19 February 2016

Kajian Tindakan "OPS Pantas" Ke Sekolah Dan Soal Selidik Murid Lewat

KAJIAN TINDAKAN
PROGRAM “OPS PANTAS”
KEMPEN DATANG AWAL KE SEKOLAH
TAHUN 2015


Oleh :
Pn. Nurshida bt Manan
Pn Wan Normala Bt Ali@Wan Ali
Pn Chieng Lung Ann
(Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Permaisuri)



Abstrak
Kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengenal pasti punca pelajar lewat hadir ke sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar sesi pagi SMK Seri Permaisuri. Kehadiran pelajar lewat ke sekolah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan sejak kebelakangan ini. Oleh itu pihak sekolah khususnya para pentadbir bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Disiplin telah mengenal pasti masalah ini dan mengambil inisiatif untuk mengekang masalah ini. Kajian ini melibatkan responden dalam kalangan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 iaitu seramai 35 orang pelajar yang lewat hadir ke sekolah.
            Tinjauan secara pemerhatian, borang kehadiran lewat dan soal selidik digunakan untuk mengenal pasti permasalahan atau punca kehadiran lewat pelajar ke sekolah. Didapati data awal melalui data borang kehadiran lewat, kebanyakannya pelajar bangun lambat menyebabkan lewat ke sekolah. Program Kami Sayang Anda dan motivasi telah dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam meningkatkan kehadiran awal pelajar ini ke sekolah. Manakala dari pihak Badan Disiplin pula mengenakan tindakan menampal nama-nama pelajar lewat untuk kesedaran umum dan juga rotan sekiranya melebihi dari 5 kali lewat. Pengkaji mengharap agar dengan adanya pendekatan dari pelbagai program seperti ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat).




1.0             REFLEKSI YANG LALU

Sekolah merupakan satu institusi pendidikan dalam melahirkan murid-murid yang mempunyai akademik dan berpendidikan malahan juga tempat untuk pembentukan sahsiah diri yang baik. Dalam mendapatkan proses pendidikan dan pembentukan akhlak inilah berlakunya proses sosialisasi dalam sesebuah organisasi sekolah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha  bukan berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Peranan pihak sekolah seperti guru dan para pentadbir amat penting bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan di samping membentuk nilai murni yang baik dalam diri.Namun tugas itu bukan suatu yang mudah dengan cabaran sosialisasi dan modenisasi yang menuntut kawalan intelek, emosi dan rohani dalam meneruskan cabaran hidup masa kini. Pada masa kini kehadiran lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar SMK Seri Permaisuri semakin menjadi-jadi. Kehadiran lewat ke sekolah  berdasarkan  melebihi jam 7.30 pagi. Pelajar menganggap bahawa isu lewat tidak menimbulkan masalah yang pentingnya mereka tetap hadir ke sekolah. Malahan pihah disiplin turut melaporkan sehingga jam 9.30 pagi masih ada pelajar yang hadir ke sekolah.

Pada masa kini kehadiran lewat semakin menjadi-jadi di SMK Seri Permaisuri. Didapati maklumat awal melalui pemerhatian dan analisa borang kehadiran lewat, seramai 130 orang (16.3%) yang hadir lewat pada bulan Januari manakala pada bulan Julai adalah seramai 64 orang (8.0%) yang melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Ini menggambarkan bilangan yang agak ramai pelajar SMK Seri Permaisuri  yang terlibat dengan kehadiran lewat ke sekolah.

2.0             ISU KEPRIHATINAN

Bermula pada bulan Januari, seramai 130 orang (16.3%) pelajar yang terlibat dengan kehadiran lewat ke sekolah yang melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Ini akan membimbangkan kerana pada bulan Januari sahaja sudah menunjukkan hampir 130 orang yang lewat. Jadi, kami perlu melakukan tindakan segera bagi mengurangkan kes lewat ini dengan menjalankan kajian tindakan yang akan bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan Julai 2015 untuk melihat keberkesanan tindakan yang akan kami jalankan.

3.0             OBJEKTIF KAJIAN

3.1             Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk menangani masalah kehadiran pelajar yang lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar SMK Seri Permaisuri.

3.2            Objektif  Khusus
i)         Mengenal pasti punca kehadiran pelajar datang lewat ke sekolah.
ii)        Mengenal pasti jenis kenderaan pelajar yang datang lewat ke sekolah.
iii)       Mengenal pasti jenis kediaman pelajar yang datang lewat ke sekolah.
iv)       Mengurangkan kadar lewat ke sekolah dalam kalangan pelajar pelajar  
            SMK Seri Permaisuri.
v)       Membantu pelajar-pelajar ini melalui sesi kaunseling individu dan
           kelompok  dan aktiviti yang meningkatkan motivasi mereka untuk datang
           awal ke sekolah.
vi)      Memastikan pengurangan kadar jumlah lewat ke sekolah dalam kalangan
          pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Seri Permaisuri.



4.0            KUMPULAN SASARAN

Kami mengambil sampel 35 orang pelajar yang hadir lewat pada bulan Januari dan pelajar ini juga adalah antara pelajar lewat yang tegar dari tahun lepas.

5.0            PELAKSANAAN KAJIAN

5.1            Tinjauan Masalah
Pemerhatian awal melalui analisa data borang kehadiran lewat yang diambil oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling setiap hari bermula dari bulan Januari hingga Julai 2015.
Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati pelajar yang hadir lewat pada bulan Januari hingga Julai 2015, mempunyai sebab-sebab tertentu hadir lewat ke sekolah. Pengkaji membuat semakan terhadap 35 orang responden yang datang lewat dengan sebab-sebab yang dinyatakan.

5.2            Analisis Tinjauan Masalah
Data kehadiran pelajar lewat (35 orang responden) daripada tingkatan 3 hingga 5 bagi bulan Januari hingga Julai 2015.
BULAN
BILANGAN PELAJAR HADIR LEWAT
Januari
130 (16.3%)
Februari
82 (10.3%)
Mac
121 (15.1%)
April
161 (20.1%)
Mei
120 (15.0%)
Jun
60 (7.5%)
Julai
64 (8.0%)

Perbezaan antara jumlah pelajar datang lewat pada bulan Januari dan Julai adalah 99 orang bersamaan dengan 8.3%. Ini berlaku perbezaan dan pengkaji telah mengambil usaha bagi menjalankan soal selidik terhadap 35 orang responden dari tingkatan 3 hingga 5 untuk mengetahui punca sebenar pelajar datang lewat secara terperinci

Berikut adalah jenis kenderaan ke sekolah bagi 35 orang responden yang dikaji:
JENIS KENDERAAN
JUMLAH RESPONDEN
A-   Jalan kaki
21 orang
B-    Basikal
-
C-    Motosikal
7 orang
D-   Ibu /ayah hantar
2 orang
E-    Bas /van sekolah
-
F-    Kenderaan awam
4 orang
G-   Kereta kawan/makcik/pakcik
-
H-   Lain-lain
1 orang
JUMLAH
35 orang

Tempat tinggal 35 orang responden yang dikaji:
JENIS KEDIAMAN
JUMLAH RESPONDEN
1-      Flat Sri Melaka
5 orang
2-     Flat Sri Johor
8 orang
3-     Kuarters IPG
3 orang
4-     Flat Sri P.Pinang
2 orang
5-     Cheras Baru
1 orang
6-     Sri Penara
3 orang
7-     Flat Sri Sabah
2 orang
8-     Jalan Ikan Emas
2 orang
9-     Pangsapuri Indah Mas
1 orang
10-  PPR Taman Mulia BTR
1 orang
11- Kondo Bayu Tasik
2 orang
12- Villa Laman Tasik Condo
1 orang
13- Cengal Condo
1 orang
14- Apartment Lumayan
1 orang
15- Pangsapuri Cheras 4E
1 orang
16-  Lain -lain
1 orang
JUMLAH
35 orang

Dapatan soal selidik mengenai persetujuan punca-punca kehadiran lewat ke sekolah (35 responden):
BIL
PUNCA/SEBAB LEWAT
JUMLAH YA (/)
JUMLAH TIDAK (X)
1
Bekerja sambilan
3 orang
32 orang
2
Tidur jam 12 malam ke atas
25 orang
10 orang
3
Kurang bermotivasi ke sekolah
10 orang
25 orang
4
Hadir ke sekolah sebab terpaksa
7 orang
28 orang
5
Lewat sebab diri sendiri
30 orang
5 orang
6
Tempat tinggal jauh dari sekolah
15 orang
20 orang
7
Tinggal bersendirian
3 orang
32 orang
8
Jadual kenderaan awam tidak menentu
13 orang
22 orang
9
Suka tunggu rakan
18 orang
17 orang
10
Tiada orang prihatin
5 orang
30 orang
11
Sikap sambil lewa
5 orang
30 orang
12
Sengaja datang lewat
5 orang
30 orang
13
Masalah bangun awal
28 orang
7 orang
14
Tidak tahu sebab datang ke sekolah
9 orang
26 orang




JUMLAH PERATUS PUNCA-PUNCA KEHADIRAN PELAJAR LEWAT KE SEKOLAH 2015


Secara keseluruhannya, didapati punca-punca bagi pelajar  SMK Seri Permaisuri lewat hadir ke sekolah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan graf di atas iaitu bekerja sambilan, tidur jam 12 malam ke atas, kurang bermotivasi ke sekolah, hadir ke sekolah sebab terpaksa , lewat sebab diri sendiri, tempat tinggal jauh dari sekolah, tinggal bersendirian, jadual kenderaan awam tidak menentu, suka tunggu rakan, tiada orang prihatin, sikap sambil lewat, sengaja datang lewat, masalah bangun awal dan tidak tahu sebab datang ke sekolah.
Hasil daripada dapatan kajian ini, didapati bahawa punca utama pelajar lewat datang ke sekolah adalah atas sebab diri sendiri atau sikap dan perangai pelajar tersebut  iaitu sebanyak 85.7 %.  Punca berikutnya adalah masalah untuk bangun awal iaitu sebanyak 80%. Seterusnya, tidur lewat 12 malam ke atas merupakan punca ketiga tinggi iaitu sebanyak 71.4%.


5.3            Tindakan Yang Dijalankan:
Lima tindakan telah dijalankan iaitu:
1)     Program Kempen Datang Awal- Ops PANTAS
2)     Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
3)     Kelompok “Sayangi Diri”
4)     Program Kami Sayang Anda
5)     Ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat)

Bahan-bahan dan instrumen yang digunakan:
Tindakan 1: Peraturan disiplin sekolah diterangkan dan pentadbir bersama kaunselor,
guru bertugas menunggu di pagar sekolah menggalakkan pelajar datang awal ke sekolah.
Tindakan 2: Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
            Tindakan 3: Memanggil para pelajar yang lewat hadir ke sekolah secara berkelompok
mengikut bilangan kehadiran lewat mereka.
            Tindakan 4: Memberi suntikan motivasi serta edaran bahan-bahan modul kepada mereka
yang terlibat dengan kehadiran lewat bersama pentadbir dan kaunselor.
            Tindakan 5: Perkongsian ilmu, tembubual dan soal selidik kepada 35 orang responden
yang kerap hadir lewat ke sekolah.
           
5.4            Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya (Pemerhatian/ Penilaian)
5.4.1       Pelaksanaan Tindakan 1- Program Kempen Datang Awal- Ops
PANTAS
i)                Pengkaji bersama pihak pentadbir serta guru bertugas kerjasama dengan Unit Disiplin menyatakan peraturan kepada para pelajar agar datang awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi setiap hari bermula Januari 2015. Selain itu, pihak pentadbir turut memainkan peranan mereka bersama-sama turun padang untuk memastikan kempen datang awal ke sekolah berjalan lancar.

ii)               Selain itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menjaga kehadiran pelajar lewat ini mulai jam 7.30 hingga 8.30 pagi bagi menggalakkan dan memberi suntikan motivasi agar mereka datang lebih awal.

iii)            Dari pemerhatian itu, pengkaji mendapati bagi mengatasi kehadiran pelajar yang lewat ke sekolah, pihak sekolah iaitu pentadbir, guru bertugas, guru disiplin dan guru kaunseling perlu mengambil tindakan yang lebih tegas lagi.

5.4.2       Pelaksanaan Tindakan 2- Program Pembentukan Sahsiah Positif (Telah Hadir Awal ke Sekolah) 2015
i)                Pengkaji bersama pihak pentadbir telah mengambil inisiatif yang positif untuk memberi sijil dan hadiah iringan kepada pelajar yang telah hadir awal ke sekolah sebagai memberi penghargaan mereka.
ii)              Ini sekaligus memberi galakan kepada mereka untuk datang awal ke sekolah dan menghargai masa. Mereka dipilih berdasarkan jumlah kekerapan datang lewat yang semakin berkurangan berdasarkan dari bulan Januari hingga Mei (penggal pertama persekolahan).
iii)            Seramai 3 orang yang telah berjaya membentuk sahsiah positif iaitu datang awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi.

5.4.3       Pelaksanaan Tindakan 3- Kelompok “Sayangi Diri”
i)                Pengkaji memanggil responden yang terlibat seramai 35 orang secara berperingkat mengikut situasi yang sesuai.
ii)              Rakan pengkaji iaitu Pn Wan Normala telah memanggil pelajar yang berada di bawah seliaan program beliau iaitu seramai 15 orang responden dikumpulkan dalam bilik kaunseling.
iii)            Pengkaji pula telah mengumpulkan seramai 20 orang responden yang terlibat dalam bilik kaunseling pada hari yang lain.
iv)             Rakan pengkaji iaitu Pn Chieng Lung Ann menyediakan dan mengedarkan bahan-bahan motivasi bagi 35 orang responden ini.
v)               Perbincangan kelompok mengenai sebab utama mereka datang lewat ke sekolah dan hala tuju mereka mengenai masa depan.
vi)             Sesi ini telah dapat mengurangkan bilangan responden yang hadir lewat ke sekolah.


5.4.4       Pelaksanaan Tindakan 4- Program Kami Sayang Anda
i)                Rakan pengkaji iaitu Pn Wan Normala merupakan Penyelaras bagi program khas ini kerjasama dengan Unit Disiplin.
ii)              Rakan pengkaji juga mengumpulkan 35 orang responden ini pada setiap Jumaat minggu terakhir setiap bulan. Perjumpaan sekali sebulan ini diadakan di Dewan Terbuka sekolah.
iii)            Dalam perjumpaan ini, rakan pengkaji memberikan bahan/modul kepada 35 responden ini agar mereka dapat suntikan motivasi untuk hadir awal ke sekolah serta mengetahui hala tuju mereka ke sekolah.

5.4.5       Pelaksanaan Tindakan 5- Ceramah Ops Pantas (Sifar Lewat)
i)                Pengkaji telah mengumpulkan 35 orang responden ini dalam sebuah program khas iaitu ceramah yang diadakan di Bilik Muzik, SMK Seri Permaisuri.
ii)              Mereka diberi soal selidik serta mendengar perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan. Ini untuk menggalakkan mereka agar menghargai masa dan secara tidak langsung datang ke sekolah dengan lebih awal lagi.
iii)            Daripada pemerhatian pengkaji, bilangan responden hadir lewat ke sekolah hanya dapat dikurangkan daripada 35 kepada 34 orang. Hanya seorang sahaja yang berjaya dikenal pasti telah hadir awal ke sekolah dari bulan Jun hingga Julai (penggal kedua persekolahan).

5.5            Refleksi Kajian
Daripada 35 orang responden yang lewat hadir ke sekolah ini, didapati kebanyakan mereka adalah tinggal di flat Sri Johor dan didapati kesemua responden ini adalah tinggal di kawasan yang berdekatan dari sekolah iaitu tidak melebihi 2km dari sekolah. 21 orang pelajar daripada 35 responden ini datang sekolah dengan jalan kaki. Secara keseluruhannya, pelajar lewat hadir ke sekolah telah menurun dari 130 orang pelajar pada bulan Januari ke 64 orang pelajar pada bulan Julai yang lalu. Selepas lima tindakan yang telah diambil, ada impak sedikit sebanyak iaitu ada penurunan dari segi bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Ini telah menunjukkan ada perubahan yang positif terhadap ketetapan waktu ke sekolah. Harapan kami, mereka dapat membuang terus amalan negatif itu. Pihak sekolah perlu mengatasi masalah lewat ke sekolah secara bersungguh-sungguh dan berterusan.

6.0            Cadangan Kajian Seterusnya  
Memandangkan kajian ini menghasilkan perubahan diri dan sikap murid yang positif terhadap kehadiran ke sekolah, kami akan seterusnya menjalankan kajian yang sama dengan responden-responden daripada pelajar lain yang lewat hadir ke sekolah. Kami berharap dengan penerusan kajian ini dapat lagi mengurangkan dan seterusnya membuangkan amalan lewat ke sekolah di kalangan pelajar sesi pagi tahun 2015 ini. Dengan kehadiran yang sempurna, ketepatan waktu sekolah ini diharapkan pencapaian akademik akan meningkat daripada segi kualiti dan kuantiti.

Bibliografi
1.     Anj Jit Eng, Ph.D. Pengurusan Disiplin Murid.
2.     Garis Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. JPWPKL.2004.
3.     Mohd Ismail Othman. Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar.
4.     Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995. Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.



SOAL SELIDIK ISU PELAJAR LEWAT KE SEKOLAH

1.         JANTINA        : L / P
2.         BANGSA        : M / C/ I/ LL
3.         TINGKATAN : 3/ 4/ 5/ 6  KELAS: _______________
4.         TEMPAT TINGGAL            :……………………………………………………………………
5.         KENDERAAN KE SEKOLAH            :……………………………………………………
a)     SENDIRI : JALAN KAKI
b)     SENDIRI : BERBASIKAL
c)     SENDIRI : BERMOTOSIKAL
d)     IBU/ AYAH HANTAR
e)     BAS SEKOLAH / VAN SEKOLAH
f)      MENAIKI KENDERAAN AWAM (BAS/LRT/KTM/TEKSI)
g)     IKUT KERETA KAWAN/ MAKCIK/ PAKCIK
h)     LAIN-LAIN

ARAHAN
TANDAKAN (/) PADA YA JIKA KENYATAAN TERSEBUT BENAR DAN TIDAK BAGI KENYATAAN YANG SALAH. SILA JAWAB DENGAN JUJUR.

BIL
ITEM
YA
TIDAK
1
Saya bekerja sambilan


2
Kebiasaan saya tidur jam 12 pagi keatas


3
Masa tidur saya berkualiti (6 jam)


4
Saya suka hadir ke sekolah


5
Saya bangun sebelum jam 6.00 pagi


6
Saya kurang bermotivasi untuk hadir ke sekolah setiap hari


7
Masa sangat penting dalam hidup saya


8
Saya rasa peraturan sekolah terlalu longgar


9
Saya hadir ke sekolah kerana terpaksa/paksaan (ibubapa/keluarga/guru)


10
Pada pandangan saya, kehadiran lewat ke sekolah sesuatu yang merugikan (pelajaran tertinggal)


11
Kelewatan saya hadir ke sekolah adalah disebabkan saya sendiri bukannya orang lain


12
Kediaman/ tempat tinggal berada di luar zon/ kawasan sekolah.


13
Saya tinggal berseorangan dan bukan bersama keluarga atau penjaga.


14
Jadual perjalanan menaiki kenderaan awam yang tidak menentu.


15
Saya suka menunggu rakan untuk ke sekolah bersama-sama.


16
Tiada orang prihatin kepada saya


17
Sikap guru sambil lewa tentang pelajar datang lewat ke sekolah


18
Saya memang sengaja datang lewat


19
Saya mempunyai masalah untuk bangun awal


20
Saya tidak tahu sebab perlu datang awal ke sekolah



Every Day May Not Be Good
But There Is Something Good 
In Every Day
      



                                                   

31 comments

SALAM /TUANPUAN. MINTA IZIN UTK SAYAAMBIL SALINAN SOAL SELIDIK PELAJAR INI??

mintak izin copy ya Za...

Boleh. Semoga bermanfaat. Kajian tindakan ini hasil dari bengkel kajian tindakan yg dikelolakan oleh saya dan saya guide untuk menghasilkan satu kajian tindakan.Saya dah maklumkan yg kajian tindakan ini akan dipublish kpd public dlm blog saya untuk dikongsi dan dirujuk oleh org lain. Guru kaunseling sekolah ini bersetuju untuk dikongsi kpd org lain.

SELAMAT PAGI PN/TN....SAYA INGIN MENDAPATKAN KEBENARAN UNTUK MENGAMBIL SALINAN SOAL SELIDIK DALAM KAJIAN INI SUPAYA DAPAT DIGUNAKAN DI SEKOLAH SAYA .
TERIKMA KASIH.

Assalamualaikum pn,
Mohon untuk menggunakan contoh kajian-kajian tindakan dan maklumat di dalam blog pn ini.
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran..Aaminn :)
Terima kasih :)

Salam Puan mohon utk Share program yg puan jalankan utk kesesuaian program di sekolah saya

Salam puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan ya. Terima kasih

mohon share akk..moge besar pahala akk dan rakan2 ats perkongsian ini

Kepada Kadijah dan Azah,

Boleh share. Semoga bermanfaat

Assalam... Puan.. Mohon share jgk ye... terima kasih banyak membantu... Smoga dipermudahkan urusan puan..

Ya azn. Boleh share. Sama sama. Semiga urusan anda juga dipermudahkan.

Assalam cikgu, saya mohon izin untuk gunakan soal selidik ni ya. terima kasih.

-chombie-

Assalamualaikum wbt, Pn Nurhaiza, saya mohon ambil bahan pn sebagai rujukan, boleh.?

Great post. I was checking constantly this weblog and I'm inspired!
Very helpful information specially the final phase :) I
maintain such info much. I was looking for this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.

Waalaikummussalam Mie
Boleh gunakan dan semoga bermanfaat

Assalam... Puan Nurhaiza Mohon izin ya ambil bahan sebagai rujukan.. terima kasih banyak membantu... Smoga dipermudahkan urusan puan..

Selamat sejahtera, minta izin puan, saya ingin membuat rujukan dari kajian tindakan puan. Boleh ke saya copy soal-selidik yang digunakan? terima kasih.

Salam Nurain
Terima kasih atas doa anda. Aamin.

Hi pn leong
Anda boleh gunakan soal selidik tu. Terima kasih.

Salam puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan dan menggunakan soal selidik ini. Terima kasih

Assalamualaikum puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan dan menggunakan soal selidik ini. Terima kasih

Terima kasih kerana memanfaatkan dan menggunakannya

Assalamualaikum puan. Saya mohon izin untuk menjadikan kajian puan sebagai rujukan dan menggunakan soal selidik ini. Terima kasih

assalamualaikum puan. izinkan saya jadikan kajian puan sbg rujukan.

 

Telegram Channel