20 December 2015

PBS Holistik : Gabungan komponen Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum dan Pentaksiran Pusat Pt3

Saya rasa saya perlu meminta semua pihak untuk memahami dengan lebih baik keputusan PT3. ia bukan seperti markah PMR yang disasarkan semata-mata markah akademik pusat. Apabila pihak sekolah menjalankan taklimat kepada ibu bapa mengenai perlaksanaan PT3 , memang tidak ramai ibu bapa yang hadir. Apabila sekolah menjalankan strategi menyampaikan taklimat sekali lagi di dewan sewaktu mengambil markah akademik Hari Terbuka pun diterangkan sekali lagi, namun tahap pemahaman murid dan orang awam masih lagi belum sampai ke tahap yang memuaskan. Namun apabila anak sudah menjejak ke sekolah menengah, saya berharap lebih ramai ibu bapa yang celik dengan term yang digunakan untuk pentaksiran bagi membimbing anak memilih mata pelajaran elektif di tingkatan empat yang bersesuaian dengan minat, nilai berdasarkan pentaksiran psikometrik, bersesuaian dengan pencapaian PS dan pencapaian pusat PT3. Ini kerana walaupun guru kaunseling ada di sekolah bila bila masa boleh dibuat temujanji untuk mengetahui mata pelajaran elektif yang sesuai dengan pencapaian PBS nya, namun sokongan ibu bapa yang menyokong pemilihan mata pelajaran elektif vs ibu bapa yang menekan mengikut kehendak mata pelajaran yang ibu bapa inginkan anak mereka ceburi adalah satu faktor anak seronok atau tidak seronok dengan kelasnya di tingkatan 4 walaupun berada di alam sekolah menengah di sekolah asalnya. Pemilihan mata pelajaran elektif berdasarkan 4 komponen PBS yang berikut BUKAN semata -mata markah peperiksaan PT3 yang diumumkan.




Penilaian Berasaskan Sekolah : PBS
Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai kognitif, efektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah pendidikan kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Terdapat 4 komponen dalam PBS iaitu pentaksiran sekolah (PS), pentaksiran psikometrik (PPsi), Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Pusat atau Pentaksiran Ting 3 (PT3). 4 komponen penting untuk menilai tahap kecemerlangan seseorang murid kerana semuanya dinilai dan dikira untuk penilaian dan pentaksiran bagi setiap tahun. Setiap pentaksiran adalah berdasarkan potensi dan pencapaian murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan sama ada PS, PPsi, PAJSK atau PT3. Pentaksiran itu melibatkan ujian bertulis, ujian lisan dan pelbagai instrumen seperti kajian kes dan kajian lapangan projek. Komponen dalam PBS untuk menentukan tahap pencapaian seseorang murid dalam PT3.PS,PPsi dan PAJSK menyumbang keputusan murid pada akhir peperiksaan PT3 bukannya melihat pencapaian akademik semata-mata.

Pentaksiran Pusat atau PT3 
Dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrument dan garis panduan yang disediakan oleh lembaga Peperiksaan. Komponen dalam PBS untuk menentukan tahap pencapaian seseorang murid dalam PT3 PS,PPsi dan PAJSK menyumbang keputusan murid pada akhir peperiksaan PT3 bukannya melihat pencapaian akademik semata-mata. Soalan PT3 berasaskan KBAT  berbanding PMR yang kebanyakkannya soalan objektif.

Pentaksiran Sekolah (PS)
Melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. PS merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan dilapor oleh guru sekolah tersebut. Proses ini berlaku secara berterusan dan maklumat yang diperolehi dari taksiran akan digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan kea rah peningkatan perkembangan pembelajaran mereka. Penilaian PS penting untuk pentaksiran pembelajaran, pentaksiran semasa pembelajaran, pentaksiran tentang pembelajaran. Ia lebih bersifat akademik

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum : PAJSK

Pentaksiran untuk mendapatkan maklumat mengenai kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki. Ia merupakan penilaian bukan akademik melalui 3 bahagian iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab Dan Persatuan, dan Sukan Dan Permainan. Ia dinilai berdasarkan kehadiran, jawatan, penglibatan, pencapaian dan khidmat sumbangan. Kesemuanya dibuat pengiraan berdasarkan ciri tersebut. Markah yang diperolehi akan ditambah dengan pentaksiran lain yang dipanggil Ekstra Kurikulum iaitu komitmen, Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dan jawatan yang disandang di sekolah.

Pentaksiran psikometrik (PPsi)
Sejauh mana perkembangan seseorang murid sama ada aktif dalam aktiviti kokurikulum atau tidak, dan dapat mengukur minat dan bakat dari segi akademik atau sebaliknya. Ia merupakan kaedah sistematik untuk mengumpulkan maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitud dan personaliti murid dalam mengukur kebolehan semulajadi serta kebolehan yang diperolehi. Ia meliputi Ujian Inventori Minat Kerjaya (IMK) dan Ujian Inventori Kecerdasan Murid (IKP) yang mana kedua-dua ciri itu menentukan minat seseorang murid.

A Day Trip 
Kluang - Jasin - Kajang



 

Telegram Channel