13 December 2015

Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Kebangsaan 2015


JOHAN: SK Rps KEMAR, GERIK, PERAK
Bersama guru kaunseling En Marno SK Rps Kemar, Gerik
                                   
Johan pengurusan terbaik perkhidmatan kaunseling ialah dari SK Rps Kemar, Gerik, Perak . En Marno Azman Bin Omar merupakan guru bimbingan dan kaunseling satu-satunya di situ yang sepenuh masa. Keunikan sekolah ini ialah ia mempunyai murid dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah maka tugas guru kaunseling ini perlu peka terhadap keperluan murid sekolah rendah dan menengah. Namun guru ini berjaya bertugas di sini dengan cemerlangnya. perkhidmatan UBK dibuka dari pagi hingga tengah malam kerana di sekolah ini juga mempunyai asrama harian. Sewaktu mula posting di sekolah ini dengan keadaan bilik kaunseling yang masih baru, maka guru ini sendiri yang menyiapkan skirting dan langsir di bilik kaunseling tersebut....wahhh hebat bukan! Sekolah ini merupakan sekolah di pedalaman dan majoriti murid orang asli di sini. Guru kaunseling ini perlu menyeberang sungai untuk ke sekolah tersebut.



NAIB JOHAN : SMK BUKIT RAHMAN PUTRA, SELANGOR
                                       
Naib johan pengurusan kaunseling terbaik ialah dari SMK Bukit Rahman Putra yang diterajui  oleh 4 orang guru kaunseling dengan dua darinya ialah guru cemerlang kaunseling iaitu Puan Hamidah Mohd Ali dan Pn See Hong Eng. Program dan aktiviti murid dilaksana dengan berpandukan analsisi kaian konsep kendiri murid dan minda sihat agar dapat melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek, emosi yang tinggi dan berakhlak mulia dan mencapai prestasi tinggi dalam akademik. Bilik kaunseling yang dikenali sebagai Bilik Cahaya Putra yg kondusif dan teraputik memberikan gambaran kunjungan murid dan warga pendidik dari semasa ke semasa. pendekatan pencegahan, perkembangan, pemulihan, dan krisis digunapakai dalam setiap aktiviti UBK. Empat inovasi yang dilaksanakan dan memberikan impak yang tinggi ialah :
Sinar Putra - pendaftaran kunjungan murid ke bilik cahaya Putra,
Sudut Luahan Rasa - Menangani Kes Vandalisme,
Kemenjadian PRS - Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan.
Lorong PPDa- Menurunkan Kes Merokok Di Sekolah



TEMPAT KETIGA: SK TAMAN PELANGI INDAH, JOHOR
                                   


Tempat ketiga dimenangi oleh SK Taman Pelangi Indah iaitu guru kaunseling cemerlang Suziana Bt Marni. Membawakan konsep PRISMA Kaunseling 3.0 bertema SPA Salju di bawah perkhidmatan UBK. Tema Bilik Kaunseling yang dinamakan SPA SALJU membawakan 5 elemen teraputik SPA iaitu sense, sound, sight, touch dan taste. digabungkan dengan konsep Smart Penguin (salju) yang merupakan budaya amalan terbaik sekolah. 3 fasa perubahan pengurusan dan perkhidmatan berlandaskan Teori Perubahan Fasa Lippitt dan Pengembangan Organisasi - Teknologi diperkenalkan. 3 ciri terbaik PRISMA Kaunseling ialah:
Pengurusan Perubahan Fizikal, Sistem Pengurusan Berteknologi dan Membudayakan Amalan Terbaik. Amalan ini juga mengaplikasikan NLP dan hipnoterapi bagi menjadikan perkhidmatan kaunseling di sekolah sangat unik dan berkesan selain sistem pengurusan berteknologi seperti e-SPK Sistem Pengurusan Kaunseling Elektronik. KIDS- Kaunseling Individu Data Sistem dan PePSO- Pemohonan Perkhidmatan Secara Online. Bilik Kaunseling SK Taman Pelangi Indah sudah tiga kali menerima pengiktirafan cemerlang sejak 8 tahun pengoperasiannya. Dari segi penyampaian pembentangan, pujian kepada guru tersebut yang dapat membentangkan dengan begitu memukau kerana kreativiti tema yang dibawanya.



TEMPAT KEEMPAT : SK PERMATANG TOK MAHAT , NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
Tempat keempat dimenangi oleh SK Permatang Tok Mahat dari Nibong Tebal, Pulau Pinang. Guru kaunselingnya iaitu Pn Siti Zubaidah Hj Abdullah ialah seorang yang kreatif. Sekolah luar bandar yang mempunyai masalah utama ponteng sekolah. Antara program yang melibatkan komuniti luar ialah motivasi sikap bersama Pejabat MARA dan MRSM. , program minuman kasih sayang dan sebaginya untuk menarik minat murid ke sekolah. Bilik kaunseling dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Bilik Terapi Multisensori, Bilik Spa, Sudut Terapi Permainan dll. Satu sudut kerjaya di tepi tangga dinamakan Taman Impian untuk murid mendapatkan maklumat kerjaya dan menanam cita-cita yang tinggi.


TEMPAT KELIMA : SMK DATO LELA PAHLAWAN, KEDAH

                                   
Tempat kelima ialah SMK Dato Lela Pahlawan yang dibentangkan oleh En Mohd Fauzi Bin Abdullah. Program Boost Up bersifat menyeluruh dalam membantu menonjolkan personaliti unggul, merangkumi IQ, EQ dan SQ yang mantap. Ia terdiri dari 7 fasa perancangan perkhidmatan berkeperluan, perkhidmatan bernilai tambah, pengurusan bilik dan rekod, perkhidmatan berinovasi dan penilaian. Tiga kajian tindakan melengkapkan program Boost Up 2013 -2015.


TEMPAT KEENAM: SMK AGAMA DATO' HAJI ABU HASSAN HJ SAIL
Tempat keenam ialah dari SMK Agama Dato' Hj Abu Hassan Hj. Sail yang dibentangkan oleh Puan Sharifah Hanizah Bt Syed Jaafar. UBK menghasilkan kajian tindakan dan inovasi bagi membantu murid dan pihak sekolah mencapai kecemerlangan sekolah kluster kecemerlangan. Kejayaan mengurus UBK melalui kejayaan sekolah mencapai kecemerlangan dalam akademik, penurunan kes disiplin, peningkatan ke IPTA. PRS sekolah ini juga  dilantik sebagai fasilitator kepada murid-murid  berkeperluan khas di peringkat kebangsaan.

Johor - KL
Harung jem bersama Sinar FM
Gegarvaganza lalaalala
Bersama guru kaunseling SMK Bukit Rahman Putra
Contoh Rancangan Tahunan
Contoh pada buku rekod kaunseling


 

Telegram Channel