Hari ini saya mendapat kes berkaitan dengan gangguan seksual dan saya share di sini manual berkaitan dengan kes ini untuk disebarluaskan kepada murid semula agar mereka sedar mengenai adakah mereka mangsa atau tanpa sedar mereka yang merupakan orang yang terlibat dalam gangguan seksual yang difikirkan selama ini bergurau sahaja.
MANUAL MENANGANI
KES GANGGUAN SEKSUAL MURID
1. PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah
merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan
seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan
seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam
kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan
nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau
keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan
tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku
secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah
seperti di bawah :
a)
Mengeluarkan
perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui
media cetak dan elektronik.
b)
Menghantar
‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)
Mengintai
atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)
Menggalak
atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)
Mencium kanak-kanak dengan bernafsu.
f)
Bercerita
atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)
Sentuhan
seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh)
terhadap kanak-kanak.
h)
Mengambil
gambar pornografi kanak-kanak.
i)
Persetubuhan
sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)
Memasukkan
sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)
Melakukan
onani terhadap kanak-kanak.
l)
Melacurkan
kanak-kanak.
Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan
serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil
tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan
tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.
Oleh yang demikian, manual menangani gangguan
seksual murid ini akan menjadi garis panduan kepada semua warga sekolah
melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan pemulihan untuk menghadapi situasi
yang sedang berlaku serta tatacara bertindak.
Manual ini mengandungi
penerangan ringkas berhubung perlakuan gangguan seksual ke atas murid dari
aspek:
(a)
Akta
yang berkaitan ( Akta Pelindungan Kanak-Kanan dan Akta Pendidikan)
(b)
Kanun
Keseksaan merujuk kepada undang-undang negara di bawah Seksyen 354, 355, 372,
373, 375, 376, 377A, 377B, 377C, 377D, 377E dan
509.
Akta Kanak-kanak (2001)
“ Sesiapa saja melakukan
kesalahan tersebut boleh dihukum dan sekiranya didapati bersalah boleh dihukum
penjara dan/atau disebat dan/atau
didenda. Mangsa adalah pengadu yang dikehendaki memberi keterangan di
mahkamah sebagai seorang saksi. Untuk
mengurangkan trauma yang dialami oleh mangsa, adalah perlu untuk diberi
perkhidmatan kaunseling perundangan dan sokongan sebelum, semasa dan selepas
perbicaraan dijalankan. Mangsa perlu mendapat perkhidmatan guaman untuk
melindungi kepentingannya dan bertindak bagi pihaknya ketika perbicaraan”
(dengan berperanan sebagai peguam pemerhati).
(c)
Kategori,
Perlakuan dan Kesan Gangguan Seksual;
(d)
Tindakan
Orang Yang Mengalami Gangguan Seksual (Kes Rogol);
(e)
Tindakan
murid-murid, ibu bapa, pihak sekolah dan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang
Mengendalikan Aduan Gangguan Seksual (Kes Rogol);
(f)
Menangani
Kesan Gangguan (Kes Rogol); dan
(g)
Program
Pencegahan Gangguan Seksual Di Sekolah
1.1 TUJUAN
Manual
ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang
gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang
terlibat:
(a) Meningkatkan
pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan
gangguan seksual.
(b) Menjadi
panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.
(c)
Memberi
panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid
yang mengalami gangguan seksual.
(d)
Memberi
panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.
(e)
Memberi
panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui
program pencegahan gangguan seksual.
1.2 TAFSIRAN
“Rogol” bermaksud dalam
undang-undang jenayah, istilah merujuk kepada serangan seksual yang mana
penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual
seperti memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj perempuan.
Sesetengah perundangan menggunakan
istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk
seksual", juga merujuk kepada
hubungan seksual dengan seorang yang
rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali
sebagai "rogol statutori".
Dalam
bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance
rape) merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang ‘dating’
atau berkenalan. Rogol yang disebabkan penggunaan pukau untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan
diri sebelum diserang.
“Sumbang Mahram” bermaksud
kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat seperti ibu bapa,
datuk atau nenek, saudara kandung (abang, kakak, adik), saudara tiri (bukan
saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu.
“Cabul” bermaksud sebagai satu bentuk gangguan seksual yang melibatkan sentuhan pada tubuh
badan mangsa tanpa kerelaan.
“Liwat” bermaksud sebagai memasukkan alat kelamin
lelaki atau objek ke dalam dubur individu yang lain.
Gangguan seksual bermaksud
percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau tidak diterima
seperti;
a) Perkataan
yang digunakan, jenaka, simbol, kartun, simbol, lukisan, gambar atau poster
lucah.
b) Mecabul
kehormatan, meraba, memegang dan menggesel tubuh badan dengan sengaja.
c) Mengemukakan
soalan yang berkaitan dengan anggota sulit.
d) Mencadang
atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.
e) Memalukan
seseorang dari segi seksual.
f) Tingkah
laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.
g) Meminta
habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.
1.3
OBJEKTIF
a) Menolak
unsur-unsur yang tidak bermoral.
b) Menjaga
nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.
c) Menghasilkan
penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.
d) Menimbulkan
kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya
tidak berulang lagi.
e) Menanam
nilai-nilai murni kepada warga sekolah.
f) Meningkatkan
rasa selamat dalam kalangan murid.
1.4 Kategori Gangguan Seksual
Gangguan seksual yang
digambarkan boleh di kategori seperti berikut;
a) Cubaan
Untuk Merapati Orang Lain Secara Seksual
Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta
gangguan seksual termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara
seksual”. Perbuatan ini mengambil
berbagai bentuk dan dilakukan dengan berbagai cara yang boleh berlaku sekali sahaja atau
berulang kali sehingga mendapat reaksi daripada pengadu.
b) Meminta
Layanan Seksual Daripada Orang Lain
Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh
berlaku dalam keadaan dianggap sebagai
ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya pengadu
bersetuju memberikan layanan seksual kepada pemangsa.
(c) Gangguan Seksual Yang Mengugut
Keadaan seperti ini boleh berlaku apabila terdapat elemen
ugutan cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan
seksual bagi mendapatkan faedah tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaannya ialah pengadu tidak dijanjikan
dengan faedah-faedah tertentu sebaliknya diugut tidak akan mendapat
faedah-faedah seperti contoh yang dinyatakan sekiranya pengadu tidak
membenarkan pemangsa tersebut merapatinya secara seksual atau enggan memberi
layanan seksual kepadanya.
Contoh; sekiranya permintaan untuk layanan seksual
tersebut ditolak, mangsa diugut dan sebagainya
1.5 PANDUAN PENCEGAHAN
Peranan
Murid
a) Murid
perlu mengamalkan tingkah laku dan akhlak yang mulia.
b) Tidak
menyalahkan diri sendiri dan meminta bantuan daripada rakan serta guru.
c) Elakkan
diri daripada terperangkap dalam situasi yang menggalakkan berlakunya gangguan
seksual contoh: pergaulan bebas, penggunaan laman sosial secara tidak sihat.
d) Jika
murid mengalami gangguan seksual, murid hendaklah melaporkan kepada orang yang
dipercayai seperti ibu bapa/ penjaga dan guru bimbingan dan kaunseling supaya
mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah tersebut.
e) Membuat
panggilan ke talian Nur 15999 untuk mendapatkan pelindungan
f) Merujuk
kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan di hospital atau
‘One Stop Crisis Center’.
Peranan
Ibu Bapa
a) Memastikan
anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan mengamalkannya.
b) Sentiasa
mengawasi pergerakan anak-anak dan kenali rakan sebaya mereka.
c) Sentiasa
peka kepada perubahan personaliti dan tingkah laku anak-anak dari segi
perubahan fizikal dan emosi yang mendadak seperti kemurungan.
d) Luangkan
masa bersama anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa anak-anak.
e) Dapatkan
bantuan daripada agensi lain seperti agensi kerajaan (Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan One Stop Crisis Centre)
dan agensi bukan kerajaan (seperti All Women’s Action Society dan PS The
Children) dan yang berkaitan.
f) Memahami
tatacara bertindak menangangani gangguan seksual dengan betul.
g) Menangani
kes dengan tenang dan rasional.
h) Melaporkan
kejadian kepada pihak berkuasa.
Peranan
Sekolah
a) Menganjurkan
program seperti ceramah, bengkel, seminar dan kempen kesedaran gangguan seksual
dan langkah-langkah pencegahan kepada semua warga sekolah.
b) Memantapkan
peraturan sekolah.
c) Meningkatkan
persekitaran yang selamat, stabil, diyakini dan selesa dimana pelajar boleh
memberitahu, melapor dan menyuarakan idea, perasaan dan pendapat mereka.
1.6 Panduan
Menghindari Diri Daripada Gangguan Seksual Untuk Murid
a)
Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan
tidak selamat. (Tiada siapa boleh menyentuh bahagian sulit kecuali untuk
penjagaan kesihatan dan kebersihan).
b)
Elakkan berjalan bersendirian di tempat
sunyi, gelap atau dikenali sebagai kawasan berisiko tinggi (hot spot).
c)
Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi
bising sebagai tambahan kepada usaha untuk menarik perhatian orang ramai.
d)
Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan
diri dengan bercakap-cakap, berunding atau berlakon sambil mencari peluang
melepaskan diri.
e)
Menjerit sekuat hati, meraung dan sebagainya
untuk mendapatkan bantuan.
f)
Berjalan secara berkumpulan.
g)
Jangan melayani orang yang tidak dikenali.
h)
Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika
tahu.
i)
Pergi ke tempat yang lebih selamat jika
mampu.
1.8
PANDUAN MENANGANI
KES ROGOL SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS.
SEBELUM
|
SEMASA
|
SELEPAS
|
Langkah-langkah Pencegahan
i.
Ceramah kesedaran gangguan seksual kepada murid dan
guru.(Modul Saya Selamat)
ii.
Ceramah kesihatan penjagaan sistem reproduksi remaja.
iii.
Pameran dan sudut maklumat undang-undang jenayah seksual
(brosur, poster, carta alir dan sebagainya)
iv.
Meningkatkan persekitaran
yang selamat, stabil, diyakini dan selesa.
v.
Menyediakan kemudahan
–kemudahan aduan seperti peti-peti aduan, email dan laman sosial.
|
i. Mendapat
laporan daripada mangsa.
ii. Mengenal
pasti klien yang mempunyai tanda-tanda awal dan perubahan tingkah laku,
perubahan emosi luar biasa ataupun maklumat daripada pihak ketiga.
iii. Berjumpa
dengan klien dan sesi kaunseling dijalankan.
iv. Siasatan
mula dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti rakan-rakan,
bentuk fizikal mangsa, dan lain-lain lagi.
v. Jika
siasatan menunjukkan tiada asas maka kes digugurkan/ tutup. Sekiranya ada
kes, pihak sekolah perlu meneruskan dan menghubungi:-
a. Ibu
bapa/ penjaga akan diberi konsultasi untuk menghadapi kes ini.
b) Ibu
bapa/ penjaga akan melaporkan kes ini kepada pihak polis.
c) Pihak
sekolah melalui pengetua akan membuat laporan kepada PPD dan JPN untuk memaklum kes dan meminta
pandangan.
d) Pengetua
akan membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
e) Sesi
kaunseling masih terus dijalankan.
Laporan penuh sesi kaunseling disediakan.
|
i.
Memastikan sesi kaunseling
diteruskan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
ii.
Sentiasa berhubung/ mendapatkan maklum balas daripada ibu
bapa/ penjaga dan guru tingkatan.
iii.
Memastikan kebajikan klien dijaga
dan kerahsiaan klien terpelihara.
.
|
2. PROSEDUR
KERJA MENANGANI KES MURID HAMIL
2.1 PENDAHULUAN
Remaja
ditakrifkan sebagai individu yang berumur antara 14 hingga 21 tahun. Mereka merupakan
aset penting dalam masyarakat dan negara kerana tanpa remaja, kesinambungan
zuriat generasi akan datang akan terjejas. Di Malaysia golongan remaja
merupakan majoriti daripada jumlah penduduk sedia ada. Oleh itu, dari sudut
kenegaraan, remaja mempunyai peranan yang amat penting untuk menyumbang kepada
pembangunan, kemajuan dan pemodenan sesebuah negara.
Pada
usia remaja, mereka dikatakan sangat naïf
terhadap perkara-perkara yang menyeronokkan dan selalu ingin mencuba
sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang.
Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu kemelut
psikologi dan kecelaruan hidup akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan
politik yang pesat di negara ini.
Isu
yang hangat diperkatakan hari ini adalah
perlakuan seks bebas ataupun zina (menurut Islam) manakala dari istilah bahasa
bermaksud hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui
proses perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang
dipandang keji di sisi masyarakat yang memberikan kesan yang amat berbahaya
kepada perkembangan remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan
tingkah laku negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak,
tontonan video lucah yang berleluasa, minum arak, lari dari rumah, penagihan
dadah dan pembunuhan.
Perhubungan
seks secara bebas ataupun zina dalam kalangan murid sekolah merupakan satu
gejala yang amat membimbangkan.
2.2 OBJEKTIF
i.
Menyediakan prosedur kerja dalam menangani
isu murid hamil.
ii.
Memberikan penyelesaian yang adil kepada
murid.
iii.
Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap
kepada murid yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
iv.
Memberi bimbingan dan sokongan kepada murid
dan keluarga.
v.
Menangani gejala buang bayi.
vi.
Menangani kes hamil luar nikah daripada
berulang.
2.3 KES-KES KEHAMILAN
a. Kes muridperempuan dengan murid lelaki berlaku di
kawasan sekolah.
b. Kes
murid perempuan dengan murid lelaki berlaku di luar kawasan sekolah.
c. Kes
murid perempuan dengan bukan murid sekolah berlaku di luar kawasan sekolah.
2.4 PANDUAN PENCEGAHAN
PERANAN
MURID
a)
Kepada mangsa yang terlibat hendaklah
berjumpa dengan guru-guru atau sesiapa yang dipercayai untuk membincangkan
permasalahan yang dihadapi.
b)
Kepada murid (bukan mangsa) yang mengetahui
adanya kes kehamilan, hendaklah memaklumkan kepada guru dan merahsiakan kes
tersebut.
PERANAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
a)
Melaporkan kepada pengetua/ guru besar jika
berlaku kes kehamilan.
b)
Mengenal pasti kesahihan kes tersebut/ menjalankan
siasatan.
c)
Jika benar, tindakan-tindakan berikut perlu
diambil :-
i.
Berbincang dengan murid.
ii.
Menjalankan sesi kaunseling bersama murid dan
ibu bapa/ penjaga.
PERANAN GURU
a)
Terima aduan dan rahsiakan identiti murid.
b)
Melaporkan kepada pengetua/ guru besar.
PERANAN PENTADBIR SEKOLAH
a)
Menjalankan siasatan kes.
b)
Menubuhkan jawatankuasa bertindak.
c)
Sekiranya ada kes, makumkan kepada ibu bapa/
penjaga.
d)
Laporkan kepada PPD/ JPN.
e)
Memastikan prosedur kerja menangani isu kes
kehamilan dilaksanakan.
f)
Memastikan penyelesaian yang adil terhadap
murid
PERANAN
IBU BAPA/ PENJAGA
a)
Sentiasa mengawasi pergerakan dan peka kepada
perubahan tingkah laku anak-anak.
b)
Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.
c)
Membuat pemeriksaan doktor dan laporan polis
jika perlu.
d)
Memberi pendidikan keagamaan dan moral kepada
anak-anak.
2.3 TATACARA MENANGANI KES MURID HAMIL DI SEKOLAH
Menerima
Rujukan Kes Kehamilan /Menerima Aduan
Jalankan siasatan mengikut tatacara seperti Lampiran 5.
SENARAI
SEMAK MENANGANI KES ROGOL
BIL
|
PROSES KERJA
|
TINDAKAN (/)
|
CATATAN
|
|
1
|
Mendapat laporan daripada
klien/ mangsa/ saksi.
|
|||
2
|
Mengenal pasti klien yang
mempunyai tanda-tanda awal
|
Perubahan fizikal
|
||
Perubahan tingkah laku
|
||||
Perubahan emosi luar biasa
|
||||
Maklumat rakan-rakan
mangsa
|
||||
3
|
Berjumpa dengan klien dan
sesi kaunseling dijalankan.
|
|||
4
|
Siasatan mula dijalankan.
|
|||
5
|
Jika siasatan menunjukkan
tiada asas maka kes digugurkan/ tutup. Sekiranya ada kes, pihak sekolah perlu
meneruskan dan menghubungi:-
5.1) Ibu bapa/ penjaga akan diberi konsultasi
untuk
menghadapi
kes ini.
5.2) Ibu bapa/ penjaga boleh melaporkan kes ini
ke
pihak polis.
|
|||
6
|
Jika pihak ibu bapa/
penjaga enggan membuat laporan polis:-
6.1) Pihak sekolah melalui pengetua akan
membuat
laporan
kepada PPD dan JPN untuk memaklum
kes
dan meminta pandangan.
6.2) Pengetua
akan membuat laporan kepada
Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
|
|||
7
|
Sesi kaunseling masih
terus dijalankan.
|
|||
8
|
Laporan penuh sesi
kaunseling disediakan.
|
LAMPIRAN
3
Akta
Berkaitan
1. Mengikut
Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574),
melakukan persetubuhan
dengan gadis dibawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta
boleh didakwa.
2. Mengikut
Akta Pendidikan 1966 pelajar yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak boleh dibuang
dari sekolah tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin.
3. Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol
kanak-kanak
berusia 12 tahun ke bawah ialah
penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.
LAMPIRAN
4
SULIT
LAPORAN
MAKLUM BALAS KES
* ROGOL/
HAMIL/ BUNUH DIRI
SEKOLAH
: ___________________________________________________________
NO
TELEFON (SEKOLAH): ______________________ (FAKS) : ________________
NO.
RUJUKAN :_______________________
TARIKH
KEJADIAN :________________
HARI: ___________ MASA: ________
TEMPAT
(Lokasi) :________________
A. MAKLUMAT
MURID:
1.
Nama: __________
|
2.
No. Kad
Pengenalan : *Jantina : L /
P
3.
Tingkatan : _________________________
4.
Alamat
Email
: _______________________
5.
Nama Ibu/Bapa atau Penjaga *: _____________________________________
6.
Pertalian dengan Penjaga:
__________________________________________
7.
Alamat
rumah : __________________________________________________
________________________________________________________________
8.
No.Telefon
Ibu/Bapa atau Penjaga: ___________________________________
*Sila
potong yang tidak berkenaan
SULIT
B. ISU : Nyatakan:
C. DAPATAN :
FIZIKAL (Physical) :
Kecederaan, kecacatan,
kesakitan, kesan kelar/cubit/lebam
|
|
TINGKAH LAKU( Behaviour):
Agresif, pendiam, memberontak, ragu-ragu/was-was
|
|
EMOSI (Emotion) :
Sedih, murung, panas baran,
|
|
DERIA (Sensory) :
Sensitif terhadap sentuhan/ pandangan/ pendengaran
|
|
KHAYALAN( Imagery)
:
Mengelamun, hilang fokus
|
|
FIKIRAN
( Cognitive) :
Ghairah menceritakan sesuatu kepada rakan, hilang keyakinan diri,
takut
|
|
HUBUNGAN PERSEORANGAN(Interpersona)l:
Menyendiri dan tidak suka bergaul atau sebaliknya
|
|
DADAH /
UBAT / DIET (Drug) :
Tanda-tanda
ketagihan ubat, hilang selera makan
|
|
KEUPAYAAN BEKERJA (Ability):
Suka tidur, ponteng,
tidak menyiapkan kerja, kerap keluar kelas, prestasi akademik merosot.
|
D. RUMUSAN
(Maklum Balas)
Nama dan tandatangan pelapor: Disahkan Oleh : Pengetua/Guru Besar
________________________________
( )
Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN 6 :
SENARAI
SEMAK MENANGANI KES MURID HAMIL
BIL
|
PROSES KERJA
|
TANDAKAN (/)
|
CATATAN
|
1
|
Mengenal pasti murid yang mempunyai
tanda-tanda awal kehamilan melalui tingkah laku, ekspresi muka dan
perubahan emosi luar biasa ataupun
maklumat rakan-rakan mangsa dan warga sekolah.
|
||
2
|
Sesi Kaunseling
-
Berjumpa
dengan klien berkenaan untuk mendapatkan kesahihan kes yang dilaporkan.
-
Mendapatkan
akuan bertulis daripada klien.
|
||
3
|
Laporkan kes kepada Pengetua/ Guru
Besar
|
||
4
|
Sekolah membuat laporan kepada pihak PPD dan JPN
|
||
5
|
Berbincang dengan ibu bapa /
penjaga.
|
||
6
|
Melibatkan klien dengan
program-program intervensi, kerohanian
dan keibubapaan
|
||
7
|
Menyediakan rekod dan laporan
|
Happy birthday Nafsah
3 comments
Assalamualaikum Puan,
Boleh says tahu tahun manual ini diterbitakan untuk citation saya. Terima kasih puan
Assalamualaikum puan,
Boleh saya tahu tahun manual ini diterbitkan untuk citation saya,
waalaikummussalam Maryam
Lama sangat dah manual ini di upload..lupa nak tulis sumber mana dan memang dah tak ingat pula dari mana saya ambil. Maaf