Total Pageviews

2 August 2015

Kursus Kepimpinan Pengawas: Glory Beach Resort

Hari kedua program diteruskan dengan acara di tepi pantai. Kami tidak membenarkan murid bermandi di laut dan mereka hanya menjalankan aktiviti di tepi pantai. 

Pada mulanya setiap kumpulan dikehendaki membuat sorakan kumpulan masing-masing. Dan kemudian diteruskan dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan. Murid dikehendaki menjalankan tugasan dengan bergerak dari stesen ke stesen yang dijaga oleh fasilitator dan menyelesaikan tugasan berdasarkan kreativiti kumpulan masing - masing. 

Antara stesen tugasan ialah perlawanan antara dua kumpulan dengan satu kaki dan menjatuhkan lawan. Jika lawan mendaratkan kedua kakinya maka individu itu tidak boleh meneruskan perlawanan. Stesen berikutnya memerlukan kreativiti kumpulan untuk memastikan dalam satu bulatan kumpulan, ahli yang pertama dapat bergerak ke ahli yang terakhir tanpa perlu melepaskan tangan masing-masing. Stesen berikutnya ialah setiap ahli perlu melibatkan diri dengan membina satu nama menggunakan tubuh badan setiap ahli untuk membina nama tersebut. Stesen kecerdasan minda juga diadakan untuk menguji minda peserta melalui soalan kuiz.

Majlis penutup pada pukul 11.00 pagi daiadakan mengikut aturcara berikut:

Ucapan aluan pengacara majlis
Bacaan doa
Tayangan multimedia
Ucapan penghulu program 
Ucapan penyelaras program oleh En Che Mohamad Padali 
Ucapan perasmian penutup oleh puan pengetua

Penyampaian sijil kepada AJK
Penyampaian sijil kepada fasilitator
Penyampaian sijil kepada wakil pengawas sekolah
Penyampaian sijil kepada wakil pengawas pusat sumber
Penyampaian sijil kepada AJK Koperasi
Penyampaian sijil peserta terbaik lelaki
Penyampaian sijil peserta terbaik perempuan
Penyampaian hadiah kumpulan terbaik
Penyampaian cenderamata kepada Puan Sapura Amat: PK HEM
Penyampaian cenderamata kepada puan pengetua

Bersurai

Kami bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12.15 tengah hari. Kami berhenti rehat di hentian rehat Seremban untuk menikmati makan tengah hari sebelum menyambung perjalanan. Selamat tiba di sekolah pada pukul 3.15 petang.


Hectic week with
Unstable hormone ahaks..
And your mood swing
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
Sorakan kumpulan
Sorakan kumpulan
Kerjasama kumpulan membina huruf
Penyampaian cenderamata
Ucapan wakil murid dan penyelaras program
Ucapan perasmian penutup oleh pengetua
Penyampaian sijil AJK
Penyampaian sijil kepada barisan fasilitator PRS
Geng AJK Guru 

No comments: