Sila klik link inihttp://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/05/borang-keberhasilan-guru-kaunseling.html
untuk keberhasilan tahun 2016. Format di dalam entri blog tahun 2015 ini adalah format lama.
Hari ini saya mengadap komputer dalam jangka masa yang lama untuk memahami mengenai instrumen keberhasilan guru kaunseling. Maklumlah apabila hanya anda sahaja kumpulan minoriti di sekolah, maka perbincangan adalah terhad mengenai bidang skop kerja anda. Boss email kepada saya mengenai instrumen yang perlu diisi segera dan instrumen tersebut lebih kepada guru akademik. Huhuhu maka hari ini saya mengoogle dari laman web KPM ke laman web e-prestasi dan ke laman web JPN untuk membuat satu kesimpulan mengenai deskripsi instrumen keberhasilan guru kaunseling. Ini kerana kebanyakan contoh memberikan mengenai cara mengisi instrumen keberhasilan guru akademik. Maka tidak banyak yang membantu. Hasil dari pemahaman saya, di sini saya kongsikan maklumat berkaitan dengan instrumen keberhasilan guru kaunseling semata-mata.
GARIS PANDUAN KEBERHASILAN
1. Garis panduan ini adalah panduan bagi Pegawai Penilai
(PP) dan Pegawai Yang Dinilai (PYD) dalam penilaian keberhasilan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
2. Penilaian ini merupakan salah satu daripada komponen
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Penilaian ini
perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.
3. Instrumen Keberhasilan ini akan digunakan kepada semua
PPP berasaskan perkembangan modal insan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Instrumen keberhasilan ini bertujuan untuk mengukur
peningkatan dan bukannya pencapaian. Peningkatan bermaksud sebarang bentuk
perkembangan pengetahuan / kemahiran / hasil kerja / tingkah laku.
5. Instrumen keberhasilan ini adalah merujuk kepada sasaran
peningkatan berasaskan konsep ‘Job-Based and Work Place’ dan bukannya sasaran
pencapaian yang ditetapkan oleh pihak JPN dan PPD.
6. Instrumen ini dibahagikan kepada 5 kumpulan penilaian
berdasarkan kluster fungsional fungsi tugas PPP dan guru kaunseling di bawah
kumpulan FASI:
· FASI – Kumpulan Fasilitator terdiri daripada
SISC+, SIP+, FasiLinus, Kaunselor Organisasi, Guru Bimbingan Kaunseling.
7. PP perlu membuat Persetujuan Bersama dengan PYD.
Persetujuan Bersama adalah persetujuan bersama antara PP dan PYD berkaitan
sasaran yang dicadangkan untuk dicapai oleh PYD. Keberhasilan sasaran merupakan
keberhasilan bidang tugas utama (subjek major bagi guru). Persetujuan Bersama
ini perlu disemak semula pada pertengahan tahun dan penetapan skor akhir
penilaian adalah pada akhir tahun.
8. Pegawai Penilai 1(PP1) dan Pegawai Penilai 2(PP2) perlu
membuat perbincangan dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi mana-mana perkara
yang boleh menunjukkan peningkatan keberhasilan berdasarkan contoh semakan yang
diberi seperti:
TOV = Take off Value· ETR = Estimated Target Result· AR = Actual Result· GPMP = Gred Purata Mata Pelajaran· BAND = Band berdasarkan DSP (Dokumen Standard
Pentaksiran)· BRM = Buku Rekod Mengajar· GPS = Gred Purata Sekolah· CGPA = Cumulative Grade Point Average· SKT = Sasaran Kerja Tahunan· Kemahiran·
Pingat pencapaian· Penyertaan·
Laporan·
Sebarang pembuktian berkaitan
peningkatan·
9. Catatan peningkatan keberhasilan perlu dicatat pada
dokumen rujukan utama. Dokumen rujukan utama adalah seperti berikut: v) FASI = Buku Rekod Perkhidmatan (GBK)
10. Ukuran peningkatan adalah berdasarkan 4 aras pencapaian
iaitu:
i) 4 = Cemerlang ii) 3 = Baik iii) 2 = Sederhana iv) 1 = Lemah
11. Setiap aras peningkatan dibezakan berdasar penyataan
kualiti bagi setiap aras penilaian seperti berikut:
i) Skor 4....... peningkatan melebihi10%
Terdapat peningkatan / perubahan klien melibatkan sebahagian
besar sasar
ii) Skor 3...... peningkatan antara 5-9.99%
Terdapat peningkatan / perubahan klien melibatkan sebahagian
sasaran
iii) Skor 2....... peningkatan antara 1-4.99%
Terdapat peningkatan / perubahan klien melibatkan sebahagian
kecil sasaran
iv) Skor 1.......
antara negatif – 0.99%
Tiada peningkatan / perubahan klien
12. PP perlu berbincang dengan PYD sebelum penilaian, semasa
penilaian dan selepas penilaian.
13. Skor penilaian yang telah dipersetujui bersama oleh PYD
dengan PP1 dan PYD dengan PP2 hendaklah dicatat pada ruang instrumen yang
disediakan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga pihakserta dokumen ini perlu
difailkan.
14. Skor yang telah dipersetujui bersama ini perlulah
dimasukkan ke dalam sistem SMG Modul e-Prestasi oleh PP1 sahaja
Aspek Keberhasilan Fasilitator GBK /Kaunselor
1 Pengurusan kes
1.1. Penurunan kes disiplin klien.
2 Pengetahuan
2.1. Peningkatan pengetahuan klien dalam membuat
keputusan pemilihan kerjaya.
3 Kesedaran
3.1. Peningkatan kesedaran klien menangani pengurusan
emosi.
3.2. Peningkatan kesedaran klien dalam kekemasan diri.
3.3. Peningkatan kesedaran klien dalam memotivasi diri.
4 Sahsiah dan etika
4.1. Peningkatan usaha klien dalam menepati masa.
4.2. Peningkatan sahsiah klien dalam berbudi bahasa.
5 Aspek-aspek lain
5.1. Deskripsi- deskripsi lain
Contoh Penilaian Keberhasilan
1. Fokus utama sesi kaunseling adalah peningkatan sahsiah.
a. Contoh Kes Kaunseling Individu
Jenis Kes
|
Jumlah Pelajar
|
Jumlah Sesi
|
Ponteng
|
10
|
30
|
Merokok
|
10
|
30
|
Kekemasan Diri
|
10
|
30
|
Buli
|
10
|
30
|
Vandalisme
|
10
|
30
|
Jumlah
|
50
|
150
|
b. Contoh Kes Kaunseling Kelompok
Jenis Kes
|
Jumlah Pelajar
|
Jum. Kumpulan
|
Jumlah Sesi
|
Ponteng
|
50
|
5
|
10
|
Merokok
|
50
|
5
|
10
|
Buli
|
50 |
5
|
10
|
Vandalisme
|
50
|
5 |
10
|
Jumlah
|
200
|
20
|
40
|
2. Berlakunya penurunan kes murid (Satu Sahaja) yang
mengikuti sesi kaunseling merupakan kejayaan keberhasilan murid.
a. Contoh Pelajar yang mengikuti Kaunseling Individu
Jenis Kes
|
Jum Pelajar
|
Jumlah Kes Sebelum Sesi
|
Jumlah Kes
Selepas Sesi
|
Ponteng
|
10
|
100
|
50
|
Merokok
|
10
|
5 batang |
4 batang
|
Kekemasan Diri
|
10
|
50
|
20
|
Buli
|
10
|
100
|
50
|
Vandalisme
|
10
|
50
|
20
|
Jumlah
|
50
|
a. Contoh Pelajar yang mengikuti Kaunseling Kelompok
Jenis Kes
|
Jumlah Pelajar
|
Jumlah Kes Sebelum Sesi
|
Jumlah Kes
Selepas Sesi
|
Ponteng
|
50
|
100 hari
|
50 hari
|
Merokok
|
50
|
5 batang
|
2 batang
|
Buli
|
50
|
50
|
25
|
Vandalisme
|
50
|
50
|
25
|
Jumlah
|
250
|
Di bawah ini adalah contoh instrumen keberhasilan guru kaunseling yang telah di key in. It ok jika mendapat skor 2 menunjukkan sederhana kerana yang penting di akhir nanti mesti terdapat peningkatan perubahan klien untuk diletakkan skor 3 atau 4 dan mendapat markah purata wajaran 3 atau 4.
Keberhasilan Utama |
Happy holiday!
Mood memerap dalam rumah :)