KAJIAN TINDAKAN
PROGRAM “OPS
PANTAS”
KEMPEN DATANG
AWAL KE SEKOLAH
TAHUN 2015
Oleh :
Pn. Nurshida bt
Manan
Pn Wan Normala Bt
Ali@Wan Ali
Pn Chieng Lung Ann
Abstrak
Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti
punca pelajar lewat hadir ke sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar sesi pagi
SMK Seri Permaisuri. Kehadiran pelajar lewat ke sekolah semakin menjadi-jadi
dan membimbangkan sejak kebelakangan ini. Oleh itu pihak sekolah khususnya para
pentadbir bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Disiplin
telah mengenal pasti masalah ini dan mengambil inisiatif untuk mengekang
masalah ini. Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan pelajar tingkatan
3, 4 dan 5 iaitu seramai 35 orang pelajar yang lewat hadir ke sekolah.
Tinjauan
secara pemerhatian, borang kehadiran lewat dan soal selidik digunakan untuk mengenal
pasti permasalahan atau punca kehadiran lewat pelajar ke sekolah. Didapati data
awal melalui data borang kehadiran lewat, kebanyakannya pelajar bangun lambat
menyebabkan lewat ke sekolah. Program Kami Sayang Anda dan motivasi telah
dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam meningkatkan kehadiran awal
pelajar ini ke sekolah. Manakala dari pihak Badan Disiplin pula mengenakan
tindakan menampal nama-nama pelajar lewat untuk kesedaran umum dan juga rotan
sekiranya melebihi dari 5 kali lewat. Pengkaji mengharap agar dengan adanya
pendekatan dari pelbagai program seperti ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat).
1.0
REFLEKSI
YANG LALU
Sekolah merupakan satu institusi
pendidikan dalam melahirkan murid-murid yang mempunyai akademik dan
berpendidikan malahan juga tempat untuk pembentukan sahsiah diri yang baik.
Dalam mendapatkan proses pendidikan dan pembentukan akhlak inilah berlakunya
proses sosialisasi dalam sesebuah organisasi sekolah. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu
usaha bukan berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Peranan pihak sekolah seperti guru dan para pentadbir amat penting bagi
memastikan murid-murid mendapat pendidikan di samping membentuk nilai murni
yang baik dalam diri.Namun tugas itu bukan suatu yang mudah dengan cabaran
sosialisasi dan modenisasi yang menuntut kawalan intelek, emosi dan rohani
dalam meneruskan cabaran hidup masa kini. Pada masa kini
kehadiran lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar SMK Seri Permaisuri semakin
menjadi-jadi. Kehadiran lewat ke sekolah
berdasarkan melebihi jam 7.30
pagi. Pelajar menganggap bahawa isu lewat tidak menimbulkan masalah yang
pentingnya mereka tetap hadir ke sekolah. Malahan pihah disiplin turut
melaporkan sehingga jam 9.30 pagi masih ada pelajar yang hadir ke sekolah.
Pada
masa kini kehadiran lewat semakin menjadi-jadi di SMK Seri Permaisuri. Didapati
maklumat awal melalui pemerhatian dan analisa borang kehadiran lewat, seramai 130 orang (16.3%) yang hadir lewat
pada bulan Januari manakala pada bulan Julai adalah seramai 64 orang (8.0%) yang
melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Ini menggambarkan bilangan yang agak
ramai pelajar SMK Seri Permaisuri yang
terlibat dengan kehadiran lewat ke sekolah.
2.0
ISU
KEPRIHATINAN
Bermula
pada bulan Januari, seramai 130 orang (16.3%) pelajar yang terlibat dengan
kehadiran lewat ke sekolah yang melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Ini
akan membimbangkan kerana pada bulan Januari sahaja sudah menunjukkan hampir
130 orang yang lewat. Jadi, kami perlu melakukan tindakan segera bagi
mengurangkan kes lewat ini dengan menjalankan kajian tindakan yang akan bermula
pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Julai 2015 untuk melihat
keberkesanan tindakan yang akan kami jalankan.
3.0
OBJEKTIF
KAJIAN
3.1
Objektif
Umum
Kajian
ini bertujuan untuk menangani masalah kehadiran pelajar yang lewat ke sekolah
dalam kalangan pelajar SMK Seri Permaisuri.
3.2
Objektif Khusus
i) Mengenal pasti punca kehadiran pelajar datang lewat ke
sekolah.
ii) Mengenal
pasti jenis kenderaan pelajar yang datang lewat ke sekolah.
iii) Mengenal
pasti jenis kediaman pelajar yang datang lewat ke sekolah.
iv) Mengurangkan kadar lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar
pelajar
SMK Seri Permaisuri.
v) Membantu
pelajar-pelajar ini melalui sesi kaunseling individu dan
kelompok
dan aktiviti yang meningkatkan motivasi mereka untuk datang
awal ke sekolah.
vi) Memastikan
pengurangan kadar jumlah lewat ke sekolah dalam kalangan
pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Seri
Permaisuri.
4.0
KUMPULAN SASARAN
Kami mengambil sampel 35 orang pelajar yang hadir lewat
pada bulan Januari dan pelajar ini juga adalah antara pelajar lewat yang tegar
dari tahun lepas.
5.0
PELAKSANAAN KAJIAN
5.1
Tinjauan Masalah
Pemerhatian awal melalui analisa data borang kehadiran
lewat yang diambil oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling setiap hari bermula dari
bulan Januari hingga Julai 2015.
Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati pelajar
yang hadir lewat pada bulan Januari hingga Julai 2015, mempunyai sebab-sebab
tertentu hadir lewat ke sekolah. Pengkaji membuat semakan terhadap 35 orang
responden yang datang lewat dengan sebab-sebab yang dinyatakan.
5.2
Analisis Tinjauan Masalah
Data kehadiran pelajar lewat (35 orang responden)
daripada tingkatan 3 hingga 5 bagi bulan Januari hingga Julai 2015.
BULAN
|
BILANGAN PELAJAR HADIR LEWAT
|
Januari
|
130 (16.3%)
|
Februari
|
82 (10.3%)
|
Mac
|
121 (15.1%)
|
April
|
161 (20.1%)
|
Mei
|
120 (15.0%)
|
Jun
|
60 (7.5%)
|
Julai
|
64 (8.0%)
|
Perbezaan antara jumlah pelajar datang lewat pada bulan
Januari dan Julai adalah 99 orang bersamaan dengan 8.3%. Ini berlaku perbezaan dan
pengkaji telah mengambil usaha bagi menjalankan soal selidik terhadap 35 orang
responden dari tingkatan 3 hingga 5 untuk mengetahui punca sebenar pelajar
datang lewat secara terperinci
Berikut adalah jenis kenderaan ke sekolah bagi 35 orang
responden yang dikaji:
JENIS KENDERAAN
|
JUMLAH RESPONDEN
|
A-
Jalan kaki
|
21 orang
|
B-
Basikal
|
-
|
C-
Motosikal
|
7 orang
|
D-
Ibu /ayah hantar
|
2 orang
|
E-
Bas /van sekolah
|
-
|
F-
Kenderaan awam
|
4 orang
|
G-
Kereta kawan/makcik/pakcik
|
-
|
H-
Lain-lain
|
1 orang
|
JUMLAH
|
35 orang
|
Tempat tinggal 35 orang responden yang dikaji:
JENIS KEDIAMAN
|
JUMLAH RESPONDEN
|
1-
Flat Sri Melaka
|
5 orang
|
2-
Flat Sri Johor
|
8 orang
|
3-
Kuarters IPG
|
3 orang
|
4-
Flat Sri P.Pinang
|
2 orang
|
5-
Cheras Baru
|
1 orang
|
6-
Sri Penara
|
3 orang
|
7-
Flat Sri Sabah
|
2 orang
|
8-
Jalan Ikan Emas
|
2 orang
|
9-
Pangsapuri Indah Mas
|
1 orang
|
10- PPR Taman Mulia
BTR
|
1 orang
|
11- Kondo Bayu Tasik
|
2 orang
|
12- Villa Laman Tasik Condo
|
1 orang
|
13- Cengal Condo
|
1 orang
|
14- Apartment Lumayan
|
1 orang
|
15- Pangsapuri Cheras 4E
|
1 orang
|
16- Lain -lain
|
1 orang
|
JUMLAH
|
35 orang
|
Dapatan soal selidik mengenai persetujuan punca-punca
kehadiran lewat ke sekolah (35 responden):
BIL
|
PUNCA/SEBAB LEWAT
|
JUMLAH YA (/)
|
JUMLAH TIDAK (X)
|
1
|
Bekerja sambilan
|
3 orang
|
32 orang
|
2
|
Tidur jam 12 malam ke atas
|
25 orang
|
10 orang
|
3
|
Kurang bermotivasi ke sekolah
|
10 orang
|
25 orang
|
4
|
Hadir ke sekolah sebab
terpaksa
|
7 orang
|
28 orang
|
5
|
Lewat sebab diri sendiri
|
30 orang
|
5 orang
|
6
|
Tempat tinggal jauh dari
sekolah
|
15 orang
|
20 orang
|
7
|
Tinggal bersendirian
|
3 orang
|
32 orang
|
8
|
Jadual kenderaan awam tidak
menentu
|
13 orang
|
22 orang
|
9
|
Suka tunggu rakan
|
18 orang
|
17 orang
|
10
|
Tiada orang prihatin
|
5 orang
|
30 orang
|
11
|
Sikap sambil lewa
|
5 orang
|
30 orang
|
12
|
Sengaja datang lewat
|
5 orang
|
30 orang
|
13
|
Masalah bangun awal
|
28 orang
|
7 orang
|
14
|
Tidak tahu sebab datang ke
sekolah
|
9 orang
|
26 orang
|
JUMLAH PERATUS PUNCA-PUNCA
KEHADIRAN PELAJAR LEWAT KE SEKOLAH 2015
Secara keseluruhannya, didapati punca-punca bagi
pelajar SMK Seri Permaisuri lewat hadir
ke sekolah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan graf di atas iaitu
bekerja sambilan, tidur jam 12 malam ke atas, kurang bermotivasi ke sekolah, hadir
ke sekolah sebab terpaksa , lewat sebab diri sendiri, tempat tinggal jauh dari
sekolah, tinggal bersendirian, jadual kenderaan awam tidak menentu, suka tunggu
rakan, tiada orang prihatin, sikap sambil lewat, sengaja datang lewat, masalah
bangun awal dan tidak tahu sebab datang ke sekolah.
Hasil daripada dapatan kajian ini, didapati bahawa punca
utama pelajar lewat datang ke sekolah adalah atas sebab diri sendiri atau sikap
dan perangai pelajar tersebut iaitu
sebanyak 85.7 %. Punca berikutnya adalah
masalah untuk bangun awal iaitu sebanyak 80%. Seterusnya, tidur lewat 12 malam
ke atas merupakan punca ketiga tinggi iaitu sebanyak 71.4%.
5.3
Tindakan Yang Dijalankan:
Lima tindakan telah
dijalankan iaitu:
1)
Program Kempen
Datang Awal- Ops PANTAS
2)
Program
Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
3)
Kelompok
“Sayangi Diri”
4)
Program Kami
Sayang Anda
5)
Ceramah Ops
Pantas (Sifar Lewat)
Bahan-bahan dan instrumen yang digunakan:
Tindakan 1: Peraturan disiplin sekolah diterangkan dan pentadbir
bersama kaunselor,
guru bertugas
menunggu di pagar sekolah menggalakkan pelajar datang awal ke sekolah.
Tindakan 2: Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir
Awal ke Sekolah) 2015
Tindakan 3: Memanggil para pelajar yang
lewat hadir ke sekolah secara berkelompok
mengikut bilangan
kehadiran lewat mereka.
Tindakan 4: Memberi suntikan motivasi
serta edaran bahan-bahan modul kepada mereka
yang terlibat
dengan kehadiran lewat bersama pentadbir dan kaunselor.
Tindakan 5: Perkongsian ilmu, tembubual
dan soal selidik kepada 35 orang responden
yang kerap hadir
lewat ke sekolah.
5.4
Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian/
Penilaian)
5.4.1
Pelaksanaan Tindakan 1- Program
Kempen Datang Awal- Ops
PANTAS
i)
Pengkaji
bersama pihak pentadbir serta guru bertugas kerjasama dengan Unit Disiplin
menyatakan peraturan kepada para pelajar agar datang awal ke sekolah sebelum
7.30 pagi setiap hari bermula Januari 2015. Selain itu, pihak pentadbir turut
memainkan peranan mereka bersama-sama turun padang untuk memastikan kempen
datang awal ke sekolah berjalan lancar.
ii)
Selain itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling juga
menjaga kehadiran pelajar lewat ini mulai jam 7.30 hingga 8.30 pagi bagi
menggalakkan dan memberi suntikan motivasi agar mereka datang lebih awal.
iii)
Dari
pemerhatian itu, pengkaji mendapati bagi mengatasi kehadiran pelajar yang lewat
ke sekolah, pihak sekolah iaitu pentadbir, guru bertugas, guru disiplin dan
guru kaunseling perlu mengambil tindakan yang lebih tegas lagi.
5.4.2
Pelaksanaan Tindakan 2- Program
Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
i)
Pengkaji
bersama pihak pentadbir telah mengambil inisiatif yang positif untuk memberi
sijil dan hadiah iringan kepada pelajar yang telah hadir awal ke sekolah
sebagai memberi penghargaan mereka.
ii)
Ini sekaligus
memberi galakan kepada mereka untuk datang awal ke sekolah dan menghargai masa.
Mereka dipilih berdasarkan jumlah kekerapan datang lewat yang semakin
berkurangan berdasarkan dari bulan Januari hingga Mei (penggal pertama
persekolahan).
iii)
Seramai 3
orang yang telah berjaya membentuk sahsiah positif iaitu datang awal ke sekolah
sebelum 7.30 pagi.
5.4.3
Pelaksanaan Tindakan 3- Kelompok
“Sayangi Diri”
i)
Pengkaji
memanggil responden yang terlibat seramai 35 orang secara berperingkat mengikut
situasi yang sesuai.
ii)
Rakan pengkaji
iaitu Pn Wan Normala telah memanggil pelajar yang berada di bawah seliaan
program beliau iaitu seramai 15 orang responden dikumpulkan dalam bilik
kaunseling.
iii)
Pengkaji pula
telah mengumpulkan seramai 20 orang responden yang terlibat dalam bilik
kaunseling pada hari yang lain.
iv)
Rakan pengkaji
iaitu Pn Chieng Lung Ann menyediakan dan mengedarkan bahan-bahan motivasi bagi
35 orang responden ini.
v)
Perbincangan
kelompok mengenai sebab utama mereka datang lewat ke sekolah dan hala tuju
mereka mengenai masa depan.
vi)
Sesi ini telah
dapat mengurangkan bilangan responden yang hadir lewat ke sekolah.
5.4.4
Pelaksanaan Tindakan 4- Program
Kami Sayang Anda
i)
Rakan pengkaji
iaitu Pn Wan Normala merupakan Penyelaras bagi program khas ini kerjasama
dengan Unit Disiplin.
ii)
Rakan pengkaji
juga mengumpulkan 35 orang responden ini pada setiap Jumaat minggu terakhir
setiap bulan. Perjumpaan sekali sebulan ini diadakan di Dewan Terbuka sekolah.
iii)
Dalam
perjumpaan ini, rakan pengkaji memberikan bahan/modul kepada 35 responden ini
agar mereka dapat suntikan motivasi untuk hadir awal ke sekolah serta
mengetahui hala tuju mereka ke sekolah.
5.4.5
Pelaksanaan Tindakan 5- Ceramah
Ops Pantas (Sifar Lewat)
i)
Pengkaji telah
mengumpulkan 35 orang responden ini dalam sebuah program khas iaitu ceramah
yang diadakan di Bilik Muzik, SMK Seri Permaisuri.
ii)
Mereka diberi
soal selidik serta mendengar perkongsian ilmu daripada penceramah
jemputan. Ini untuk menggalakkan mereka agar menghargai masa dan secara tidak
langsung datang ke sekolah dengan lebih awal lagi.
iii)
Daripada
pemerhatian pengkaji, bilangan responden hadir lewat ke sekolah hanya dapat
dikurangkan daripada 35 kepada 34 orang. Hanya seorang sahaja yang berjaya
dikenal pasti telah hadir awal ke sekolah dari bulan Jun hingga Julai (penggal
kedua persekolahan).
