik,bio,kimia) namun tanpa seorangpun guru.Dan saya yakin boleh bawa keempat subjek2 itu tetapi jika bab eksperimen,sy hanya mampu lihat dari youtube.Maaf kalau panjang sgt.Trms.

Assalamualaikum.Saya inginkan sedikit pencerahan,saya berusia 16 tahun dan seharusnya mengambil spm pada tahun hadapan.Namun saya sudah lama berhenti sekolah (ting 2).Saya bukanlah pelajar yg lemah kerana dulu saya menempati kelas KRK dan selalu berada di top 10(kedudukan dalam ting).Tapi satu kelemahan saya yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk diberhentikan sekolah ( ponteng berturut2),adalah kerana masalah komunikasi.Saya SANGAT susah untuk bercakap dgn pelajar lain.Saya rasa cemas bila cikgu panggil nama saya dalam kelas ( biasanya utk baca teks atau jwb soalan),saya takut dipandang oleh pelajar lain.Dan saya selalu berfikir yang mereka tak sukakan saya (delusi).Jika ada sahaja projek berkumpulan,saya akan ponteng.Kerana hanya saya seorang saja tidak diajak masuk ke mana2 kumpulan.Mereka rasa janggal dgn saya dan juga sebaliknya.Selepas berhenti sekolah,sya mula belajar di rumah dgn hanya berbekalkan buku2 dari kedai buku.Saya memasang niat untuk sambung sekolah semula di ting 5 (utk mengambil SPM).Persoalannya; saya sgt minat dgn subject sains dan math (kedua2 subject itu saya kuasai dari sekolah rendah lagi).Apakah ada kesempatan untuk sya memasuki kelas aliran sains jikalau permohonan untuk bersekolah semula sya diluluskan?. Sy belajar subject sains sama seperti yg dipelajari ting 4 (addmath,fizik,bio,kimia) namun tanpa seorangpun guru.Dan saya yakin boleh bawa keempat subjek2 itu tetapi jika bab eksperimen,sy hanya mampu lihat dari youtube.Maaf kalau panjang sgt.Trms.

Asalam Cikgu
Sye ingin bertanya jika tidak dapat sijil berhenti sekolah tetapi ade sijil spm klau mahu bekerja atau apply kerja susah ke senang ?
Dan jenis pekerjaan apekah yg boleh jika tiada sijil berhenti sekolah?
Adakah sijil berhenti sekolah juga penting untuk apply kerja atau untuk sambung belajar?

Asalam Cikgu
Sye ingin bertanya jika tiada sijil berhenti sekolah tetapi ada sijil spm sahaja kalau nk kerja atau apply kerja susah ke senang dan klau nak sambung belajar ke u atau selainnya boleh ke tidak ? Dan tempat belajar mana yg bole terima?
Jenis pelerjaan ape yang boleh kalau tiada sijil berhenti sekolah?
Saya dibuang sekola sebulan sbelom spm tetapi sye telah buat dan telah siap kerja khusus subjek perniagaan,seni dan prinsip perakaunan. Selepas saya dibuang sekolah adakah markah kerja khusus diterima atau tidak ?

Asalam Cikgu
Sye ingin bertanya jika tiada sijil berhenti sekolah tetapi ada sijil spm sahaja kalau nk kerja atau apply kerja susah ke senang dan klau nak sambung belajar ke u atau selainnya boleh ke tidak ? Dan tempat belajar mana yg bole terima?
Jenis pelerjaan ape yang boleh kalau tiada sijil berhenti sekolah?
Saya dibuang sekola sebulan sbelom spm tetapi sye telah buat dan telah siap kerja khusus subjek perniagaan,seni dan prinsip perakaunan. Selepas saya dibuang sekolah adakah markah kerja khusus diterima atau tidak ?

Salam Nana
Anda masih boleh memohon untuk masuk semula ke sekolah dan ditempatkan di ting 5. Cuma aliran sains adalah aliran yang berat memandangkan anda sudah tidak bersekolah secara formal hampir dua tahun dan tidak mempnyai PT3 sebagai petunjuk untuk kemasukan ke aliran yang bersesuaian dengan kebolehan akadmeik anda. Result di menengah rendah bukanlah petunjuk yang baik untuk kemasukan anda ke aliran sains. Namun anda boleh berbincang dengan sekolah baru anda nanti. Dari cerita anda, cikgu mendapati MUNGKIN anda mempunyai anxiety yang tinggi. Jika anda masih lagi tidak dapat menangani masalah anxiety itu, ia akan berulang di ting 5 nanti sedangkan banyak perkara perlu dibincangkan bersama guru anda.

Atau alternatif kedua ialah, Anda boleh mendaftar sebagai calon persendirian pada bulan Mac nanti, dan mengambil tuisyen subjek SPM dan masih lagi boleh menduduki SPM seperti calon sekolah yang lain cuma anda tidak ke sekolah belajar di rumah.

Waalaikummussalam
Kerja kursus anda dikira dalam penilaian untuk markah peperiksaan SPM kerana ia tiada kaitan dengan anda dibuang sekolah. Anda masih lagi boleh menduduki SPM kerana anda adalah calon yang sudah berdaftar.

Memang agak sukar untuk memohon pekerjaan terutama di sekotor kerajaan kerana kebiasaanya ingin sijil berhenti yang merupakan testimoni kita semasa di peringkat sekolah. Panel interview biasanya akan meminta sijil berhenti sekolah emmandangkan anda adalah calon lepasan sekolah yang tiada pengalaman kerja. Oleh itu sijil berhenti merupakan testimoni terbaik untuk panel menilai anda. sijil SPM hanya sebagai bukti anda mendapat pendidikan formal sehingga SPM.

Salam cikgu saya berada di ting 4 tahun ni namun telah berhenti sekolah pada pertengahan tahun 2019 ini kerana pada tahun hadapan saya harus mengambil spm namun saya tidak mempunyai kad pengenalan diri (IC)...sy tlh membuat rayuan kpd JPN namun ditolak...ayah sya meninggal ketika sy berusia 5 tahun...IC dan surat kematiannya diambil oleh keluarga belah ayah sy..dan kami dah lama tak berhubung dgn mereka sejak pengebumian ayah sya😭...ibu bapa sy kedua-iinya adalah warganegara...sy x tahu nak buat apa skrg..sya betul-ii ingin mengambil SPM tetapi sya tidk ada IC😭

Salam cikgu. Saya adalah orang yg sama yg menghantar post diatas. Dan saya ada sedikit permintaan,kalau tidak keberatan bolehkah saya berbincang dgn cikgu secara peribadi seperti di ws/email.Maaf dan terima kasih.

salam. sila berikan nombor telefon anda di email cikgu ya. nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

Salam.


Adik saya pernah dibuang semasa tingkatan dua kerana kehadirannya yang tidak begitu baikk kemudian dia telah berjaya memohon untuk masuk ke sekolah semula...dann dia dibuang sekali lagi dia tingkatan tiga....boleh kee dia nak mohon untuk masok balik ke sekolah yang sama sebelom nii?

waalaikummussalam
dia boleh memohon semula ke sekolah lama tetapi bergantung kpd sokongan pengetua sama ada menyokong atau memintanya ke sekolah lain untuk persekitaran baru

Saya ingin bertanya. Tahun lepas saya sudah mendapat kelayakan untuk masuk ke sekolah yg Sama selepas dibuang.Adakah surat itu akan diterima disekolah itu tahun ini?

Jika anda menerima surat kelulusan masuk semula ke sekolah pada tahun lepas, sepatutnya anda sudah mendaftarkan diri memandangkan sekarang sudah bulan Jun. Surat kelulusan itu terpakai selama dua minggu anda harus mendaftarkan diri. Anda perlu membuat permohonan semula

Assalamualaikum kaunselor, kalau ada surat amaran boleh ke masuk mrsm atau mana2 asrama

Waalaikummussalam
Boleh asalkan bukan kes hingga dibuang sekolah

Assalamualaikum cikgu,saya mempunyai kawan yang berhenti sekolah sewaktu dia tingkatan 3,adakah masih bole membuat rayuan sehingga tahun ini?mohon pencerahan cikgu ,terima kasih.

Waalaikummussalam
Jika murid ini berhenti sekolah dia hanya mengemukakan permohonan bersekolah semula bukannya rayuan bersekolah semula. Dua jenis borang yg berbeza . Dia sepatutnya ting berapa tahun ini? Tiada had masa permohonan bersekolah semula asalkn umur dalam waktu di bangku sekolah di bawah 17 thn

Assalamualaikum saya nak tanya, jika seperti saya tidak hadir disebabkan sakit dan tidak mampu ke klinik swasta serta klinik kerajaan terlalu jauh dan takde transport. Cikgu tidak percaya saya dan sudah keluarkan amaran ke dua. Saya jadi stress kerana ini sekolah pertama saya kene mcm ni. Sebelum ini tidak pernah saya kene masalah disiplin atau surat amaran. Saya hanya mampu menangis jika stress kemungkinan saya selalu tidak hadir sebab sakit dan salah seorang guru di dalam kelas itu mengajar tidak pandang saya langsung dan saya lihat dia tidak tumpukan pada saya. Saya juga stress sebab ini. Kedua adalah sebab keluarga yang tidak meyakini saya dan saya bertambah stress. Bila orang banyak bercakap dengan saya. Saya akan marah mereka kerana saya taktau hendak buat apa. Boleh bantu saya?

Assalammualaikum Cikgu , saya nak tanya . Umur saya sekarang sudah 25tahun semasa tingkatan 3 saya bersekolah sampai bulan 3 sahaja . Saya tak tahu sama ada dibuang atau diberhentikan , Saya nak tahu masihkan saya layak untuk mendapatkan sijil berhenti sekolah tingkatan 3 ? Terima kasih Cikgu

Waalaikummussalam
1) sebagai seorang guru, memerlukan eviden untuk disandarkan iaitu Surat sama ada dari doktor mahu pun dari ibu bapa anda sendiri yg menyatakan tidak dapat hadir ke sekolah kerana apa. Tanpa apa apa Surat sokongan maka Surat amaran perlu dikeluarkan mengikut peraturan .
2) setiap kali sakit bagaimanakah keadaan anda? Anda perlu menyakini ibu bapa untuk menghantar anda ke hospital kerajaan kerana kekerapan anda tidak hadir akibat sakit menunjukkan anda perlu pengawasan doktor. Jika ibu bapa sendiri tidak percaya, daoatkan bantuan ahli keluarga yg lain.

Waalaikummussalam.
Anda boleh memohon Budi bicara pihak sekolah lama Memandangkan sekarang ni pun prosedur yg baru membolehkan murid diberikan sijil berhenti sekolah walaupun murid dibuang sekolah.

kalau pelajar ni berhenti pada tahun lepas dan tahun depan nak masuk balik ke sekolah.berapa lama proses tu

This comment has been removed by the author.

Ada dua situasi iaitu berhenti kerana dibuang sekolah maka Dari tarikh anda mengisi borang tersebut , perkara-perkara yang diperlukan seperti tandangan saksi, menyediakan pelbagai jenis dokumen untuk disahkan, pengesahan pengetua... barulah anda menghantar ke PPD. Di PPD perlu menyemak dan memanggil untuk sesi kaunseling dahulu untuk dipertimbangkan di peringkat PPD. Kebiasaan murid saya mengambil masa antara dua minggu paling cepat.

Berhenti kerana memberhentikan diri sendiri seperti masalah pada tahun tersebut, prosedur lebih mudah dan cepat.

Salam cikgu.. Jika pelajar berhenti sendiri atau dibuang sekolah.. Layak tak dapat sijil berhenti dr pihak sekolah

Kalau pljr berhenti sendiri atau dibuang sekolah layak tak dapat sijil berhenti sekolah

jika berhenti sekolah sendiri mmg layak dapat sijil berhenti sekolah cuma yg dibuang sekolah sudah ada arahan dari KPM untuk memberikan juga sijil berhenti murid.

salam puan , jika pelajar tingkatan 6 dibuang sekolah kerana tidak hadir ke sekolah 2 minggu boleh buat rayuan masuk ke sekolah balik ke ?

Salam cikgu,
saya telah di berhenti sekolah pada tahun 2 april 2013 (masa form 5 belum di duduki dalam exam spm) disebab atas kemahuan dan reziki keluarga tiada mampu sebab emak saya adalah ibu tunggal kita 3 org adik-beradik dan saya pon telah putus asa dan saya pun telah berhenti sekolah dan mula bekerja sebagai cashier untuk menolong ibu dan keluarga ,selepas 4 tahun saya pon dapat rezeki sikit dan mampu disambung belajar dalam bidang PENYELARAS OPERASI PENGHANTARAN(LOGISTICS) telah pon capai sijil kemahiran malaysia tahap 1,2 lepas itu saya ambil spm(ulangan) pada tahun PEPERIKSAAN NOVEMBER 2017 disebab tak mampu ambil kelas tambahan saya pon tak tahu nak minta tolong dengan siapa untuk ajar saya pada mata belajaran ini semua jadi saya buat ulangkaji sendiri tapi keputusan tak berapa baik BM(E),BI,PM,SEJARAH(G)DAN MATHS,SCIENCE(T) sekarang umur saya telah capai tinggi 26 tahun tapi saya masih ingin nak ambil spm ulangan pada tahun 2022 kali kedua masih boleh Register ke ?? klu boleh , saya masih boleh ambil mata pelajaran yang sama ke cikgu?

harap maaf cikgu atas ringkasan panjang atas ini 😅 saya ingin nak terang kan sikit pasal keadaan situasi saya yang telah dilalu disebab harap cikgu boleh faham sikit dan harap cikgu balas soalan saya ini Terima kasih atas pandangan cikgu pada ringkasan saya dan kesabaran cikgu 🙏🏻
sekian terima kasih 🙏🏻

salam cikgu .
saya didi . saya diberhentikan sekolah 2minggu lepas atas sebab tidak hadir ke sekolah secara berterusan kerana depression and takut untuk bertemu dengan orang . apa yang saya perlu lakukan .

«Oldest   ‹Older   201 – 390 of 390   Newer›   Newest»
 

Telegram Channel