20 March 2015

Kesan Tibi Tulang.

Hari menunggu penuh debaran. Menghubungi Rozi rakan sekerja guru kaunseling dari kampung untuk mengetahui perkembangan terkini anaknya yang menghidap tibi tulang yang sedang menjalani pembedahan ketika itu di HKL. Pukul 9 pagi menjalani pembedahan, kami sama - sama berdoa agar pembedahan berjalan lancar. Pukul 3 menghubunginya sekali lagi, Rozi memaklumkan keadaan anaknya tidak stabil dan sedang menunggu tindakan anes. Hinggalah lewat petang pukul 6.00 petang barulah saya mendapat mesej Rozi mengatakan anaknya sudah stabil..syukur alhamdulillah. Hinggalah saya menulis entri ini Rozi memaklumkan bahawa 3 hari ini anaknya akan diberikan morfin sebagai ubat tahan sakit. Sebak pulak menatap gambar gambar yg dikirim Rozi melihat wajah Insyirah yang baru keluar bilik pembedahan. Berat mata memandang berat lagi bahu menanggung. Saya memaklumkan perkembangan terkini kepada group whatsapp MGKKL, sekolah dan rakan rakan yg rapat. Semua mendoakan yg terbaik dan semoga cepat sembuh..dan saya tidak sabar nak balik KL begitu juga anak anak saya untuk menjenguknya. Bertabah wahai teman. 

Sejak keadaan anaknya dikesan menghidap tibi tulang dan keadaan tulang yang telah pun reput dan perlu menjalani pembedahan menggantikan tulang-tulang tersebut barulah saya tahu walaupun sebagai kakitangan awam, bayaran perubatan untuk kos membeli alat gantian tulang tidak dibiayai begitu sahaja oleh kerajaan dengan kemudahan perubatan yang ada. Kita perlu memohon dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memohon pembiayaan tersebut yang akan memakan masa mececah beberapa bulan. Jika ingin segera, kos beli bahan alat ganti tulang tersebut perlu didahului dengan pembiayaan sendiri yang mencecah hampir RM 12,000 juga. Pihak sekolah dengan inisiatif dari Unit Kebajikan Sekolah telah memohon bantuan sumbangan warga sekolah. Begitu juga dengan Jawatankuasa Guru Kaunseling Pudu dan Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur juga telah membuat kutipan sumbangan untuk membantu meringankan apa yang patut. 

Alor Pongsu - Bukit Mertajam 
Semoga cepat sembuh Mak Teh

 

Telegram Channel