5.5
Refleksi Kajian
Daripada 35 orang responden yang lewat hadir ke sekolah
ini, didapati kebanyakan mereka adalah tinggal di flat Sri Johor dan didapati kesemua
responden ini adalah tinggal di kawasan yang berdekatan dari sekolah iaitu
tidak melebihi 2km dari sekolah. 21 orang pelajar daripada 35 responden ini
datang sekolah dengan jalan kaki. Secara keseluruhannya, pelajar lewat hadir ke
sekolah telah menurun dari 130 orang pelajar pada bulan Januari ke 64 orang
pelajar pada bulan Julai yang lalu. Selepas lima tindakan yang telah diambil,
ada impak sedikit sebanyak iaitu ada penurunan dari segi bilangan pelajar yang
datang lewat ke sekolah. Ini telah menunjukkan ada perubahan yang positif
terhadap ketetapan waktu ke sekolah. Harapan kami, mereka dapat membuang terus
amalan negatif itu. Pihak sekolah perlu mengatasi masalah lewat ke sekolah
secara bersungguh-sungguh dan berterusan.
6.0
Cadangan Kajian Seterusnya
Memandangkan kajian
ini menghasilkan perubahan diri dan sikap murid yang positif terhadap kehadiran
ke sekolah, kami akan seterusnya menjalankan kajian yang sama dengan
responden-responden daripada pelajar lain yang lewat hadir ke sekolah. Kami
berharap dengan penerusan kajian ini dapat lagi mengurangkan dan seterusnya
membuangkan amalan lewat ke sekolah di kalangan pelajar sesi pagi tahun 2015
ini. Dengan kehadiran yang sempurna, ketepatan waktu sekolah ini diharapkan
pencapaian akademik akan meningkat daripada segi kualiti dan kuantiti.
Bibliografi
1.
Anj
Jit Eng, Ph.D. Pengurusan Disiplin Murid.
2.
Garis
Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
JPWPKL.2004.
3.
Mohd
Ismail Othman. Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar.
4.
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995. Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.
SOAL SELIDIK ISU PELAJAR LEWAT KE SEKOLAH
1. JANTINA : L / P
2. BANGSA : M / C/ I/ LL
3. TINGKATAN : 3/ 4/ 5/ 6
KELAS: _______________
4. TEMPAT
TINGGAL :……………………………………………………………………
5. KENDERAAN KE
SEKOLAH :……………………………………………………
a) SENDIRI
: JALAN KAKI
b) SENDIRI
: BERBASIKAL
c) SENDIRI
: BERMOTOSIKAL
d) IBU/
AYAH HANTAR
e) BAS
SEKOLAH / VAN SEKOLAH
f) MENAIKI
KENDERAAN AWAM (BAS/LRT/KTM/TEKSI)
g) IKUT
KERETA KAWAN/ MAKCIK/ PAKCIK
h) LAIN-LAIN
ARAHAN
TANDAKAN (/) PADA YA JIKA KENYATAAN TERSEBUT BENAR DAN TIDAK
BAGI KENYATAAN YANG SALAH. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.
BIL
|
ITEM
|
YA
|
TIDAK
|
1
|
Saya bekerja sambilan
|
||
2
|
Kebiasaan saya tidur jam 12 pagi keatas
|
||
3
|
Masa tidur saya berkualiti (6 jam)
|
||
4
|
Saya suka hadir ke sekolah
|
||
5
|
Saya bangun sebelum jam 6.00 pagi
|
||
6
|
Saya kurang bermotivasi untuk hadir ke sekolah setiap hari
|
||
7
|
Masa sangat penting dalam hidup saya
|
||
8
|
Saya rasa peraturan sekolah terlalu longgar
|
||
9
|
Saya hadir ke sekolah kerana terpaksa/paksaan
(ibubapa/keluarga/guru)
|
||
10
|
Pada pandangan saya, kehadiran lewat ke sekolah sesuatu
yang merugikan (pelajaran tertinggal)
|
||
11
|
Kelewatan saya hadir ke sekolah adalah disebabkan saya
sendiri bukannya orang lain
|
||
12
|
Kediaman/ tempat tinggal berada di luar zon/ kawasan
sekolah.
|
||
13
|
Saya tinggal berseorangan dan bukan bersama keluarga atau
penjaga.
|
||
14
|
Jadual perjalanan menaiki kenderaan awam yang tidak
menentu.
|
||
15
|
Saya suka menunggu rakan untuk ke sekolah bersama-sama.
|
||
16
|
Tiada orang prihatin kepada saya
|
||
17
|
Sikap guru sambil lewa tentang pelajar datang lewat ke
sekolah
|
||
18
|
Saya memang sengaja datang lewat
|
||
19
|
Saya mempunyai masalah untuk bangun awal
|
||
20
|
Saya tidak tahu sebab perlu datang awal ke sekolah
|
31 comments
SALAM /TUANPUAN. MINTA IZIN UTK SAYAAMBIL SALINAN SOAL SELIDIK PELAJAR INI??
Silakan. Semoga bermanfaat
mintak izin copy ya Za...
Boleh. Semoga bermanfaat. Kajian tindakan ini hasil dari bengkel kajian tindakan yg dikelolakan oleh saya dan saya guide untuk menghasilkan satu kajian tindakan.Saya dah maklumkan yg kajian tindakan ini akan dipublish kpd public dlm blog saya untuk dikongsi dan dirujuk oleh org lain. Guru kaunseling sekolah ini bersetuju untuk dikongsi kpd org lain.
SELAMAT PAGI PN/TN....SAYA INGIN MENDAPATKAN KEBENARAN UNTUK MENGAMBIL SALINAN SOAL SELIDIK DALAM KAJIAN INI SUPAYA DAPAT DIGUNAKAN DI SEKOLAH SAYA .
TERIKMA KASIH.
Sila gunakan dan semoga bermanfaat
Sila gunakan dan semoga bermanfaat
Assalamualaikum pn,
Mohon untuk menggunakan contoh kajian-kajian tindakan dan maklumat di dalam blog pn ini.
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran..Aaminn :)
Terima kasih :)
Terima kasih. Aamin :)
Salam Puan mohon utk Share program yg puan jalankan utk kesesuaian program di sekolah saya
Silakan. Terima kasih
Salam puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan ya. Terima kasih
mohon share akk..moge besar pahala akk dan rakan2 ats perkongsian ini
Kepada Kadijah dan Azah,
Boleh share. Semoga bermanfaat
Assalam... Puan.. Mohon share jgk ye... terima kasih banyak membantu... Smoga dipermudahkan urusan puan..
Ya azn. Boleh share. Sama sama. Semiga urusan anda juga dipermudahkan.
Assalam cikgu, saya mohon izin untuk gunakan soal selidik ni ya. terima kasih.
-chombie-
Silakan. Semoga bermanfaat
Assalamualaikum wbt, Pn Nurhaiza, saya mohon ambil bahan pn sebagai rujukan, boleh.?
Great post. I was checking constantly this weblog and I'm inspired!
Very helpful information specially the final phase :) I
maintain such info much. I was looking for this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.
Waalaikummussalam Mie
Boleh gunakan dan semoga bermanfaat
Thank you for your constantly reading
Assalam... Puan Nurhaiza Mohon izin ya ambil bahan sebagai rujukan.. terima kasih banyak membantu... Smoga dipermudahkan urusan puan..
Selamat sejahtera, minta izin puan, saya ingin membuat rujukan dari kajian tindakan puan. Boleh ke saya copy soal-selidik yang digunakan? terima kasih.
Salam Nurain
Terima kasih atas doa anda. Aamin.
Hi pn leong
Anda boleh gunakan soal selidik tu. Terima kasih.
Salam puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan dan menggunakan soal selidik ini. Terima kasih
Assalamualaikum puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan dan menggunakan soal selidik ini. Terima kasih
Terima kasih kerana memanfaatkan dan menggunakannya
Assalamualaikum puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan dan menggunakan soal selidik ini. Terima kasih
assalamualaikum puan. izinkan saya jadikan kajian puan sbg rujukan.