15 December 2015

Sekolah Rintis Kelas Abad Ke 21: Langkah 3 Gajet Dan Bahan Bantu PdP

Hari ini saya nak kongsikan mengenai langkah 3 dalam PDP Abad ke 21 iaitu membina gajet dan bahan bantu pengajaran. Sebagai aktiviti selepas peperiksaan Ting 3 dan Ting 4 pada dua minggu terakhir persekolahan, aktiviti panitia ialah membina bahan gajet untuk sesi tahun hadapan. Dengan ini, aktiviti ini akan dapat dijalankan sendiri oleh murid untuk membina bahan gajet pengajaran dan sebaik sahaja penggal persekolahan yang akan datang dibuka, maka murid dan guru sudah bersedia.Program Selepas Peperiksaan PT3 di mana saya adalah penyelaras program, telah mengatur jadual guru mata pelajaran bersama murid membina gajet yang sesuai untuk setiap mata pelajaran. Saya akan cuba upload pelbagai gambar dari panitia yang berbeza dari semasa ke semasa maklumlah gambar merata-rata pada panitia untuk dikesan. Ada juga gambar yang dikongsikan oleh pengetua sewaktu ingin memberikan contoh kepada guru. Bagi yang mula membaca entri ini, anda harus memahami mengenai perlaksanaan projek PDP Abad ke 21 melalui langkah 1 dan 2. Sila klik link di bawah.


Sila klik di sini taklimat PROJEK RINTIS PdP ABAD KE 21


Dare to dream ;)
My next vision
Disember 2016 

Gajet yang dikenali sebagai trafic light dimana murid akan memegang simbol ini.
Jika faham berwarna hijau. Jika merah, tidak faham dan jika berwarna kuning agak samar lagi dan memerlukan
penjelasan. Dari simbol ini, guru dapat mengesan dengan segera murid yang memerlukan bimbingan.





Gajet parking lot iaitu nota-nota luahan rasa


 

Telegram Channel