Total Pageviews

1 August 2015

Kursus Kepimpinan Pengawas 2015

Program kepimpinan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan koperasi diadakan pada 1 Ogos 2015 hingga 2 Ogos 2015. Dijalankan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Seperti tahun tahun yg lalu juga, kami tidak menggunakan perkhidmatan konsultan luar sebaliknya kami menggunakan modul yg dijalankan oleh fasilitator PRS dan guru kaunseling sahaja. Bertolak seawal pukul 8.15 pagi kami tiba di Port Dickson pada pukul 9. 10 pagi.

Pakej aktiviti yang sangat berbaloi iaitu RM80 untuk pakej seorang selama dua hari 1 malam untuk penggunaan dewan, penginapan dan 3 kali makan. Terdapat pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang , padang, dan aktiviti pantai yang meriah.

Antara aktiviti yg dijalankan hari ini ialah ice breaking, pembentukan kumpulan, logo kumpulan, ceramah kepimpinan, modul komunikasi berkesan, modul kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran team building dan kemahiran pengucapan awam.

Welcome August
Bulan jalan sana sini

Taklimat dan Ice breaking
Pembentukan kumpulan
Ceramah dan aktiviti kepimpinan
Kemahiran penyelesaian masalah
Pembentangan kumpulan modul IDEAL
Kemahiran team building
Taklimat team building di pantai
Kemahiran pengucapan 

No comments: