Total Pageviews

12 July 2015

Kertas Kerja Program Pemantapan Sahsiah Dan Disiplin Murid Slot Moral

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID
UNTUK SLOT MORAL


1.0         PENGENALAN    :
               Program Pemantapan Sahsiah Dan Disiplin Murid merupakan program sepanjang tahun yang dirancang bagi kemenjadian murid dalam bidang sahsiah dan disiplin murid. Panitia Moral menjalankan slot pemantapan sahsiah setiap pagi Jumaat pada pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi di tapak perhimpunan untuk pelajar bukan Islam manakala Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras diberikan tugasan untuk mengatur slot pemantapan sahsiah sebanyak sekali dalam sebulan pada hari Jumaat. Program khas berbentuk bengkel juga dijalankan selama dua jam khas untuk pelajar sasaran yang mempunyai masalah disiplin dan sahsiah untuk didekati dengan pendekatan agama dan budaya masing-masing. Jadi kami bercadang menjemput penceramah berbangsa Cina dan India iaitu antara kaum yang  terdapat di sekolah ini untuk mendekati golongan murid yang mempunyai masalah sahsiah diri dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing agar mesej lebih berkesan disampaikan. Semoga program yang diatur secara konsisten dapat membantu untuk murid sentiasa menjaga sahsiah diri yang positif.

2.0         OBJEKTIF:
1) Agar dapat meningkatkan sahsiah dan moral pelajar dengan lebih baik
2)Agar dapat memantapkan lagi tingkah laku positif dalam kalangan murid              

3.0         TARIKH :              Jun – November 2015
4.0         MASA   :              7.30 pagi – 8.00 pagi
5.0         TEMPAT :            Tapak Perhimpunan SMK Cheras
6.0         AHLI JAWATANKUASA:
               Pengerusi            :  Puan Kamariah Bt Abu (Pengetua)
               Naib Pengerusi   : Puan Sapura Bt Amat (PK Hal Ehwal Murid)
               Setiausaha          :Puan Nurhaiza Bt Che Mat
               AJK                        :En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
                                             : Puan Rodiyah
                                             : Puan Kavitha
                                             : En Chan Yoong Keong

7.0         AKTIVITI PERLAKSANAAN:
TARIKH
AKTIVITI
26 JUN 2015
BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR CINA
31 JULAI 2015
BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR INDIA
21 OGOS 2015
FORUM PELAJAR CEMERLANG
18 SEPTEMBER 2015
CERAMAH HARI MALAYSIA  SEMPENA HARI PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2015
23 OKTOBER 2015
SKETSA MENGHORMATI ORANG TUA SEMPENA PROGRAM BULAN DASAR WARGA EMAS NEGARA
13 NOVEMBER 2015
PERSEMBAHAN NILAI MURNI


8.0         ANGGARAN KEWANGAN:
Menggunakan peruntukan panitia Moral
TARIKH
BUTIRAN
KEWANGAN
26 JUN 2015
PENCERAMAH BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR CINA
RM 100
31 JULAI 2015
PENCERAMAH BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH PELAJAR INDIA
RM 100
21 OGOS 2015
FORUM DISIPLIN KENDIRI PELAJAR CEMERLANG
CENDERAMATA AHLI PANEL:
RM 20  x 5 orang = RM 100
RM 100
18 SEPTEMBER 2015
PENCERAMAH  JATI DIRI ANAK MALAYSIA
HADIAH KUIZ
RM 3 x 10 orang = RM 30
RM  50

RM  30
23 OKTOBER 2015
SKETSA  NILAI MURNI
CENDERAMATA PESERTA:
RM 25 x 2 kumpulan =RM 50
RM  50
13 NOVEMBER 2015
PERSEMBAHAN PELAJAR INDIVIDU
CENDERAMATA PESERTA
RM 10 x 5 orang
RM  50

JUMLAH
RM 480

9.0         PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjalan lancar bagi penggal kedua persekolahan dan mencapai objektif yang diharapkan

Disediakan oleh.                                                                      Diluluskan oleh,

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                          (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                                                                          Pengetua


Doa Ramadhan hari ke 25
Ya Allah , jadikanlah aku di bulan puasa ini lebih mencintai para waliMu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah Nabi penutupMu. Wahai Yang Menjaga Hati Para Nabi

No comments: